Sunday, December 13, 2009

Majlis Sambut Menantu Hus dan Nash

Anyway, hari ketiga straight away pegi umah laki adik aku. Memang 3 hari straight majlis. Memang penat la. Tapi ok je. Layan je la kan. Majlis kat rumah dia Warna Gold Choc. Cantik gak. Huhuhuh. Tapi petang tu aku tak ikut utk outdoor. Malas nak ikut. Sebab dah tak larat. Hahahahhaha

Ape-ape pun. Layan je all the picture kat bawah erk. Aku tatau nak story ape. Let the picture tell you the whole Story.

Sewaktu di arak. Memang aku jeles bangat
Meriah Uol (bak kata kak senduk)
Melangkah dengan yakin la kononnye.
Kau dah potong belum hus? Hahahahhahaha
Macam Hang Tuah Plak kau.
Tuan punye blog nak interprem gak
Nak layan pic yang lain. Ada dalam facebook aku. Nak masukkan semua tak larat la. banyak sangat-sangat. Hoho. Aku masukkan sikit jer la. Most of the picture aku masukkan dalam facebook (Eh, apa aku melalut ni). So korang add aku kat facebook. Bleh layan all the picture kat sana

Nota kaki: Cinta dalam hati....

Saturday, December 12, 2009

Outdoor @ Pantai Punggor

Petang selepas majlis bersanding, ade outdoor di Pantai Berangan aka Pantai Punggor. Tak kisah la. Aku layankan je. So tengok la pic kat bawah ni erk. Malas nak story panjang-panjang. Info pasal pantai punggor sila google ye...

Baru sampai ke pantai punggor
Memulakan aksi yang mendebarkan
Korang ni memang sweet partner end of the year la
Apesal la tak sama muka korang ni
Korang tulis ape tu
Lompat, jangan tak lompat.
Antara pic yang aku suka, menakjubkan betul DSLR ni
Macam studio photo pun ade

Majlis Persandingan Nash and Hus

The next day lepas nikah. Majlis persandingan yang di buat kat umah aku la. Buat kat rumah je la. Nak buat kat dewan, tak perlu la. Halaman rumah luas. Parking kat area rumah pun tak susah. Almaklumlah. Kampung kan.

Kepada mereka yang hadir tu terima kasih la. Kepada yang tak dapat hadir tu, tak ape la. Anyway, aku tatau nak story ape. Just layan all the picture. ok

Husna Di arak...
Toll Gate Girl
Menyampah I, duduk atas pelamin konon la malu-malu
Mula-mula potong pulut kuning
Pastu potong kek plak

Aku pun nak amek berkat weh... tapi jadi setan la kononnya
Pose poyo... Adik aku tak suka pose poyo camni
Alololo, Manjanya
Ni la tugas aku, ade sesape nak try Beriani Tanam power???
Nota kaki: Malas nak tulis panjang-panjang, cite sikit gambar banyak je la

Friday, December 11, 2009

Solemnization Nash and Muhammad Hus

11 Dec 2009, adik kesayangan aku nikah. (Mesti korang Tanya, abangnya bila kan). Dia satu-satunya adik aku la. Majlis bermula jam 9.00 malam dengan kehadiran keluarga dari pihak lelaki.

Majlis dimulakan dengan tok kadi suai kenal dengan bakal pengantin. Tanya apa yang patut, adakah dia di paksa untuk berkahwin semua. Yang paling tak tahan

Tok Kadi: Kamu suka tak dikahwinkan dengan Mohamad Husna Adik : Suka (dengan tergedik-gedik la dia menjawab kan)

Dengan sekali lafaz, Hus (bukan nama sebenar) sah menjadi suami adik aku.

Konpem berdebar-debar weh Ni masa penyerahan mas kahwin

Sarung Hus, jangan tak sarung

Cium sikit je weh. Nanti cium lagi. Wakakkaka
Sewaktu lafaz taklik. Tiba-tiba black out. Gelap sungguh. Gelap pun gelap la. Pengantin memang suka pun gelap-gelap ni. Kecoh sekampung weh.

Kecoh sekampung black out weh. Bukan kampung aku je. 6 kampung tu yang blackout

Gigih mereka (Leman dengan Han) mengangkat generator. Masa ni aku busy ape ntah. Seharian busy weh.
Lepas pasang generator elektrik, majlis berinai dimulakan. Alhamdulillah, semua bejalan lancar macam biasa. Syukur pada Allah adik aku sah menjadi isteri orang. Alhamdulillah.


Nota kaki: Save the best for the last

Saturday, December 05, 2009

Pja Nikah

Wohoo, 5hb Disember hari tu (Lapok gile story) sempat la mencemar duli ke Felda Maokil di Labis. Member lab aku menikah. Jangan plak korang tanye aku bile aku nak nikah. Hua hua hua. Tak tahu la bila nak menikahnya weh.
Aku sempat datang time nikah je. Majlis the next day aku tak dapat nak datang. Tapi ok je la kan. So layankan je la pic yang ade ni. Selebihnya banyak kat facebook aku. So lihat di sana ye. Selamat menjamu selera.
Untuk Pja and Farid, selamat menempuh alam rumahtangga. Selamat berbahagia. Jangan selalu gaduh. Tak baik. Gaduh-gaduh manja tak apa. Huhuhu.
Nota kaki: Purple day is coming....

Wednesday, December 02, 2009

Gaya Mutu Keunggulan

Saja nak poyo-poyo nak tunjuk skill yang budget hebat. Haha, tak ada story yang mahu di update. Jadi mempoyokan diri and tunjuk bagus la kononnya. Hahahaha. Ni kisah main boling 2 minggu lepas. Ni pun Kinot ajak main boling. Kalau idak, memang takde member la nak main. Huhuhu.

So layankan picture je la. Malas nak bercerita panjang lebar. Hahahaha

Ni aku
Ni kinot
Ni Siti, Mila, and hubby Siti, Syahril

Skill aku main
Ada bran?
Pose ala-ala gimnas Gimrama. Hua hua hua

Berlagak kan aku. Anyway gambar-gambar ni dah diupload lama di Facebook. Malas sahaja mahu mengupdate blog. Terima kasih la rajin singgah blog aku. For the time being memang tak sempat nak edit ape-ape. Insyaallah, lepas semuanya selesai, ringan sikit. Amin

Nota kaki: Insyaallah, tournament bowling akan di announce tak lama lagi. Kejap je lagi. Tak lama dah.