Friday, November 23, 2012

Mustafa Centre, Singapore

Ha, first time datang sampai area sini. Korang jangan tak tahu. Walaupun aku dah lebih setahun menetap kat JB. Inilah first time aku masuk sampai ke area-area urban sikit kekdahnya. Memang jakon betul ko ni Jeprel.  Nak dijadikan ceritanya, aku dengan Adi telah pegi ke Mustafa Centre (MC). Best thing pasal MC ni, dia buka 24jam, Kat Malaysia tak ada shopping mall buka sampai 24 jam. Ada pun 7 eleven je. *MC ni macam ala-ala Mydin la kot kalau Kat Malaysia*

Gambar ni aku cilok je. Mintak halal erk.
Punyalah ramai orang masa tu. MasyaAllah, macam-macam bau ada. Agaknya sebab dah nak dekat Deepavali, jadi ramailah membeli. Punyalah besar, nak bayangkan lagu mana erk. Ok, ko cuba bayangkan Mid Valley, Aeon Tebrau City Mall dan Aeon Melaka, Perangin Mall dengan Kompleks Bukit Jambul pun boleh masuk sekali. Sebesa-besar tu lah MC tanpa sebarang tenure (penyewa kedai macam ala-ala fotokem lah, GNC lah, etc). Besar tak besar. Barang pun punyalah banyak. Sampai sendat nak jalan. Haish 

Nampak tak macam super sendat
Disebabkan boss aku pernah cakap yang Nescafe dgn Milo kat Singapore lebih sedap (Mungkin atas faktor negara ke 3 terkaya di Dunia). Maka aku mencari jenama milo yang tak ada kat Malaysia. Hamek ko, sekali wanita Malaysia yg berlari di 100plus Passion Run bersama kami mengatakan yang Milo Australian Recipe sangat sedap. Hamek. Kitorang hunting mende alah tu je. Apa ke tak pelik tu. Iyalah, nak beli sayur pun, sayur pun di import dari Malaysia.

Kat Malaysia jenis Protomalt je. Ni hamek, harga tak mahal
S$16.65, murah  je kan. Ni tin besar ni.
Ok, tu je yang aku beli. Tp kaki memang tak boleh nak jalan laju. Nak menangis gile2 ok. Sakit! sumpah memang tak mampu nak melangkah. Tapi gagahkan jugak. Tak apalah, dugaan pelari tegar. Nampaknya terpaksalah let go larian kitar semula. Tak apalah tak ada rezeki abang.

145 Syed Alwi Road  Singapore 207704
Senang je nak pegi, tatau meh ajak aku
Owh, sesiapa nak pergi ke MC bolehlah menaiki MRT dengan kadar bayaran berpatutan. Turun di Farrer Park. Senang kan. Hari tu merasalah naik MRT. MasyaAllah, ramai orang, panjang plak tu trennye. Haish. Oklah, kalau nak drive, boleh park kat mana-mana. Tp jangan lupa bayar parking. Tak pun bayar je saman. Senang kan. Kbai

1 comment:

Z@i Z@mR33 said...

Kedai2 depa mcm tu ek?

#Johor pon x smpai lg pdhl abg kami ada kt Pengerang apatah lg nk smpai S'pore...bl tahun la leh smpai...