Wednesday, November 23, 2011

Menang dipuji melangit, tetapi ingatkah ketika mereka dicaci?

Gambar di ambil dari Portal Sukan (klik)


Tahniah untuk pasukan Harimau Muda yang merangkul pingat emas terakhir untuk Malaysia dan mengekalkan reputasi selaku juara bertahan. InsyaAllah, semoga sukan sea yang akan datang ada rezeki buat kamu.

Saya rasa masih terbisik-bisik seluruh pelusuk Negara membicarakan kehebatan anda. Alhamdulillah, itu semua atas usaha anda yang tidak pernah kenal erti patah semangat. Saya yakin, laluan anda masih panjang. Bukan mudah untuk kekal di atas.

Saya masih teringat lagi skuad sukan sea sebelum menjadi juara di sukan sea edisi ke 25. Semua memandang rendah terhadap anda. Saya merasakan pemergian anda ketika di sukan sea Vientiane ketika itu tanpa sebarang harapan. Haha… manusia…

Bila dah menang begini, barulah memandang tinggi. Masa tewas dengan Singapura sewaktu kelayakan Piala Dunia, diberikan kata-kata semangat, “I’m proud of you”. Tapi mesti semua orang lupa tohmahan yang diberikan sebelum semua itu kan. Haha… manusia...

Tapi apa pun, saya bukan nak menghengtam sesiapa pun. Saya pun manusia yang mungkin juga tergolong dalam golongan manusia yang saya maksudkan. Mungkin penghinaan dari hati saja. Owh, sebelum tu. Persatuan Sepak Takraw Malaysia, bersedialah untuk menerima nasib yang sama ya.

Buat pemenang pingat emas sukan sea, tahniah kami rakyat Malaysia ucapkan. Buat yang tidak Berjaya, seperti skuad karate, Farkhan (kekalahan penuh kontroversi), adat bertanding.

Nota kaki posting: Sayang sekali Daniel Bego tidak dapat bertanding, sudah takdirNya.

5 comments:

eddy syrol said...

biasalah manusia... nak yang hebat2 je...

shahirahkhairudin said...

ahaaaa.. yang tu betul tapi kan long, dah menang pun ada jugak yang masih mencaci. pesen pesen tak reti nak berterima kasih. ingat tak penat ke main bolo sampai 120 menet

Zue AnnaLeeya said...

tuh mmg dah lumrah manusia nih El...
masa menang dipuji2...
klu kalah, caci maki jerlah...
at least, hargailah usaha mereka kan????

betulla... klu daniel bego bertanding, mesti emas dlm genggaman.....

Cik Nera said...

saya masih ingat long... macam sardin kata harian metro...huhu...

wan hafiz said...

ntah bro. smua ini donia. apa2 pun, patutnya tak hidup dipuji dan tak mati dikeji. Harimau Malaya boleh!