Kalau datang ke Osaka, singgah la ke Namba. Specific place Namba Walk. Kalau kat Malaysia tempat dia macam Jalan TAR, Chow Kit dan Petaling street. Tapi tempat dia superb panjang dan bersimpang siur. Setakat ni yang aku jumpa la. Kalau datang ke sini, spend la sehari.
Barang dia bukan calang-calang ya. Semua original ya. Bukan ciplak. Kalau barang sports, Nike paling ekslusif kat sini. Masuk dalam kedai Nike, dah macam masuk LV ye. Kau bayangkan kalau masuk LV.
Berhampiran jalan utama, kedai barangan branded luar negara di jual. Konsep dia macam yang korang tengok dalam movie Confession of a Shophalic. Lebih kurang macam tu la. Tapi memang seronok jalan kat sini. Penuh pusing keliling. Manusia yang entah datang dari mana.
Tapi memang puas hati berjalan kat area Namba ni. Ada juga kedai barang 2nd hand kat sini. Handbag berjenama second hand pun banyak. Original ya. Jangan memain. Semua original. Kat sini, budak sekolah sanggup kerja part time semata-mata nak pakai barang branded. Nak suruh parent beli. Jangan harap le.
Masa ni dah penat gile dah. Tak larat nak jalan. |
No comments:
Post a Comment