Wednesday, October 10, 2012

Perkahwinan Itu Seharusnya Sederhana

Beberapa minggu lepas, saya bump into my friend facebook. Reading her updates make me realize a lot of thing but I jump into one conclusion, perkahwinan itu seharusnya mudah dan tidak membebankan. Perkara yang penting adalah nikah dan menghebahkan perkahwinan itu.

Sumber gambar dari Diriku Seperti Burung
(http://limochiaizawa.blogspot.com)
This is her updates:-

Masa orang datang minang adik perempuan aku dulu.. bapa aku suruh aku urus majlis pinangan itu...

Wakil lelaki berpantun.. aku tak pandai nak balas pantun, sbb tak sempat nak rangka... jadi aku pun cakap, "straight to the point"

"kami datang nak meminang"

"ya, saya tau..."

"macam mana kira ni?"

"oklah, saya terus buat keputusan je la..kadar mas kahwin tu ikut budaya setempat la.. tp hantaran kami tak letak.. nak bagi, kami ambil.. kalau tak bagi, kami tak kisah.. kalau rasa tak cukup duit, bgtau kami, nanti kami tolong top up"..

Wakil lelaki semua jem... diam hampir 5 minit.. saling tengok muka masing2.

Bapa aku menyampuk, "kami nak ikut islam, kami tak nak ikut budaya melayu".

Seorang pak haji dari wakil lelaki bercakap, "Senang nyeee..."

Aku jawab, "Islam suka yang mudah-mudah.. jgn susah2kan.. kalau si lelaki rasa tak ada duit, bgtau saya.. nanti saya cuba bantu sekadar yang mampu"..

Perbincangan itu tidak sampai 15 minit, dan makanan pun dikeluarkan.. aku pun masuk bilik, tidur, sbb malam tu tak tidur...

Alhamdulillah, sekarang adik dan adik ipar aku dah ada seorang anak... aku bangga...

Mak ayah mak mertua bapak mertua..mcm ni ok x?

Sekarang ni, macam berlumba-lumba berapa hantaran mahu diberi. Haish, macam menjual anak pula. Saya pula belum ada lagi anak perempuan. Tapi saya tidak pernah berniat untuk meletakkan duit hantaran yang tinggi-tinggi (mungkin juga duit hantaran itu tidak perlu ada). Pengalaman emak saya pula, duit hantaran tu emak serahkan bulat-bulat pada adik. Terpulang pada dia untuk menguruskannya. Sebab emak merasakan duit hantaran itu adalah hak adik sepenuhnya, seperti mas kahwin juga.

Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal.

3 comments:

eddy syrol said...

biasanya adad dan budaya yg merumitkan urusan perkahwinan... so, kene berpada gak dgn ayat dan budaya.. kan kekanda...

Gieyana said...

alhamdulillah...x mengikut peredaran n budaya zaman skrg kan..moga perkahwinan meraka senantiasa drahmatiNya..:-)

Z@i Z@mR33 said...

btl2...hntrn ikut kmampuan lelaki...klau x kami x nikah la dlm ms 3 bln klau letak puluh ribu...

tu yg stgh tu btunang lama2...hntrn tinggi sgt