Friday, April 30, 2010

Gatsby Street Fair

17hb hari tu sempat la berjimba-jimba pagi-pagi ke Gatsby street fair. Gigih ni pukul 9.30 dah sampai. Sekali kaunter pendaftaran buka pukul 10.00, tuh la, sape suruh gigih sangat kan. Aku memang pergi sorang2. Hahaha [Mana Wife... tettt]

Kenalan rapat di MMU, Puan Aishah dan kawan dia Naimah (jeles dia dapat cabutan bertuah)

Ni memancing deodorant ye. Bukan memancing anak ikan.

Memang enjoy sakan hari tu, apa taknya kerja mengumpul point seharian. Banyak juga game yang aku main. Sekali point banyak gile bleh tuka. Aku maen game yang senang dapat point je. Pedulik hape aku. Siap ade blogger budak sekolah ok. Hahaha

Naik lembu, sakit pinggang aku. Terus langsing pinggang I ni Uols...

Main perang-perang. Hahaha

Jumpa ramai kawan. Kawan lama, kawan baru kenal, kawan yang tak kenal kemudian jadi kawan. Hahaha, kawan-kawan, jangan mengawan sudah ye kawan-kawan. hehehe.

Gift yang aku bawak balik. Gigih mengumpul 110 point. Dapat banyak ni. Alhamdulillah, stock setahun. Hahaha [Jangan lupa sodaqotul jariah ye]

Aku buat cover story lambat sangat. Outdated, korang dah baca kan kat blog orang lain. Blog aku no tengok gambar jer lah yer. Hahaha banyak yang dah buat cover story. Aku ni lewat 2 minggu. Layankan jer la makcik-makcik sekalian.

Ekslusif dari http://tallandround.blogspot.com, hamek kau lelaki kaki panjang. Kau mampu ke?

Nuffnang, kalau tahun depan ada lagi, jangan lupa jemput aku, nak bawak kawan-kawan aku supaya diorang bleh main semua game gak. Bleh memborong point banyak-banyak. Kali ni konpem aku bawak beg samsonite [pasti berjaya di akademi fantasia...]

Nota kaki: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Thursday, April 29, 2010

Extreme Activities @ OutBac, Broga

Merenung masa depan ni weh

Turun je dari Broga Hill, ade pulak orang offer tiket free untuk extreme activities. Tanye all the geng, nak gi tak. Semua orang set je. Aku pun layan je la. Free la kan.

Tak tahu apa nama aktiviti ni

Best siot dapat buat flying fox dengan wall climbing. Layan gilos. Kat situ buat semua aktiviti sampai pukul 11. Nama tempat OUTBac. Tak ingat full name dia. Dekat-dekat dengan Broga Hill juga la.

Wall climbing

Pasni rasanya nak buat extreme activities lagi la. Syiok ape buat extreme activities. We really had fun on that day. Serius weh, Bumi ciptaan Allah ni memang perfect, sebagai khalifah di bumi Allah ni, seharusnya kita menjaga dan menghargainya.

Flying fox yang best gila

Nota kaki: Aku cinta padaMu

Wednesday, April 28, 2010

Sudahkah Anda Membayar Cukai Pendapatan

Dah bayar cukai pendapatan korang ke belum. Sape yang sudah tu baguslah. Sape yang tak declare tu, bersedia kene kompaun ataupun burn saja rebet cukai kamu. Bersedia sajalah. [Gomen tengah takde duit skrg ni]

Sedikit info ye, tak ramai orang tahu yang kamu sewajibnya declare cukai even tiap-tiap bulan majikan dah tolak cukai pendapatan secara automatik dari gaji kamu tu. Dari situ kamu akan dapat rebet cukai. Sehingga 100% (Maksudnya korang akan dapat balik duit bayar cukai korang tu).

Borang BE ni untuk orang yang makan gaji (macam aku la kan). So tarikh akhir untuk declare cukai adalah 30hb April, cepat jangan terlambat. Ada 2 cara nak declare, 1st guna borang manual (seperti dalam gambar) atau gune online (e-filling www.hasil.gov.my) Maklumat lanjut pandai-pandailah cari ye.

Nota kaki: Dapat rebet cukai bleh la gi shopping

Tuesday, April 27, 2010

Broga Hill

We are the champion.

4 April, sempat mencemar duli ke broga hill. Unplanned gak, a day before, Roomate aku ajak aku gi broga. Aku pun, set je la. dengan tak tahu kat mana, aku follow je la. Lagipun weekend takde nak buat ape pun kan. Hahahhaa

Syed (Kiri) Emy (Kanan) Mirul (Cangkung)

Angah and Nana

Plan baik punya dengan my friend. Pagi-pagi 5.30 dah keluar, pastu on the way tu Solat Subuh jap. Beli makanan semua, konon-konon nak feeling2 makan best atas broga hill la kan.

Yaya and Bulat

Stylo gile photo ni

Serius, best gile weh. Tak sangka aku broga hill secantik itu. Aku suka. And nak panjat lagi later. Serius, kalau korang ada plan, ajak la aku sekali weh. Serius nak gi lagi. Gunung lain pun aku tak kisah. Bukit lain pun aku tak kisah.

Aku rasa gambar ni pelik

Nota kaki: Dokter Cinta aka Sayang Mucuk-Mucuk sangat-sangat (Ape kes mat rempit jadi jiwang ni, geli la weh)

Monday, April 26, 2010

Wedding: Cikgu Sahri and Dr. Sarah

14 March (Bulan lepas) Sempat la menolong kawan buat cover photog untuk wedding dia. Tak charge ape-ape pun, since aku masih berjinak-jinak dalam bidang photog. Masih terkial-kial dok setting2 Shutter. Hahaha (Masih berangan nak beli 2nd set DSLR)

Masa serah mas kahwin

Wedding Cikgu Sahri dengan Kaptern Doc Sarah. Sarah ni member kepada my cayang mucuk-mucuk. Hahaha (Boleh tak macam tu) So orang minta tolong, kesian la plak.

Muka Cikgu Sahri dah merah padam

Memang stranger la aku datang tu. Takde sape pun aku kenal except Dr. Sarah. My cayang bucuk-bucuk kene bertugas hari tu. Sedih gilos.

Dr. Sarah yang sporting

Cikgu Sahri ni pemalu sangat-sangat. Susah sangat nak ambil gambar dia. Hahaha, tak ape la Cikgu, nanti kalau kawen lagi jangan malu-malu.

Gambar malas nak edit

Nota kaki: Debaran cinta di hati sendiri. Cuak dah ni weh. Serius cuak gila.

Sunday, April 25, 2010

Tempah Kek

Ni produk terbarunya, tiramisu

Aku ni bukanlah nak tempah kek pun. Saja nak tolong kawan-kawan yang berkecimpung dalam bidang perniagaan kecil-kecilan. Buat baik dibalas baik, ye tak. Masyuk bisnes boleh la depa belanja aku. Hahaha

Ni pula cheesecake, yang terbaru gak

Hari ni aku nak promote bisnes member aku ni. Dia buat bisnes muffin, cupcakes and cakes yang macam-macam jenis. Nama dia Adief. So sesiapa yang berminat boleh la order kek dengan dia. Kontek number dia 012-9365080.

Ni juga antara yang terlatest, brownies

Semua gambar yang aku amek ni, amek kat blog dia la dan semua yang kat atas tu, kegemaran aku. Hehe Kalau teringin nak tengok koleksi-koleksi kek yang pernah menerima tempahan dari beliau, anda boleh layari http://adief.blogspot.com. Harga konpem boleh runding ok. So jangan lupa membuat tempahan.

Nota kaki: Mengerah idea. Sedang mencari bahan untuk di tulis dalam cerpen pertama aku.

Saturday, April 24, 2010

Isteri Cerdik Yang Solehah

“Abang, saya risau tengok anak kita tu,” ujar Ibu semasa kakinya lembut melangkah menuju ayah.

Surat khabar masih utuh di tangan. Berita yang termuat dalam akhbar semakin hari semakin menggusarkan. Kalau Ibu membaca di pagi hari, pasti rasa terguris itu terbawa-bawa hingga ke malamnya.

“Apa pulak yang awak risaukan? Kan dia tu dah besar panjang?” Jika dilihat dari hadapan, kepala Ayah masih berbungkus surat khabar. Ibu sudah bersimpuh di sebelah.

“Iya-lah, anak kita tu kan perempuan. Kenapa Abang senang-senang sahaja bagi dia keluar dengan Arifin tu?”

“Pulak…Arifin tu kan tunang dia. Budak baik lagi pun. Lulusan universiti luar negara pula. Bukan orang entah dari mana. Kitakan kenal rapat dengan dia dan keluarganya?” Jawab Ayah dari balik tirai kertas kelabu bercetak pelbagai hikayat manusia hari semalam.

“Sungguh Bang. Tapi, -kan syaitan tu degil. Bukan dia peduli semua rekod baik dan segala lulusan tu,” ujar Ibu. Wajahnya makin disolek kegusaran. Mata Ibu berkalih melirik melihat jam yang lewat pukul 9.00 malam.

"Awak ni nak mula ceramah dengan saya -lah ni?”

"Bukan nak ceramah Bang. Saya pun bukannya ada tauliah nak bagi-bagi ceramah ni. Saya sangat risau dengan keadaan semasa keluarga kita. Risau dengan Syarifah, anak kita tu. Risau dengan polisi-polisi Abang yang mesra maksiat tu,” kata Ibu perlahan. Ayah menampakkan wajahnya. Kemerah-merahan menahan pedih tusukan kata-kata Ibu. Jika dibandingkan dengan sebilah pedang; ‘polisi mesra maksiat’ itu matanya yang meruncing dan tajam amat.

“Abang, Abang lupa ya kenapa kita berkahwin dulu? Apa yang saya pesan waktu kita mula-mula bersama dulu?” Tanya Ibu. Muka Ibu serius seratus peratus. Namun masih manis dan bersinar kesan wudhu’ Ibu yang sempurna.

Ayah masih diam. Resmi orang lelaki agaknya. Menadah telinga sungguhpun cupingnya bersimbah dengan warna merah.

Ibu nekad meneruskan bicaranya. Masih santun tapi menusuk.

“Kita berkahwin dan membina keluarga hingga sekarang ni tak lain nak dekatkan diri kita dengan Allah Bang. Nak dapatkan keredhaanNya. Kan begitu? Bahkan masih saya ingat apa yang dikhutbahkan oleh Imam Rashid yang menjadi jurunikah kita dulu. Ayat al-Quran yang sangat-sangat saya pegang dan seharusnya menjadi rujukan kita bersama dalam membuat sebarang ketetapan untuk keluarga ini,”

Sebentar mata Ayah ke ruang tamu yang pada dindingnya terhias catan khat melukis ayat Tuhan dengan maksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]

Ia hadiah yang dibeli di Turki semasa Ayah dan Ibu berbulan madu. Lama dahulu. Masih utuh dan menggetarkan bila diingat-ingat semula.

“Masakan boleh Abang biarkan anak kita tu diusung ke hulu ke hilir dengan alasan dia dah besar panjang Bang? Dengan alasan Arifin budak baik lagi terpelajar? Kalau begitu Nabi dulu patutnya dihantar untuk beri peringatan kepada budak-budak sahaja. Orang dewasa -kan dah pandai jaga diri masing-masing? Tak perlu diperingatkan lagi. Dan kepandaian Arifin pun tidak menjamin iman dan dirinya terselamat dari tipu daya syaitan yang licik tu. Apatah lagi kita membukakan jalan untuk syaitan menjalankan pekerjaannya dengan mudah?”

“Kita yang orang tua kita kawal ketat dahulu pun bagai separuh nyawa menahan rasa semasa bertunang, inikan budak-budak sekarang dilepaskan berdua begitu. Allah Bang… risau hati saya ni,”

Abah masih diam membungkam. Namun rona merah diwajahnya sudah reda. Mungkin kata-kata Ibu itu pahit untuk ditelan tetapi sifatnya menyembuh luka-luka di dalam. Gores-gores jahiliyah.

Ibu masih berbaki dos ubatnya. Mahu disuakan ke mulut Ayah.

“Sekarang ni ya kita satu keluarga. Abang saya sayang, Syarifah pun saya sayang. Tapi nanti di padang mahsyar kita boleh sahaja bermusuhan. Tuduh-menuduh untuk selamatkan diri masing-masing daripada azab Allah yang dah ternampak dek mata kepala kita sendiri. Saya tak mahu kasih-sayang saya hanya di dunia. Saya tak mahu sayang membuta tuli hingga menghalalkan apa sahaja yang ahli keluarga saya berbuat meski melanggar tetapan Tuhan dengan alasan murahan saya sayangkan semua. Jika betul saya sayang, saya perlu sayang sampai akhirat. Fikir sampai akhirat. Cinta sampai akhirat. Itulah namanya cinta dan sayang yang abadi,”

Ibu mengatur nafas. Masih, wajah Ibu begitu redup dipandang meski sedang tekun memberikan nasihat.

“Macam mana kita nak cakap dengan anak kita yang sorang tu?” Akhirnya Ayah bersuara. Ibu senyum bersungguh-sungguh sambil hatinya memuji-muji Allah yang sudi melapangkan hati sang suami mendengar keluhan dan nasihat daripada isteri. Ibu cepat-cepat mencari tangan Ayah dan menggenggamnya erat.

“Alhamdulillah. Saya syukur Abang boleh terima apa yang saya sampaikan tadi. Tentang nak beritahu Syarifah Abang jangan risau, insya-Allah saya ada ideanya,”

Ayah mengeluh panjang. Mungkin menyesali pendirian-pendirian nya yang lama dan terpesong itu. Konon mahu menjadi bapa yang sporting. Sebenarnya Ayah tersilap. Syukur Allah karunia Ayah dengan seorang isteri berdarah serikandi seperti Ibu.

Ibu tahu Ayah menyesal. Ibu kucup tangan Ayah berkali-kali dan meletakkannya di pipi. Mungkin Ibu juga tersangat risau jika ada kata-katanya yang mengguris hati Ayah hingga terlalu kuat kesannya. Ibu memohon maaf.

Tetapi masih tiada bahasa antara keduanya. Masing-masing sedia memahami. Masing-masing sedia memaafi.

Nota kaki: Cerita ini dipetik dari email. Semoga menjadi iktibar untuk kita

Friday, April 23, 2010

Photo Bosan-Bosan @ Putrajaya

You Look GOJES (Perasan)

Lepas Dinner IEEE tu, saja bosan-bosan photoshoot kat Putrajaya dengan My student. Hahahha. Memang takde keje la aku malam tu. Tekak dah sakit gila babas ni. masih gak teringin nak gi Photoshoot.

Merenung Bulan

Wanita-Wanita ku

Hahahha. Layankan jer la erk. Ade je wanita-wanita itu masih single. Aku takleh tackle dowh. Menyalahi etika sebagai seorang tutor. Hahahaha

Nota kaki: Nanti nak buat photoshoot.

Thursday, April 22, 2010

IEEE Dinner

Unplanned, So cari je baju kat drawer baju, dapat la macam ni. Main tibai je weh. Mix and match. Sebelum pegi tu tatau la nampak camne. Macam huduh je sebab main cekau je. Hahaha

@Registration counter

Ok, cerita betulnya. 6 march hari tu. Aku pegi IEEE (UPM) Dinner. Sajalah, lama tak melaram katak (Sebeb theme merah putih). Ni pun my student yang ajak. So layankan je la. Hahahhaah (Sape yang nak buat prom, bagitau, aku nak join)

Student 3rd Year, student aku gak

Buat kat kelab tasek putrajaya. Best la, aku enjoy la gak. Teringin nak perfom time tu. Tp di sebabkan kondisi muka yang masih senget benget. Takleh la nak perform. plus dengan kondisi kotak suara yang belum mampu melemparkan suara sebaik faizal tahir (berangan) so kuburkan niat tu.

Bersama student aku yang paling nakal

Masa menerima hadiah ape ntah. Tak ingat

Sekali dapat cabutan bertuah da. Lepas tu dapat King of the Night. Cipan, baru ingat nak low profile, jadi jurukamera je. Sekali dapat hadiah plak. Terus malu 4 saat (Padahal dalam hati suka gila babas tu)

King of the Night and Queen of the Night

Memang enjoy malam tu. Suka sangat-sangat ni. Yer lah, dah la dikelilingi gadis-gadis ayu. Dapat cabutan bertuah. Lepas tu dapat pulak best dress. Hua hua hua. Murahnya rezeki aku blaja. Hahahaha

2 hadiah malam tu weh.

Nota kaki: Looking for Master of Ceremony? Do not hesitate to call me ya

Wednesday, April 21, 2010

Blogger Gath - You Look Blue

Gambar ramai-ramai, aku takde time ni (Sob sob)

28 Feb hari tu sempat la datang ke gath mak-mak blogger. Sebab apa aku kata mak blogger? Sebab yang datang semua stok mak orang. (Aku je lelaki bujang sejati) Wakaka. Selambe kata aku je lelaki bujang sejati. Hahaha yerlah semua dah kawin dah kan. Cuma belum kawen 'lagi' je. Betul tak? Setuju? Haha.

Time register, Huhu, You Look Blue El-Zaffril

Kali ni, takde la aku nak bolot banyak hadiah. Hahaha, bukan apa. Asyik aku je dapat. Bagi orang lain la plak. Aku dapat makan jadi la. Haha, lagipun waktu ni tak berapa baik sangat lagi. So kene kurangkan aktiviti luaran. Even skrg ni pun masih berpantang. Hahaha

Anak Farah Dhelina, Suka betul dia ni dapat main dengan aku.

Apa pun Suziey, terima kasih sebab buat gathering kali kedua ni. Bila yang ke3? Harap-harap masa yang ke3 aku dah jadi bapak orang la erk. Hehehe.

Nota kaki: Picture credited to Aimi Shalfarina, Farah Dhelina and Suziey Ahmad

Tuesday, April 20, 2010

Pencuri Kejang Bontot

Ni aku tak puas hati ni. Kete member aku kene pecah time gi kenduri kawen Anas dengan Salmi. Cipanzi taik idung betul la sape yang keje pecahkan kete member aku ni. Kalau berani mai tunjuk muka. Aku hempuk muka kau. Cipan kering.


Kepada pencuri itu, aku doakan kau kejang bontot 40 hari 40 malam. Padan muka kau. Sape suh mencuri. Korang semua tolong doakan sekali. Hahahahah

Nota kaki: Moto rempit aku dulu pun penah juga kene curi partnya. Tak sempat nak doakan depa kejang bontot. Hahaha

Monday, April 19, 2010

Wedding: Salmi and Anas

Aku takde nak letak gambar banyak. Sebab lama dah tidak mengupdate blog rasa kayu la weh. Rasa kaku semacam je nak menulis. Hahahha.

Sorry tak banyak amek gambar. Datang lambat.

Antara teman yang hadir

Apa pun ucapkan tahniah untuk Salmi dan Anas.

Nota kaki: Tuan punye blog bile? Insyaallah, akan diumumkan.

Tuesday, April 06, 2010

Anas & Salmi Solemnization

Selamat bernikah buat Anas Akmal. Maaflah lambat story kat sini pasal nikah Anas. Apa pun, tahniah buat Anas Akmal.

Sekali Lafaz je weh. Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Cek balik rukun nikah. Rukun nikah ada 5. Betul tak? Suami, Isteri, Wali, Saksi dan Aqad. Kalau salah tolong betulkan. Hua hua hua

Nota Kaki: Tuan punya blog bile agaknya ye.

Monday, April 05, 2010

Jakun Naik Keretapi

Orang jakun naik keretapi memang macam ni. First time aku naik keretapi. Al-maklumlah, Batu Pahat mana ade stesen keretapi. Kalau naik bas baru 3 jam. Ni pergi utara naik keretapi sebab tak berani nak naik bas dah. Plus malas nak drive. Sorang-sorang drive tidaklah syok. Hahaha.

Layankan je lah picture ye. Segan nak bercerita. Ni maybe first time naik. Lepas ni tak sure. Tak naik lagi dah kot.

Nota kaki: Amacam travel naik keretapi pergi Vietnam. (Ada bran?)

Friday, April 02, 2010

Bowling IEEE2

Poyo tak?

Lepas operation, aku rasa Alhamdulillah. Semakin sihat. Semakin baik. Cuma harus berhati-hati. Besi di muka ni masih belum di buka. Rasa apa guna besi kat muka? Takde rasa apa pun weh. Serius, macam normal. Cuma aku tak boleh nak mengiring ke Kiri.

Huznoor Ain

Tak sampi 2 minggu lepas eksiden. Aku join tournament boling (28 Januari 2008). IEEE punye boling tournament. Kalau tahun lepas aku menang Best Male. Tahun ni aku menang Best Male lagi. Hahaha. Poyo je kan aku. Padahal bukan terror main sangat pun. Huhuhu.

My team

Ain, Syed and me

Sepatutnya aku tak main pun. Ni kes kene paksa dengan student aku la ni. Hahaha. Tapi aku pun dah gian weh, lama sangat tak main Boling. Rezeki aku main boling murah. Pasni nak beli bola and join tonemen amatur. Huhuhu.

Nota kaki: Kalau dah merajuk, pandai-pandai la pujuk ye.