Assalamulaikum pembuka bicara
Bismillah bagai pembuka kata
Alhamdulillah ku syukur pada yang Esa
Amin Semoga tercapai segala hajat dicita
Biarlah Rahsia, kenapa tiba-tiba tajuk hari ni begini setelah lama El menyepikan diri. El saja letak. Mungkin inilah yang ingin diketahui oleh seseorang dan orang ramai. Apakah status El. Biar El terangkan disini El masih lagi bujang, selebihnya biarlah rahsia, sehingga sesuatu itu pasti, barulah kalian akan mengetahui status El. Ye la, umur El dah 24, sudah bekerjaya. Sememangnya itulah yang akan dilalui setiap insan. Banyak pihak mendesak, tapi El bukanlah orang yang terdesak. El lebih suka ia datang tanpa dipaksa, berlaku dengan perancangan yang baik.
Semalam, rehearsel convocation El. Alhamdulillah, berjaya juga menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian walaupun begitu banyak dan dugaan melanda.Itulah El, megejar cinta dan cita-cita. Jumpa kawan-kawan masa belajar banyak mengingatkan El pada memori indah semasa belajar. Itulah kenangan yang terlalu indah, yang akan El lalui sekali sahaja. El simpan kemas dalam ingatan segala kenangan yang terindah, semua itu memori bahagia untuk El.
Apa yang El rasa. Huh, suatu perubahan yang amat drastik dalam hidup El. Dari suatu Zaman yang penuh keseronokan ke Zaman yang penuh dengan tekanan. Hidup ini sememangya begitu.
Buat masa ini biarlah itu sahaja dulu. Selebihnya akan El poskan kemudian K. Banyak cerita yang El nak kongsi. Banyak cerita yang biarlah rahsia dahulu. Ada yang tiada rahsia.
Regards
El-Zaffril
No comments:
Post a Comment