Wednesday, August 06, 2008

Betul ke?

Top reasons why ladies today are still SINGLE
  1. The nice men are ugly.
  2. The handsome men are not nice.
  3. The handsome and nice men are gay.
  4. The handsome, nice and heterosexual men are married.
  5. The men who are not so handsome, but are nice men, have no money.
  6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.
  7. The handsome men without money are after our money.
  8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.
  9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, are cowards.
  10. The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!
  11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.
NOW, WHO THE HELL UNDERSTANDS MEN?

"Men are like a fine wine.
They all start out like grapes, and
it's our job to stomp on them and keep
them in the dark until they mature into something
you'd like to have dinner with."

Tuesday, August 05, 2008

Sangat Relevenkah Aku

Saya pernah terjumpa seorang lelaki yang memiliki 7 Diploma. Saya cakap dalam hati, Gilos ke ape sampai ade 7 Diploma. 1 tu sudahla. Then cari keje bagus-bagus. Tak pun sambung degree sampai la ke PhD. Tapi 7 diploma aku rasa sangat tak releven.

Then makcik aku sorang (makcik yang lagi muda dari aku) sekarang tengah buat double degree kat UM. Pergh Buat degree sains dengan degree pendidikan islam. Pergh, aku buat engineering dulu nak pecah kepala otak. Ni buat double degree Sains dengan Pendidikan Islam. Haiya, memang gilos. Tapi dah memang course yang dia amek tu kene buat double degree. So aku paham la. Yang ni releven.

Then kat University aku sekarang, ade orang tu nak buat double PhD. Lagi le gilos, bape tahun nak abes PhD. Satu PhD kat sini lebih kurang 3 tahun minimum. Then sempat ke kau nak siapkan. Satu sudah le. Yang ni agak tak releven.

Then aku tengok plak diri aku. Aku B.Eng holder. Which engineering bukan la jiwa aku sebenarnye. Which aku realize yang aku minat something else sewaktu aku tinggal completekan 3 subject, 1 project dan juga industrial training. Masa tu aku fikir, relevenkah aku teruskan. Tapi aku rasa aku perlu teruskan and tanamkan minat aku pada engineering sambil mencari peluang untuk minat aku tu.

Tapi at the end tak kemana pun bidang yang aku minat tu. Sebab aku terus bekerja menjadi seorang engineer. Terseksa jiwa dan raga siol. Yer la. Buat sesuatu yang aku tak minat. Then aku quite and sambung Master. Hurm, aku akan cube minat aku ni sebab aku nak jadi pendidik. Mendidik bakal-bakal jurutera.

Tapi macam mana dengan impian aku yang terkubur tu. Hurm, aku dah fikir masak-masak. Tapi tak pasti ianya releven atau tak. By hook or by crook aku kene dapatkan semua yang aku nak ni:-
  1. B.Eng (Hons) Electronics (Completed)
  2. M.Sc Electronics Engineering (On the way)
  3. PhD Electronics Engineering
  4. B.Sc Mathematics
  5. M.Sc Mathematics
  6. PhD Mathematics
Tapi adekah releven kalau aku amek semua tu. 1 jalan adalah kelebihan yang aku ada dalam Fizik dan juga Matematik sewaktu spm dahulu which aku dah mulakan langkah di situ kerana jalan itu aku pilih sebab aku rasa di situ la arah tuju aku. 1 jalan lagi adalah jalan yang sangat dekat dengan jiwa dan sanubari aku.

2 tahun aku mencari peluang untuk terus menyambung master dalam bidang Matematik. Tapi peluang sememangnya tertutup rapat untuk Degree holder selain Matematik. Hurm. Susah nak cakap kan.

So at last aku rasa biar la aku amek semua. Which aku hanya akan habes blaja dalam masa 14 tahun lagi. Itu paling cepat dan masa tu umur aku dah 40 tahun. Tapi sempat ke aku, umur tatau la sampai panjang tu ke tidak kan. Hurm.

Tapi aku tau, orang study sebab passion and also self satisfaction. Ade orang sebab nak kejar pangkat. Ade orang sebab minat. Ade orang sebab saja suke-suke. Ade orang just suke convo je. Ade orang suke membangga-bangga dengan Ijazah yang banyak. Aku plak, senang je. I should end what I have started, tu untuk bidang engineering. Tapi my passion towards Mathematics, so sebab tu la aku nak study juga Mathematics. Tu je misi aku dalam hidup.

Ada sesuatu yang aku rencanakan sebenarnye. Yang aku rasa sangat logik. Insyaallah, akan tercapai. Amin. Doakan tercapai. Wassalam. Happy rempit readears.

Monday, August 04, 2008

Rempiting (Episod:JHUBHU, Suke Hati Kau Je)

Cube baca JhuBhu huhu... lucah sungguh

Pagi-pagi aku dah ngarut. Sampai-sampai aku terus park la motorbike aku yang sangat rempit itu. Tak pepasal sebelah aku sebuah lagenda. Tapi malangnya bile combine dengan aku punye jadi lucah sangat. Tak sanggup nak menghadap. Ade ke patut.

Hari ni takde buat ape sangat. Pegi kelas and then balik. Tapi masa nak balik Mal suruh belikan dia buku untuk Semiconductor. Terpaksa aku turun Jalan Tar. Tengok stok semua dah abes. Takleh nak buat ape. SMS la Mal aku tak dapat buku dia.

Then dah tak dapat tu aku window shopping la kat Jalan TAR. Ingat nak rembat songkok baldu satu. Hehe Jenuh pusing. Dekat 1 jam pusing-pusing. At last jumpa 1 kedai. Tapi dia ade stok untuk tinggi 3 inci, dengan 4 1/2 inci. Pikir punye pikir, at last aku reject semua. Aku tempah satu khas untuk Majlis Kahwin Faizal. Hehehe Songkok tinggi 5 inci. Haha, aku tempah khas tu. Yer la. Aku ade songkok yang 4 1/2 ". So tak sesuai la beli lagi 1 kan.

Tinggi aku lebih kurang 5' 8", Tambah songkok 5", then aku dalam plan nak tempah capal yang tumitnye tinggi lebih kurang 1". Overall lebih dari 6'. Huyoo tinggi gile. Memang aku sangat berbangga la kot. Walaupun aku takde la tinggi mana and everything are in pink except for the capal and the songkok la kan.

At last ade orang cakap. Nanti aku akan sangat ketara berbeza dengan pengantin. Jadi dia kata remove the songkok and the capal. So just nice and sweet with the others. Yer la kan. Aku dengan Faizal, aku lagi tinggi. Pengantin pompuan dengan the pengapit. Aku jugak la yang lagi tinggi. Memang tak sesuai. So songkok aku reserve untuk hari raya.

Kalau la mak tau aku tempah songkok 5" memang konpem bising mak aku tu. Songkok dah la tinggi, orangnye tinggi. Dengan capal seinci. Memang sangat tinggi la kan. Hahaha. Pastu kat kampung ade lagi songkok 1, tapi pendek sikit la kan.

Then lalu depan Pertama Complex, aku ni sangat pantang nampak shopping complex. So aku terus masuk. and window shopping. So aku tengok la kasut. Haha sebab next target memang kasut la kan. Bukan bende lain pun. Ingat dapat gaji nanti nak rembat kasut dengan jeans sehelai dua.

Pastu dah penat aku balik la. Itu jer la tugasan merempit hari ini. Tugasan merempit seterusnya hari esok. Hehehe Selamat merempit...