Wednesday, November 14, 2012

Misi Menawan Gunung Kinabalu 2012 - Day 2

Misi mendaki bermula
Misi mendaki hari kedua diteruskan. Kali ini kami meneruskan perjalanan ke Laban Rata dahulu dan berehat di sana untuk satu malam.

Selamat mendaki (From left Aku, Asuat, Yusran, Shazly
Adi, Nansah and Zul)
Seronok dan mengujakan, itu saja yang saya bisa gambarkan sepanjang perjalanan mendaki ke puncak. Haha. Syukur masih diberi kudrat untuk meneruskan pejalanan. Syukur diberi kesihatan yang baik. Walaupun sebelum tiba ke Kota Kinabalu saya tidak berapa sihat.

Ambil gambar sebanyak mungkin. Bukan datang sini selalu
Sepanjang perjalanan, saya ketemu pelbagai bangsa. Semuanya dengan misi yang sama. Mahu menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Carson Fall
Perkara paling menginsafkan saya adalah mereka yang bekerja sebagai 'porter' (pembawa barang ke puncak dan Laban Rata). Bagaimana mereka berusaha keras untuk mencari sesuap nasi. Bukan sekadar barang-barang ringkas. Beras, gula, tong gas, bahan mentah untuk memasak, semua mereka bawa dengan kudrat manusia. MasyaAllah, saya insaf sangat. Bersyukur dengan apa yang saya miliki.

The Porter (Bukan Harry Porter)
Banyak betul gambar aku dengan Shazly
Up up and on the way up
Tupai ni sangat gebu dan jinak dan manja. Geram!!!
Rasa nak bawa balik je.
Dah sipi2 nampak gunung kinabalu dah tu
Nampak tak periuk kera tu
Sampailah di Laban Rata
Cafe di Laban Rata with 3 Climbers from Singapore
Nota kaki: Saya akan jejakkan kaki ke suatu tempat. Itu pasti.

2 comments:

eddy syrol said...

syabassss..!!!

Shazly Shazz said...

gonna repeat this place...insyaAllah