Wednesday, November 30, 2011

Mendidik Anak-Anak: Mulakan Hari Dengan Penyucian Hati

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirahim...

Sambungan ceramah bersempana dengan sambutan Maal Hijrah...

Kemudiannya sahabat ustaz ini menyambung yang dia akan memastikan anaknya mengaji Al-Quran walaupun sekadar seayat sebelum ke sekolah. MasyaAllah, mudah betul tipsnya ini. Katanya, walaupun sekadar sepotong ayat pertama surah Al-Baqarah (ayat paling pendek), memadailah.

Al-Quran ini penyuci hati. Jadi segala kekotoran hati akan dibersihkan dengan pembacaan Al-Quran. Jadi anak-anak ini akan memulakan hari mereka dengan hati yang bersih. Bila hati mereka bersih, maka senanglah mereka untuk menerima ilmu yang diajar oleh para gurunya. Alhamdulillah, resepi kejayaan anaknya telah dikongsikan.

Selain lengkapnya solat lima waktu mereka yang kita harus jaga sebagai ibu dan bapa mereka, inilah salah satu tips untuk mereka berjaya dalam hidup.

Tak susahkan. Tambah sahabat ustaz ini lagi. Tidak perlu lama pun hendak membaca Al-Quran itu. Apa yang penting, hati mereka tercuci dengan membaca Al-Quran.

Tetapi ini bukan sahaja dipraktikkan untuk anak-anaknya sahaja. Nanti suruh anak mengaji, tetapi bapanya menonton TV pula. Haish, kepimpinan melalui tauladan kan. Jadi, betullah kata pepatah, “Bapa borek, Anak rintik.”

InsyaAllah, kita semua akan menuju ke jalan yang diredhai, bahagia di dunia dan di akhirat. Owh, belum tamat disini. Ada lagi yang saya ingin kongsikan.

Nota kaki: Tak susah nak buat, tapi syaitanssss yang menggoda tu ramai bebenor. (plural s tu banyak gile)

Tuesday, November 29, 2011

Mendidik Anak-anak: Sarapanlah sebelum ke Sekolah

Nasi lemak kopi O, bestnya rancangan ni. Saya sukalah

Sambungan ceramah Sambutan Maal Hijrah…

Menurut Ustaz yang menyampaikan ceramah itu juga. Dia mengenali seorang sahabat yang semua anaknya Berjaya. Semua keputusan peperiksaan anak-anaknya cemerlang. Lalu dia bertanyakankan kepada sahabatnya itu, bagaimana anaknya boleh bijak-bijak belaka.

Dengan rendah diri, sahabatnya berkata. “Tiada apa rahsia yang aku simpan Ustaz. Semua itu rezeki.” Tetapi si sahabat ini menyambung dengan berkongsi beberapa perkara yang diwajibkan untuk anaknya sebelum ke sekolah.

Pertamanya dia akan memastikan anaknya bersarapan sebelum ke sekolah. Mendapat minuman air panas dan juga makanan yang berkhasiat memastikan anak-anaknya kenyang.

Segelintir ibu-bapa kini sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk menyediakan sarapan pagi. Maka tambahan wang saku untuk anak bersarapan apabila tiba di sekolah akan diberi. “Nak, ni untuk beli sarapan sampai sekolah nanti. Mak tak sempat nak sediakan sarapan.” Lalu dihulurkan wang RM5.

Setibanya disekolah, jam menunjukkan hampir ke 7.30pagi. Perut si anak ni pula sudah mula lapar. Maka masuklah dia ke kelas tanpa bersarapan. Tanpa sempat membeli makanan, loceng besar sudah dibunyikan menunjukkan sesi pembelajaran bermula.

Dalam kelas, perut lapar, dalam kepalanya mesti teringat makanan yang tak sempat dibeli dikantin. Tengok muka guru yang mengajar pun dah macam rupa burger agaknya. Tengok tulisan-tulisan di papan tulis dah macam mee goreng yang penuh dengan udang. Jadi anak-anak ini terkesanlah akibat tidak bersarapan. Hilang fokus. Fikirannya pula sentiasa berkocak menanti loceng waktu rehat walaupun masanya masih panjang untuk loceng itu dibunyikan. Kasihan si anak.

Apabila loceng menandakan waktu rehat dibunyikan, anak ini meluru ke kantin sebab lapar. Membeli makan seperti semalam tak makan langsung. Maka perutnya akan penuh dan kenyang perut pun senang hati. Betul tak? Memang sangat senang hati. Duit mak ayah bagi, perut pula kenyang.

Sampai di kelas, dengan perut kenyang, anak ini akan melawan pula. Melawan apa? Syaitan mengantuk pula. Matanya macam nak digam-gam mengantuknya. Ada yang sampai terlena di atas meja. MasyaAllah, kasihan mereka ini. Jadi apa yang mereka belajar seharian. Pagi asyik fokus dengan makanan, selepas waktu rehat fokus melawan mata yang mengantuk.

Jadi sebagai ibu bapa, sediakanlah sarapan. Walaupun sekadar roti sekeping dan segelas air panas ya. Amin. Tapi bersarapan ini bukan khas untuk anak-anak sahaja. Untuk semua orang ya. Nanti dikatanya sarapan untuk anak sahaja. Ada ke patut. Ni untuk semua oranglah. Contoh yang diambil kepada anak-anak. Nanti akan saya tambah lagi tips yang saya dengar ketika ceramah itu.

Nota kaki: Bukan mudah menjadi ibu bapa rupanya untuk mendapat anak yang cemerlang.

Monday, November 28, 2011

Air, InsyaAllah Ubat Yang Paling Murah dan Mujarab

Minum air dengan banyak

Sempena sambutan Maal Hijrah 1433, saya berkesempatan untuk mendengar ceramah sempena Maal Hijrah. Saya ingin berkongsi mengenai ubat paling murah. Maaf, saya lupa nama panel Ustaz yang member ceramah itu. Pada saya, apa salahnya berkongsi ilmu yang kita dapat untuk manfaat oranglain. Ya tak...

Menurut pengalamannya, seorang pesakit kanser telah menemuinya dan telah diberi petua ubat paling murah ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah. Penyakit kansernya sembuh. Tiada sel kanser lagi. (Lebih kurang begitulah ceritanya.

Jadi dia mengatakan, ubat ini murah dan mudah. Pertama sekali yang perlu anda ada adalah satu gelas dan air suam. Pagi-pagi, bangun saja dari tidur, amalkan minum 5-6 gelas air suam (sambil bersalawat) dan ianya mesti dilakukan sebelum anda menggosok gigi dan juga sebelum berkumur-kumur. Air liur kita ni mempunyai nilai perubatan katanya. InsyaAllah katanya, selepas 10 minit akan terasa mahu membuang air besar. Tetapi untuk permulaan, kalau tak mampu sehingga 5-6 gelas, 1 gelas pun cukup.

Relevennya, kalau kita nampak longkang di rumah kita tersumbat, kita akan menjirus dengan air yang banyak. Kadang-kadang sampai 10 baldi. Banyak betul. Begitu juga dengan badan kita, kita jirus dengan air suam yang banyak. Segala toksin dalam badan akan keluar daripada badan dan kita akan merasa sihat.

Malam pula sebelum tidur, memadailah dengan segelas air. Nanti ngompol pula kalau minum banyak air. (Selorohnya). Amalan ini mestilah dilakukan hari-hari, InsyaAllah tiada kos yang tinggi, hanya dengan beberapa gelas Air suam. Jangan lupa tawakal dan berdoa supaya diberi kesihatan sentiasa kerana semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah.




Nota kaki: nanti akan share lagi isi kandungan ceramah itu yang mana saya ingat ya. Untuk peringatan diri saya juga.

Friday, November 25, 2011

Kelemahan Vs Kekuatan

Gambar ini tiada kaitan dengan saya, saya tak hensem



Kehidupan seharusnya menjadi lebih baik.

Aku selalu berfikir negative sejak kecil. Kenapa aku tak pandai macam pakcik aku or even adik aku. Selalu aku fikir kenapa aku tak kuat lari macam jiran aku. Perkataan “Kenapa” selalu bermain dalam fikiran aku.

Tapi bila aku mula memperbandingkan diri aku dengan orang lain menggunakan perkataan kenapa. Aku mula sedar yang aku hanya membuka semua kelemahan diri aku sehingga aku melupakan kekuatan-kekuatan yang ada dalam diri aku.

Sebagai contoh, aku mungkin tak pandai dalam semua matapelajaran, tapi ada matapelajaran yang aku boleh target untuk menuju cita-cita aku. Aku mungkin tak kuat berlari, tapi bila aku bercakap, mak ai. Lajunya kalah suara bertih jagung meletup. Tu mungkin antara sekelumit kekuatan yang menjadikan aku lebih kuat untuk meneruskan hidup.

Tanpa perlu menjadi orang lain. Kita seharusnya menjadi diri kita sendiri. Selalu kita dengar orang bagi nasihat, “Be yourself”, dan aku selalunya membalas dalam hati. “How?” perkataan ni selalu bermain dibenak fikiran aku bila disuruh menjadi diri sendiri.

Ok, aku rasa this how to be ourselves (Simple examples)

Cari kualiti diri yang kita ada dan manfaatkan segala kelebihan yang kita ada dalam segenap ruang hidup kita. Sebagai contoh, kalau anda mempunyai keyakinan yang tinggi. Gunakan keyakinan itu dalam segenap ruang hidup anda. Jangan over confident pula dah la ye. Nanti orang menyampah. Biasa-biasa sudehhh...

Kelemahan diri anda yang anda temui atau discover kata omputih, itu adalah keunikan diri anda, gunakan sebaik mungkin dan jadikan ia satu keunikan yang tidak ada pada oranglain. Sebagai contoh, aku akan menggeletar kalau bercakap dikhalayak ramai. Unikkan menggeletar anda dengan movement. Kire enhancekan kita punya pergerakan la, bergerak sana sini. Mesti kurang nampak menggeletar tangan kan. Haha padahal menggeletar satu badan sudeh

Ini Cuma sebahagian contoh la. Banyak lagi. Aku tanaklah menunjuk sangat. Nanti korang tahu kelemahan aku. Hiks. Till then. Nanti aku share lagi. Tapi ingat, jangan sengaja cari kelemahan orang lain. Tak baik ok.

Thursday, November 24, 2011

Harimau Muda: Kekalahan Anda Kami Memahami


Mungkin ramai yang kecewa dengan kekalahan skuah Harimau Muda untuk kelayakan olimpik 2012 malam tadi yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Skuad Harimau Muda tewas kepada pasukan Syria dengan jaringan 0 berbalas 2.

Saya melihat kekalahan ini dari sudut yang positif. Ada yang mengatakan mereka masih lagi berseronok-seronok dengan kemenangan pingat emas di Sukan Sea Palembang 2 hari yang lalu. Haish, manusia… Saya percaya mereka masih lagi keletihan berada di padang lebih dari dua jam pada dua hari yang lepas. Sedangkan saya sejam berada di padang futsal, seminggu sakit badan ok.

Keduanya, banyak tonggak yang belum pulih dari kecederaan. Haish, memanglah ni bukan alasan. Tapi kenalah faham kan. Mereka pun manusia gak, sekali-sekala jatuh sakit punya. Bak kata seorang doctor, dia pun manusia gak, ada masa akan sakit juga. Haha

Tahukah anda, mereka adalah skuad Junior yang rata-ratanya berusia antara 17-23 tahun. Haish, maksudnya ini adalah plan jangkamasa panjang untuk pasukan bola sepak Malaysia, dan saya yakin mereka akan meningkatkan mutu permainan mereka selepas ini.

Dan, saya amat kagum dengan penonton perlawanan bola sepak malam tadi. Yang mana, tiada rusuhan, pancaran laser (so budak2), upacara baling botol dan juga pembakaran mercun (Chinese new year kah?). Saya percaya penonton lebih bijak menonton perlawanan dan mengawal emosi mereka. Sekalung tahniah untuk skuad harimau muda dan juga untuk penonton.

Owh, Asyik cerita bola saja kan. Tapi tak apa, KFC sedap hingga menjilat jari… KFC tu adalah Khairul Fahmi Che Mat, jangan marah Apex. Cik Mala yang kuarkan statement ni. Hiks


Nota kaki: Saya tetap dengan diri saya. Menang saya, kalah saya, saya tetap kena makan dan teruskan kehidupan.

Wednesday, November 23, 2011

Menang dipuji melangit, tetapi ingatkah ketika mereka dicaci?

Gambar di ambil dari Portal Sukan (klik)


Tahniah untuk pasukan Harimau Muda yang merangkul pingat emas terakhir untuk Malaysia dan mengekalkan reputasi selaku juara bertahan. InsyaAllah, semoga sukan sea yang akan datang ada rezeki buat kamu.

Saya rasa masih terbisik-bisik seluruh pelusuk Negara membicarakan kehebatan anda. Alhamdulillah, itu semua atas usaha anda yang tidak pernah kenal erti patah semangat. Saya yakin, laluan anda masih panjang. Bukan mudah untuk kekal di atas.

Saya masih teringat lagi skuad sukan sea sebelum menjadi juara di sukan sea edisi ke 25. Semua memandang rendah terhadap anda. Saya merasakan pemergian anda ketika di sukan sea Vientiane ketika itu tanpa sebarang harapan. Haha… manusia…

Bila dah menang begini, barulah memandang tinggi. Masa tewas dengan Singapura sewaktu kelayakan Piala Dunia, diberikan kata-kata semangat, “I’m proud of you”. Tapi mesti semua orang lupa tohmahan yang diberikan sebelum semua itu kan. Haha… manusia...

Tapi apa pun, saya bukan nak menghengtam sesiapa pun. Saya pun manusia yang mungkin juga tergolong dalam golongan manusia yang saya maksudkan. Mungkin penghinaan dari hati saja. Owh, sebelum tu. Persatuan Sepak Takraw Malaysia, bersedialah untuk menerima nasib yang sama ya.

Buat pemenang pingat emas sukan sea, tahniah kami rakyat Malaysia ucapkan. Buat yang tidak Berjaya, seperti skuad karate, Farkhan (kekalahan penuh kontroversi), adat bertanding.

Nota kaki posting: Sayang sekali Daniel Bego tidak dapat bertanding, sudah takdirNya.

Friday, November 18, 2011

UPSR- Sebuah Permulaan Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik

Alhamdulillah, semalam diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seluruh Malaysia. Tahniah kepada yang mendapat A dalam semua matapelajaran. Bagi yang tidak mendapat A untuk beberapa mata pelajaran. Jangan risau, ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Ini adalah permulaan kepada sebuah penghidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Buat dua anak saudara saya, kedua-duanya lelaki. Tahniah. 3A 2B adalah sebuah permulaan yang cukup baik untuk terus melangkah dengan lebih yakin dalam pelajaran. Peperiksaan akan datang buat yang lebih baik ya. Lelaki ni selalunya lambat ‘panas’. Maksud Uncle El lambat panas di sini adalah lambat untuk membuktikan yang mereka sebenarnya mampu untuk memberi impak cemerlang dalam keputusan peperiksaan mereka.

Mungkin ada yang bertanya, keputusan peperiksaan UPSR saya. Haha, saya harus mengaku. Saya cuma mendapat 1A 2B dan 1C sahaja (ketika itu hanya ada 4 subjek ditawarkan). Target saya ketika itu 3A 1B. B sudah tentulah Bahasa Inggeris. Iyalah, orang kampong seperti saya yang ibu bapanya berdialek jawa sehari-hari bertutur, itulah yang saya rasakan target yang sesuai untuk saya.

Saya silap membaca soalan! Kerana itu saya dikurniakan C untuk Bahasa Melayu penulisan dan saya kurang cermat ketika membaca soalan kertas Bahasa Melayu pemahaman. Saya masih ingat kesilapan saya itu sehingga kini. Dan saya sentiasa belajar untuk memperbaiki kesilapan itu.

Saya percaya, UPSR bukan pegakhiran sebuah masa depan. Tetapi sebuah titik tolak penentu di mana anda berada sekarang. Selebihnya usaha anda seterusnya.

Owh, percayakah anda, sekuat mana pun usaha anda tanpa menyerahkan semua kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita, segala usaha yang kita lakukan tiada keberkatannya. Saya teringat malam tadi ketika menonton berita. Seorang penerima 5A telah menjawab soalan wartawan tipsnya, “Solat on time. Masuk waktu Solat terus menyegerakan Solat.” Lebih kurang begitu dia menjawab. Saya yakin, bahawa solat itu bukan sekadar tiang agama, tetapi tiang kehidupan. Jangan sesekali meninggalkan solat, InsyaAllah segala urusan hidup kita dipermudahkan.

Selepas mendapat keputusan UPSR ini, apakah perancangan anda? Itu yang penting sekali. Sehingga berjumpa lagi, wassalam...