Tuesday, March 03, 2009

We are the champion

Hari Rabu yang lepas (25 Feb 2009), One of my student. Hazreen namanya kot (tak bape nak ingat nama student, lomah den nak hengat nama student) ajak aku ni masuk la Bowling tournament. Aku cakap kat depa. Aku tak reti main. Pastu depa cakap, depa pun tak reti main. Memandangkan depa tak cukup team member, So aku on je la kan. Memandangkan aku pun sama-sama tangan kaku. Hahaha, memang aku tak bape nak reti main boling ni.

So diorang cakap, payment RM15. Aku cakap, sorry la, takleh nak belanja. Because aku pun tengah sengkek masa tu. Hahaha. So pertandingan ni in a team la. Consist of 5 members in a team. So aku tak amek port pun sape team member aku. Pusing-pusing balik pun my student jugak la kan. So pertandingan dia kene ada nama team, sape ntah letak nama team kitorang ‘Lagak Panglima Gagah Berani’. Hahahah, memang hebat betul la nama.

So the next day dengan penuh semangat aku pun datang la pukul 6.45ptg, sebab diorang kata pukul 8.00 malam kene ada kat sana. So aku plan window shopping dulu and then solat maghrib. Malas nak balik rumah cause aku rasa macam wasting time. Bosan gak la. Sebab duit takde, window shopping la kan. Lagipun merempit. Mana la nak bawa barang banyak-banyak. Hahaha.

Aku sebelum game start. Dah bosan bangat time ni

Girl power, Berdiri dari kiri Mar and Aliza
Duduk dari kiri Fiza, Buzz and Tia

Bachelor party for Idzwan
Standing from Left: Pojie, Idzwan, Hisyam
Sit from left: Maza and Yazid

The pink partner Fiza and Pojie

About pukul 8.30 malan macam tu pendaftaran pun bermula. Aku ok je, takde hal la kan. Aku daftar wakilkan team member yang lain then amek no cabutan bertuah. Mana la tahu, dapat cabutan bertuah. Takde la balik empty handed.

Yang best tu pasukan sorak aku ni takde. Cuma team kitorang je. Tapi suara sampai satu tempat boling mines tu semua dengar. Hebat betul. Terserlah perangai sebenar aku depan student-student aku. Nak malu apa. Takyah nak cover time enjoy. Time kat kelas, serius ok. Time main, main la puas-puas.

Bila register, aku punye team consist of aku, Farid, Nizam, Nazdwan dan Azwan. Si Nadzwan ni tak pernah main boling langsung. 1st time tu main. Hahaha. Tak apa, mari kita sama-sama enjoy di longkang.
Terhangat di pasaran

Pertandingan pun bermula. Kitorang pun apa lagi. Main la seronok-seronok. 1st frame memang semua hancos. Termasuk la aku yang memang tak reti main. Aku dapat 138 pin fall. Then kitorang punye total tak sampai 500. Memang confirm kalah la. So aku just nak enjoy the game la. Aku decide macam tu.

Dengan nada gurau aku cakap kat student aku ‘Kalau kalah, Markah tutorial semua kosong’. Dengan nada melawak la kan. Takde la aku serius pun.

Shah yang kecewa bola dia masuk longkang

Bila 2nd game, tengok semua orang dah mula panas, si Hisyam, dapat 4 straight strike for the first 4 frame tu. Gila la mantap. Memang teror. Memang semua hebat-hebat belaka. So 2nd game pun habes. We end up in total almost 600. Kata dah panas kan. Tapi memang takde harapan la. Sebab 1st game teruk.

Then semua abes main sampai la sesi penyampaian hadiah. Mula-mula diorang bagi cabutan bertuah. Aku tak join. Aku cuma pernah dapat sekali cabutan bertuah. Yang dapat cabutan bertuah tu. Student aku si Nadzwan. Si Akmal dengan Fiza pun dapat. Yang lain aku tak ingat.

So dia announce la tempat pertama sampai ketiga dengan pemain terbaik lelaki & wanita. Team aku agak la hancossnya, so memang aku few step back la kan. Lepak-lepak dengan awek junior aku kat MMU merangkap student aku sem lepas (Siapakah itu dan kerja siapakah itu).

Dia announce tempat ke3, nama team dia ‘cuba teka’. Team ni consist of ex student aku sem lepas. Which are Eny, Shaz, Yana, Naz dengan Zul. Tak sangka depa ni hebat-hebat belaka. Then tempat ke2 team budak final year merangkap classmate aku sem lepas. Power betul. Memula aku ingat diorang yang menang. Nama team dia ‘otai EE’, Otai la sangat kan. Team dia consist of Shah, Baz, Afif, Fizi dengan Maza. Hebat-hebat. Then the winner is team staff, Consist of Encik Wan Zuha, Encik Muzammil and the geng (yang lain aku tak ingat nama daa).

Otai EE amek hadiah

Dah hampa tu, dia announce pemain terbaik. Yang ni aku nak highlight ni.

“Sekarang diumumkan pemain terbaik bagi kategori lelaki” Kata Emcee malam tu la kan.

“Pemain terbaik lelaki adalah dari kumpulan Lagak Pahlawan Gagah Berani, El Zaffril.” Sambung Emcee tu la kan.

Dr. Hamiruce Marhaban yang bagi hadiah kat aku

Aku pose dengan hadiah. Bangga weh, tak pernah menang best bowler.

Suasana jadi sunyi sepi. Memang kat situ takde siapa pun kenal aku. Kan aku baru 2nd sem kat situ. Memang semua orang pelik la kan. Wakakakaka, aku sengih-sengih tergelak-gelak dari jauh dengan student aku yang aku borak tu la. Sambil jalan dari jauh (agak jauh gak aku dari tempat diorang gather tu). Semua orang pun tengok la aku. Memang diorang senyap sunyi je la. Sebab tak kenal aku. Memang terkedu aku dibuatnya. Pastu diorang umumkan pemain terbaik wanita. Eny yang dapat. Student aku gak tu. Semua tu aku kenal.

Then dia bagi la consolation prizes. Team aku dapat satu. At least dapat la 2 prizes dari tournament dan 1 cabutan bertuah. Ok la kan. At least something dari end up with nothing.

Then si budak junior yang aku rahsiakan namanya ni pun pelik. Yer la. Aku bukan reti main boling pun. Tapi boleh dapat. Dulu kat mmu kalau main setakat for fun je la. Nak menang pun cabutan bertuah. Tu pun kalau bertuah.

Si Fizi kecik yang power gak main boling (rival ni)

Then semua orang cakap, diorang target fizi yang dapat. Sebab fizi yang dapat tinggi 2nd game tu. Aku pun ingat dia yang dapat. Sebab aku dapat rasakan yang dia dapat tinggi 1st game berdasarkan permainan 2nd game dia. Rupanya dia dapat 130 masa 1st game, 176 masa 2nd game. Aku plak dapat 138 1st game, 178 2nd game. Memang beza sikit je la.

Aku pun tatau la macam mana boleh dapat. Tapi sebab 1st game hancoss, aku ingat aku tak dapat la. So ok la kat situ. Kalau kat MMU memang jangan harap la nak dapat apa-apa kalau main boling macam tu.

Sebenarnya for that week, aku tersangat la down. Petang tu aku lepak dengan Mek Ja, aku ngadu kat Mek Ja, aku dah give up. I feel like a total loser. Dengan study yang macam hampeh. Dengan dugaan belajar ni. Huh. Dia cakap, jangan give up. Abeskan study. Tinggal sikit je lagi. Dan aku rasa sangat menyusahkan semua orang. Petang before tournament start somebody call me. Aku cakap kat dia, aku give up dengan study. Aku nak keje. Ntah lah, Aku rasa macam seksa sangat study ni. Tapi bateri phone aku abes. Line pun terputus macam tu jer la. Tapi nama pun student kan. Memang cabaran dan dugaan dia banyak.

Tapi kan Allah tu maha besar. Down aku ni pun ok la akhirnya. Happy sangat-sangat. Aku terus bersemangat sangat nak abeskan blaja. Dan aku came out with conclusion. Pandai sahaja tidak cukup. Bakat sahaja tidak cukup. Time and luck juga penting. Aku bukan la berbakat. Cuma luck je.

Dan untuk orang lain yang menang ke tak menang ke. We are born to be an engineer. Bukan bowler. So just have fun. As I have fun 2.

Ni some of my close friend la. Ade gak yang tak close

Nota kaki: Sabtu ni ade tournament lagi. Ada orang book suruh masuk team dia. Best male player la katakan.

7 comments:

farish izaryl @izreez said...

hebat main boling..hikssss

Cinda... said...

weh.. aku tag ko see my page bab 27

mohdikram said...

kemain el men boling ek~

Anonymous said...

"Lepak-lepak dengan awek junior aku kat MMU merangkap student aku sem lepas (Siapakah itu dan kerja siapakah itu)."

Erk ....
Siapakah ????

edan coba said...

En.cik Zaff!! Edan nk minta tolon nie!!! Edan nk tukar layout n dh pon jmpa yg bekenan. But masa nk save template 2.. die x bley laahh!
Dh bnyk kali dh En. Zaff!!!! :(

Max J. Potter said...

best male player?? wah~!!

jart said...

dh jmp kaki bowling lg sorg !~
weeee ^_^