Tuesday, January 09, 2007

Skim Cepat Kaya

Nak berkongsi sedikit mengenai skim cepat kaya. Tak apa la. Berbahasa melayu tak salah. Kali ni nak membincangkan mengenai skim cepat kaya.

Pernah anda dengar mengenai Pak Man Telo dan Fazamal. Itu antara skim cepat kaya yang saya tahu dan saya pernah dengar. Sekadar ingin berkongsi. Sama ada anda mahu mempercayainya atau tidak terpulang.

Bile mendengar mengenai pulangan berganda, manusia mula kelabu mata mendengarnye. Memang adat manusia, nafsu sering menguasai dan melemahkan iman. Tak dapat dinafikan.

Hari ni saya nak berkongsi mengenai Fazamal. Fazamal terkenal di Johor Sekitar tahun 2000. Memang ramai yang menyertainya. Ia menawarkan pulangan berganda. Dalam masa dua bulan, wang yang dilaburkan akan menjadi dua kali ganda. Kalau melabur Seribu, dua bulan kemudian akan jadi 2000. Siapa yang tidak mahu. Sekali mendengar ternganga mulut.

Ahli keluarga saya ramai yang menyertainya. Makcik saya dan pakcik saya. Makcik saya menjadi ejen untuk mencari peserta. Memang ramai yang menyertai. Makcik pujuk mak suruh masuk. Mula-mula mak agak keberatan. Memandangkan setiap pelaburan adalah dalam gandaan seribu. Memandangkan mak ibu tunggal, memang kami tidak mampu. Tambahan pula saya dan adik masih lagi belajar. Memang duit sangat-sangat mendesak pada waktu itu. Mak pula cuma berniaga kuih. Mana ada duit sangat. Setakat lepas duit belanja bulanan saya, beri adik sikit dan kegunaan dia sendiri. Kata orang cukup-cukup.

Puas makcik pujuk mak. Untuk tidak mengecewakan makcik, akhirnya Mak beri 200. Itu pun berkongsi dengan orang lain. Berkongsi penyertaan atas satu tiket. Balik dari rumah makcik, Kami pun lupa pasal 200 yang dilabur oleh mak.

Dua bulan berlalu, makcik jumpa mak. Dia kata duit yang dilaburkan tu dah dapat pulangan. Sekarang dah jadi 400. Makcik tanya nak terus melabur atau mahu diambil. Kami mula kelabu mata. Saya cadangkan pada mak agar biar saja duit tu. Mana lah tahu rezeki, dua bulan lagi boleh jadi 800. Mak pun beritahu pada makcik duit tu kami nak laburkan lagi. Makcik cerita Untie Ros baru melabur 3000.

Mak cerita pada kak long. Mak cerita pada kak long yang kami dapat 400. Kak long cakap, "halal ke duit tu? Duit tu di labur ke mana?". Mak terdiam sekejap. Memang la dia jual telekung, jual sari kelapa (nata de coco) tapi munasabah ke dalam masa dua bulan keuntungan dia boleh mendapat pulangan dua kali ganda. Sedangkan berniaga pun memerlukan kesabaran. Bekerja pun tunggu hujung bulan baru dapat gaji. Bill Gates pun belum tentu mampu bayar pelabur sampai macam tu sekali (kalau satu dunia join la).

Mak cerita pada saya. Terdiam sekejap mak pun berkata, "Mak ingat mak nak ambil duit 200 yang mak labur hari tu. Yang untung tu biarlah. Kalau nak beranak biar dia beranak." Aku setuju dengan kata-kata mak. Manalah tahu dia labur ke kilang arak ke, pusat judi ke. Apa-apa boleh berlaku. Bulan ke empat akan datang kami akan ambil duit 200 yang mak labur tu.

Bulan ke tiga kami melabur, kecoh duit fazamal dibekukan. Akaun digantung buat sementara waktu. Aduh. Bulan keempat pun sama. Mak nak ambil duit 200 dia pun tak boleh kerana duit fazamal dibekukan. Maka kecohlah satu kampung yang melabur berpuluh-puluh ribu. Uncle Bakar mengeluh, Duit simpanan dia selama ni habis macam tu je, sekarang harta dia tinggal anak-anak. Orang kampung pun banyak terpengaruh. Kalau dijumlahkan. Memang lebih dari satu juta. Mungkin 10 juta.

Maka terbongkarlah cerita-cerita yang logik difikiran. Saya ingin berkongsi mengenai kisah disebalik pelaburan ini yang saya rasa faktanya boleh diterima akal. Disebalik pelaburan ini terselit sedikit cita-cita pengasasnya. Mereka memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Untuk itu dia menggunakan cara penipuan ini untuk mengumpul dana. Cara ini singkat dan mudah. Setelah jumlah terkumpul mencapai angka yang disasarkan. Syarikat ini akan mengishtiharkan yang mereka muflis dan duit itu semua telah pun dipindahkan ke akaun orang lain. Dan sememangnya itulah yang terjadi. Untuk yang menipu ini, mereka memang tidak akan selamat dan senang dunia dan akhirat.

Untuk mereka yang ditipu, jangan menuding jari ke atas orang lain. Mungkin kalian lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Ataupun kalian lupa untuk berzakat wang simpanan dan pendapatan. fikir-fikirlah. Satu jari menuding orang, tiga kembali kepada kita.

Baru-baru ini saya pulang ke Melaka, kawan saya bercerita mengenai stormberg dan pelaburan seperti ini juga. Memang kelabu mata mendengarnya. Tapi fikirkan semula. Sememangnya produk mereka itu halal. Tapi mampukah jualan produk itu mencapai sasarannya dan mampu membayar semula wang pelabur. Kalau tidak dilaburkan kepada yang haram tidak mengapa. kalau ditempat yang salah. Sememangnya produk yang menjadi jualannye itu yang dikeluarkan. Tapi tahukah anda yang lain kemana. Anda sendiri yang menanggung. Jika satu hari nanti ia menjadi seperti Fazamal? Bagaimana? Saya sekadar berkongsi. Anda yang membaca pasti mempunyai pemikiran dan boleh berfikir. Kerana apa yang berlaku hari esok hanya Allah yang maha mengetahui.

Saya pula bukan la bagus dalam ini semua. Tapi yang pasti, saya berpegang pada kata-kata ini, "Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah nak Susah." Biarlah saya makan gaji. Lambat kaya pun tak apa. Ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa. Sekali terkena kita harus beringat. Tak ada jalan mudah mengejar kesenangan hidup. Hidup saya bukan nak mengejar kekayaan. Cukupla saya senang hati, saya dapat gembirakan keluarga, dan yang paling penting, setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang dikurniakan kepada saya berkat. Hidup penuh dengan keberkatan ni akan selamat.

Saya lebih rela tak kaya dari hilang saudara dan kawan.

Yang Benar
El-Zaffril

1 comment:

Anonymous said...

sy sokong cakap zafril tu, bukan senang nak senang. tp tu lah org melayu, bila cakap jer berganda, semer kelabu mata. tapi kita sbg org yg berpelajaran, kenalah ajar org2 yg kita kenal supaya melabur dengan bijak. kalau main dengan duit, at least mesti ade hitam putih. kalau stakat website, tunjuk sijil syarikat, gambar jual nata de coco pun kita dah tertipu, kita masih tak bijak. Biarlah kita hilang duit, tapi jangan hilang sahabat kerana sahabat itu lebih daripada duit...

wassalam