Monday, October 08, 2012

PJ Half Marathon, I'm Crying Over The Finish Line

30 September 2012 - Selepas turun dari Kinabalu (Story Kinabalu nantilah, peram dulu), saya menggigihkan diri untuk join another half marathon. My first half marathon setelah lebih 3 bulan tak bermarathon. Huhu. Teruk kan saya ni.

My running BIB (Sila Abaikan Kebuncitan itu)

Dengan tiada latihan dan sebarang persedian, saya pun melantaklah berlari dengan gigih untuk Half Marathon. Owh, event ni di sponsor oleh seorang sahabat yang saya kenali di Chap Ayam Runner, Abang Ahmad Daud namanya.

Event ini diadakan di stadium MPPJ. Trek melalui jalan airport subang, federal highway, Jalan Airport sehingga ke Airport, kemudian U-turn dan terus ke stadium MPPJ semula.
My finishing style
Kelam kabut saya pagi tu. Mana tidaknya, sampai je kat starting line, dah flag off. 5 minit awal flag off. Saya mulakan larian terkocoh-kocoh. Haha, gigih berlari. After 9km perut dah rasa sakit. My goodness, time-time cenggini plak perut nak buat hal. After 9km saya dah tak boleh nak lari. Perut sakit. Bukan sebab nak berak, tak tahu la. Sengugut kot. Sudahnya, saya berjalan sehingga ke garisan penamat.

Sampai garisan penamat, saya ambil medal, amek light breakfast yang disediakan, then masuk kereta, terus blah. Menangis dalam kereta. Hahaha, worst half marathon ever. My first virgin half marathon even better than this.
Finishing medal yang Ok laaaa

Gun Time : 3:03:12.03
Chip Time: 3:00:55:43
Rank: 791 over 879
Nota kaki: Hero hindustan betul aku ni.

No comments: