Monday, October 12, 2015

Jepun Osaka Chapter 8: Namba

Kalau datang ke Osaka, singgah la ke Namba. Specific place Namba Walk. Kalau kat Malaysia tempat dia macam Jalan TAR, Chow Kit dan Petaling street. Tapi tempat dia superb panjang dan bersimpang siur. Setakat ni yang aku jumpa la. Kalau datang ke sini, spend la sehari.

Barang dia bukan calang-calang ya. Semua original ya. Bukan ciplak. Kalau barang sports, Nike paling ekslusif kat sini. Masuk dalam kedai Nike, dah macam masuk LV ye. Kau bayangkan kalau masuk LV.

Berhampiran jalan utama, kedai barangan branded luar negara di jual. Konsep dia macam yang korang tengok dalam movie Confession of a Shophalic. Lebih kurang macam tu la. Tapi memang seronok jalan kat sini. Penuh pusing keliling. Manusia yang entah datang dari mana.

Tapi memang puas hati berjalan kat area Namba ni. Ada juga kedai barang 2nd hand kat sini. Handbag berjenama second hand pun banyak. Original ya. Jangan memain. Semua original. Kat sini, budak sekolah sanggup kerja part time semata-mata nak pakai barang branded. Nak suruh parent beli. Jangan harap le.
Masa ni dah penat gile dah. Tak larat nak jalan.

Sunday, October 11, 2015

Jepun Osaka Chapter 7: Umeda

Kalau korang jenis suka lepak shopping mall and lepak dalam bangunan, layan mata tengok manusia berjalan-jalan. Korang datang la ke Umeda. Ada Grand Hall Osaka, boleh la lepaskan rindu pegi MidValley. Feeling sikit MidValley sikit.
Yodobashi (Source google)
Kalau datang ke sini, jangan lupa singgah bangunan sebelah Grand Hall Osaka. Kalau berminat dengan gadget dan barang electronics, kat sini melambak-lambak. Bezanya dengan Malaysia, kat sini latest model. Itu je bezanya. Singgahlah ya. Harga kat sini tak boleh bargain. Tu je la. Tadah je la kredit kad kau ya. Tak pun bawak la cash bebanyak. Supaya tak makan hati. Recommended untuk mereka yang mencari gadget. Spend la sehari kat sini ya.

Nota Kaki: Busy nak exam, update la mana termampu

Saturday, October 10, 2015

Jepun Osaka Chapter 6: Osaka Castle

Mula mula layan dulu gambar ni

Memandangkan hari Ahad tiada kelas, cari geng jalan pergi ke Osaka Castle. Macam biasa, guna weekend daypass. Super jimat punya pasal. Sebab lepas tu nak pergi merewang tempat lain. Biasalah, kalau tak merewang memang tak sah kan.
Sekitar jalan menuju ke Osaka Castle.
Yer, besar. Serius besar. Tapi aku tak masuklah. Almaklumlah, student. Hatta JPY100 pun berkira ya. Haha, bukanlah berkira sangat sebenarnya. Sebab dari luar pun dah cun. Malas nak masuk walaupun pergi ke sini seumur hidup entah-entah yang ni sekali je.
View Sekeliling dari Pinggir Osaka Castle
Aku suka Osaka Castle ni pada senibina dia. Sangat detail senibina dia. Macam bertatahkan emas pula. Keliling dia ada Osaka Castle Park. Ramai la yang datang ke sini. Sebab tempat dia memang nice gile. Bukan setakat pelancong je datang. Rakyat Japan pun datang penuhkan tempat ni.
Sekitar Osaka Castle Park
Hamek la lagi
Sorry la tak baca pasal sejarah. Korang Wikipedia je la. Tapi kalau berjalan ke Japan, this is recommended place untuk datang di lawat. Till then, next post please.

Nota kaki: Nanti nak buat 9Days punye Japan Trip. Tak payah guna guide. Haha

Makan la apa yang kau confident.

Sunday, October 04, 2015

Jepun Osaka Chapter 5: Osaka Transport.

Hamek kau. Baru berapa hari kat sini dah berjalan. Pasal belajar nanti la dulu. Pasal berjalan orang suka kan. Ok, hari ni nak bercerita tentang Osaka public transport. Public transport di Osaka sangat convinient dan murah (Murah ke dik oi?). Murah in terms of number, bukan in terms of Malaysian Currency.

Kemudahan di Japan selain menaiki Kapal Terbang untuk ke sesuatu tempat, boleh juga menaiki Shinkansen. Harga lebih kurang sama ja. InsyaAllah, Minggu depan akan merasa naik Shinkansen. Kalau dari airport dah tunjuk naik Densha, kat sini panggil JR.

Kalau di Osaka ni, lebih mudah dan murah naik Subway (Chikatetsu). Kalau naik Chikatetsu, harga tiket sehari adalah JPY800 untuk weekdays dan JPY600 untuk weekend and public holiday. Unlimited Chikatetsu ride. Kalau pakai 1 trip pass agak rugi sebenarnya, tapi kalau nak pegi satu tempat saja, ambil 1 trip pass saja.

Anyway, banyak pass disini, especially untuk tourist. So sebelum datang Japan for a trip, make sure study betul-betul, where you wanted to go. Aku malas sikit. So follow orang saja. Lagipun sibuk dengan study kan. Alasan sangat.

Ok, nak sambung berjalan hari Ahad. Tadaaaa

Contoh pass weekend, weekdays and public holiday

Saturday, October 03, 2015

Jepun Osaka Chapter 4: My Room

Hari ni tak tahu nak update apa. Jadi update la gambar bilik. Mode malas nak update blog punya pasal. Ya, bilik ni kecik je. Hostel seorang sebilik, tapi orang luar tak dapat masuk. Kalau nak melawat, kat lobby je boleh. Haha, sedih kan.


Friday, October 02, 2015

Jepun Osaka Chapter 3: HIDA Scholarship Program

Somebody ask me, this is what scholarship program? I can't tell much because I really don't know what it's all about. But it is call Human Development and Industrial Development Association (HIDA) program. It is currently conducted by The Association for Overseas Technical Scholarship (AOTS).

The simple way to explain is, it is a scholarship program funded by the Japan Government to help the establishment of their local companies

that expanding overseas, especially developing countries. This were to help developing countries local human resources to enhance their skills in Japan. Instead of the company bear all the cost, the Japanese tax payer do it for us.

So how to enter or how they made their selection. It is simple. Just go for an interview for the post by Japanese company that offering this kind of scholarship. Like I did. Anyway, I don't know the position that been offered to me was a scholarship program. So it is all about rezeki. Aside from my company, AEON is offering their management trainees for this scholarship program. Other Japanese company in Malaysia, I'm not pretty sure.

Duration? Depend on your company. For AEON, they send for 6 months. 1 company from Thailand send their associates for 3 years. My case, still hanging on the duration, but I'm going back Malaysia on March16, but my Visa is valid until September16. Still pending on my training after March. (Kalau dia suruh sambung for good pun Abam redha je. Hangkut anak bini sekali la)

Best of luck! Abam nak sambung study. Esok ade kelas...

Sekadar gambar hiasan

Thursday, October 01, 2015

Jepun Osaka Chapter 2: Touchdown di Osaka

Yer, nervous sebenarnya datang ke Jepun. Pertamanya, bahasa Jepun sumpah tak tahu. Dan orang Jepun hanya segelintir kecil yang boleh berbahasa Inggeris. Itupun kebanyakkannya bekerja sebagai pengalih bahasa. Tapi jangan pandang enteng dengan kelemahan mereka berbahasa inggeris, aku pun speaking gagap. Haha. Anyway, simple english InsyaAllah, mereka faham dan make sure cakap dengan perlahan. Bukan suara yang perlahan. Tapi tahap kelajuan.

Malaysia Airline A330 sharkleet

Kansai Airport (Source google)

 Inilah Densha (Source google)

Anyway, touch down jam 8:15am macam tu la. Buat resident card dekat sejam. Settle semua, terus lepak di airport kejap layan WiFi. Update kat family and company yang dah selamat touchdown. Kang diorang ingat aku hilang ke mana kang. Cari Japan socket adaptor, dengan LAN cable. Sumpah lupa gila yang tu.

Terus naik Densha ke Sugimoto-Cho yang memang aku tak tahu kat mana tempatnya. Membaca instruction and comparing the station name dalam Kanji. Seksa rupanya. Dan berjaya sampai di Sugimoto-Cho.

Tapi bila keluar station, aku blur, tak tahu dah kat mana. Nasiblah badan kan. Terus tanya awek tu dengan bahasa Jepun yang aku tak berapa tahu. Main hantam saja. Finally dengan bantuan orang sekeliling, berjaya la mencari jalannya. Berjalan kaki almost setengah jam. Dengan beg galas dalam 7kg, luggage 33kg plus bag laptop. Setiap 10meter berhenti ya. Penat.

Ok, nanti sambung lagi ya. Nak makan. Lapar. Haha

Inilah sekolahku, Kansai Kenshu Centre

View from the back 1

View from the back 2

Wednesday, September 30, 2015

Jepun Osaka Chapter 1: Selamat datang ke Osaka

Yes finally saya diberi kekuatan untuk menulis di sini. Bukan selalu nak menulis. Sekali-sekala dapat peluang begini banyak syok wo. Ye la, bukan banyak sangat masa terluang nak menulis begini kan.

Saya kini berada di Jepun. Alhamdulillah, sebuah penantian yang berbaloi. Akhirnya saya menerima scholarship dari Kerajaan Jepun untuk menerima latihan dan sedikit pengajian di sini. Nanti la saya share cerita tu. 

Terima kasih untuk mereka di dalam gambar dan tiada di gambar ya

Saya bertolak ke Jepun pada 14Sept2015 dengan penerbangan MH52. Flight delay sejam jugak ya. Sebab tukar tayar. For the time being saya cerita yang ini dulu ya. Cerita lain kali.

Nota kaki: Sekadar sebuah penulisan semula bermula.




Sunday, September 20, 2015

2015

Pertama sekali, sudah lama tidak menitip kata-kata di sini. Nantilah saya post. InsyaAllah, banyak cerita yang mahu di kongsi. Bukan sikit. Tapi sumpah banyak gila. Baru hari ni nak mula menulis semula. Haha. Nasib kau la kan. Lama tak menulis. Berkarat la penulisan kau.