Lepas main futsal semalam. GMBees ade plan baik punye nak celebrate birthday Enol. Surprise. Wah surprise party katanya. Tapi Enol tatau ape pun. So memang really surprise la. So idea nak celebrate datang dari Capiq dengan Herol. Yang lain ape lagi. Jadi setan kejap. Hahaha.So most of all GMBees datang main futsal malam tadi. Aku dengan gigih la datang. Siap ponteng Wednesday meeting lagi semata-mata nak celebrate birthday boy. (Habesla aku kene marah dengan Jenn).
So acara dimulakan dengan main futsal. Mula-mula kita enjoy la kan. After 2 jam dalam court, kitorang memulakan plan. Pak Tam kene bawa Enol. Yang lain gather kat kete aku. Untuk mengambil telur masing-masing dan jugak tepung. Nak buat cekodok.
Tugas aku waktu ni beli Kek (atas permintaan Capiq,Oreo Cheese Cake Secret Recipe), Telur sepapan (Besamaan 30 biji) dan juga tepung 1kg. Gigih petang sebelum main futsal aku balik awal and pegi Jusco Wangsamaju nak dapatkan sume tu.
So sementara menunggu persiapan Enol, we all ke kete aku le. Amek telur semua dan prepare tangan dengan tepung sume. Sume stock kejam gile la. Tak hengat nak pekene Enol. Aku pun termasuk la sekali dalam golongan yang kejam tu. Hahaha. So mari kite lihat siapa yang kejam itu.
Then Enol pun tibe dengan Pak Tam. Tiba-tiba semua pakat nak amek gambar kenangan la konon-konon (dari kepala otak sape la yang cerdik ni, aku pun tak terpikir dowh). Then Enol pun kami suh la pose kat depan sekali. Yer la birthday boy kan. Kene la duduk depan. Hahahaha. Tengah syiok berdiri nak posing. Tibe-tibe…
Bang bang boom… Happy birthday to you Enol… (Tengok Video)
Tapi sian gak kat Capiq. Helmet dia jadi mangsa. Sorry la capiq. Helmet kau jadi mangsa keadaan. Seperti gak kete aku.
Dah settle sume. Aku dah mula gabra sikit. Si Enol dah la malam tu cacat sikit. Then kene telur dengan tepung. Pastu dia jalan bawa beg. Terus blah. Muka ketat jer. Pak Tam pegi kejar. Nak pujuk la. Nampak je Enol ni selambe. Tapi risau gak. Yerla, manusia ni kadang-kadang time mood dia tak ok. Kene usik sikit melenting. Rupanya Enol nak gi mandi. Selamat… Sebelum tuh enjoy dengan gambar enol yang macam cekodok oreo.
Then aku pun bersihkan la sume. Kete aku yang kene telur tuh. Then aku punye tangan and muke yang kene sikit percikan telur. Hahaha. Pastu balik kat kete. Then semua start enjin and terus ke next agenda. Which Enol pun tatau agenda tu. Aku pun ape lagi, jadi bujang la malam tu. Balik lambat sikit. Bukan selalu buat perangai pun. Hahaha
Sampai jer kedai makan. Aku di suruh stay and pegang sume benda. Then diorang dah lepak sume. Herol panggil aku. Then kitorang gerak ke tempat Enol duduk.
Then aku berdiri belakang Enol. Memula aku letak birthday card (All GMBees tandatangan kat Kad tuh. Tapi pelik gak tetiba ade nama sorang tuh non-GMBees). Dia rasa biasa je dapat kad kot. Pastu aku letak hadiah. Dia dah mula touching. Then aku letak beg secret recipe. Dalam dia ade kek dengan dengan lilin (3 batang besar 7 batang kecik). Terus terdiam. Maybe terharu kot. Tak sangka kawan-kawan dia bukan setakat nak dengki. Tapi kami la kawan-kawan ketawa, kawan-kawan sedih, kawan-kawan yang reti menghargai kawan.
So aku pun duduk la terus. Then enjoy my drinks. Haus siol malam tu. Tatau la nape haus sangat. Pastu diorang pasang lilin. Nyalakan lilin tu and nyanyikan lagu untuk Enol. Siap Table sebelah join tuh. Hahaha. Meriah tu.
Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan Enol Kamil Allah selamatkan kamu
Enol pun tiup lilin and potong kek yang tertulis “Happy Birthday Enol@Niggah”. Idea Latep ni. Tapi Latep tak dapat nak join. Nenek dia sakit. Tak ape la Latep. Later kau punye turn plak. Pastu datang pelayan kedai tu bawakan piring. Thanks a lot. Tak sangka dapat piring. Kami plan tanak susahkan kedai. Kami makan atas tisu pun boleh. Aku kene paksa makan 2 slice. Terus kepala gua pening. Sebab muak. Plus aku pun dah letih berlari dalam court futsal.
Malam tu Enol blanja. Huhuhu. Nyesal tak order makan.Tau I makan kenyang-kenyang malam tu. Hoho. Malam tu happy sungguh GMBees. Dapat kenekan Enol. Enol blanje sume.
Tak sangka yer Enol. Ingat 17th birthday jer yang sweet. Rupanya 27th birthday pun sweet gak. Hahahaha. Sweet memories.
“People come and go in our life, but memories remain”
Till here the posting. I’ll be post another topic soon. Next agenda, GMBees paintball on 6th June 2008 at Kemensah. MMUians PD gathering on 28th and 29th June 2008.
No comments:
Post a Comment