Memandangkan kerja aku agak berkait rapat dengan RTM kebelakangan ini, jadi aku berpeluang untuk mendapatkan tiket Konser Sheila Majid seperti dalam entry tickets. Pergi bertemankan perempuan cantik, Kak Ina Guess. Huru-hara malam tu mencari minah ni sebab bateri empty. Sekali dia sudah sampai auditorium perdana.
Tidak keterlaluan kalau aku katakan, dia antara penyanyi jazz terbaik di Malaysia yang sudah menjadi ikon. Hebat di atas pentas menghiburkan dengan lagu-lagu malar segar. Owh, saya sukakan lagu Memori dan Pengemis Muda. Sungguh, walaupun ia sebuah rakaman. Setiap detik itu tidak terasa sebuah rakaman. Tiada perkataan 'cut'. [Anuar Zain je terkantoi sekali]
Mengundang Anuar Zain sememangnya memancing peminat-peminat fanatik Anuar. Eligible bachelor ini ramai pengikutnya. Kalau saya seorang penyanyi, saya mahu menjadi hebat seperti mereka berdua. Membina legasi sendiri. [saya kata 'kalau']
Ini antara moment menjelang menyambut ualngtahun kelahiran saya. Walaupun tanpa hadiah besar, namun diri ini harus mengaku. Malam itu tersangat istimewa. Sungguh...
Nota Kaki: Terkilan tidak dapat menyaksikan rehearsal konsert...
5 comments:
suka lagik sheila majid dari ella tu...huhu
sy terpaksa akui sy lah yg dimasudkan peremuan cantik pd mlm tersebut
hahahahha
thnks
walaweh
best lah ko dapat gi konsert tu
P/S : Kadang - Kadang Perlu Ada Pertimbangan Dalam Merencana Percaturan Hidup
saya pun suka pada Sheila Majid dari dulu hingga kini,
hurm....
konsert Slash pergi tak?
P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!
Post a Comment