Wednesday, November 12, 2008

Aku, Dia dan Kamu

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ni !! mmm.. sedapnyaaaa. ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh!!awal lagi..mmm.. aaahh.. suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii..

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu.... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh

Manusia - Uuhhh! letihnya arini.. tak solat lagi nieee..
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...

Scarf Lucah

Hari ni bosan-bosan aku buka la email office then jumpa la gambar ni. Terus la buat posting kat blog untuk tatapan korang. Scarf pun ade macam ni yer. Sekadar berkongsi. Bukan sexual harrasmant ok. Korang yang tengok. Aku tak suruh buka pun kan. Lagipun bukan gambar lucah pun... tapi gambar lu... lu... lu pk la sendiri

Macam-macam 1

Macam-macam 2

Tuesday, November 11, 2008

Durhaka Yang Bijak

Sessi persekolahan dengan murid tadika

Guru tadika: Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid: Nampak cikgu.
Guru tadika: Pen ada kan ?
Murid-murid: Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika: Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid: tak nampak cikgu.
Guru tadika: pen ada tak?
Murid-murid: tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid: tak nampak cikgu.
Guru tadika: Tuhan ada tak?
Murid-murid: tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika: Boleh,mari ke depan.
Amin: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid: nampak.
Amin: cikgu ada kan ?
Murid-murid: ada.
Amin: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid: tak nampak.
Amin: cikgu ada otak tak?
Murid-murid: TAK ADA...!!!!!