Tuesday, November 29, 2011

Mendidik Anak-anak: Sarapanlah sebelum ke Sekolah

Nasi lemak kopi O, bestnya rancangan ni. Saya sukalah

Sambungan ceramah Sambutan Maal Hijrah…

Menurut Ustaz yang menyampaikan ceramah itu juga. Dia mengenali seorang sahabat yang semua anaknya Berjaya. Semua keputusan peperiksaan anak-anaknya cemerlang. Lalu dia bertanyakankan kepada sahabatnya itu, bagaimana anaknya boleh bijak-bijak belaka.

Dengan rendah diri, sahabatnya berkata. “Tiada apa rahsia yang aku simpan Ustaz. Semua itu rezeki.” Tetapi si sahabat ini menyambung dengan berkongsi beberapa perkara yang diwajibkan untuk anaknya sebelum ke sekolah.

Pertamanya dia akan memastikan anaknya bersarapan sebelum ke sekolah. Mendapat minuman air panas dan juga makanan yang berkhasiat memastikan anak-anaknya kenyang.

Segelintir ibu-bapa kini sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk menyediakan sarapan pagi. Maka tambahan wang saku untuk anak bersarapan apabila tiba di sekolah akan diberi. “Nak, ni untuk beli sarapan sampai sekolah nanti. Mak tak sempat nak sediakan sarapan.” Lalu dihulurkan wang RM5.

Setibanya disekolah, jam menunjukkan hampir ke 7.30pagi. Perut si anak ni pula sudah mula lapar. Maka masuklah dia ke kelas tanpa bersarapan. Tanpa sempat membeli makanan, loceng besar sudah dibunyikan menunjukkan sesi pembelajaran bermula.

Dalam kelas, perut lapar, dalam kepalanya mesti teringat makanan yang tak sempat dibeli dikantin. Tengok muka guru yang mengajar pun dah macam rupa burger agaknya. Tengok tulisan-tulisan di papan tulis dah macam mee goreng yang penuh dengan udang. Jadi anak-anak ini terkesanlah akibat tidak bersarapan. Hilang fokus. Fikirannya pula sentiasa berkocak menanti loceng waktu rehat walaupun masanya masih panjang untuk loceng itu dibunyikan. Kasihan si anak.

Apabila loceng menandakan waktu rehat dibunyikan, anak ini meluru ke kantin sebab lapar. Membeli makan seperti semalam tak makan langsung. Maka perutnya akan penuh dan kenyang perut pun senang hati. Betul tak? Memang sangat senang hati. Duit mak ayah bagi, perut pula kenyang.

Sampai di kelas, dengan perut kenyang, anak ini akan melawan pula. Melawan apa? Syaitan mengantuk pula. Matanya macam nak digam-gam mengantuknya. Ada yang sampai terlena di atas meja. MasyaAllah, kasihan mereka ini. Jadi apa yang mereka belajar seharian. Pagi asyik fokus dengan makanan, selepas waktu rehat fokus melawan mata yang mengantuk.

Jadi sebagai ibu bapa, sediakanlah sarapan. Walaupun sekadar roti sekeping dan segelas air panas ya. Amin. Tapi bersarapan ini bukan khas untuk anak-anak sahaja. Untuk semua orang ya. Nanti dikatanya sarapan untuk anak sahaja. Ada ke patut. Ni untuk semua oranglah. Contoh yang diambil kepada anak-anak. Nanti akan saya tambah lagi tips yang saya dengar ketika ceramah itu.

Nota kaki: Bukan mudah menjadi ibu bapa rupanya untuk mendapat anak yang cemerlang.

1 comment:

Kak Zepe Lagu2anak.blogspot.com said...

Hai…perkenalkan nama saya kak zepe
Menarik sekali artikelnya…blognya juga keren
Saya juga punya blog yang isinya tentang semua hal yang berhubungan dengan dunia anak-anak ..
Ada lagu anak, tips parenting, pendidikan kreatif, dongeng anak….
Ada di http://lagu2anak.blogspot.com
Bila berkenan, mari bertukar link…
Thx..
Kak Zepe