Friday, December 28, 2012

Standard Chartered Marathon Singapore 2012

Hari yang dijanjikan telah tiba. 2 Dec 2012 hari berlari-larian pun bermula. *Woi jeprel, apesal kau tak hapdet tahun depan je. Ha!* *Ala, sorrylah. tak ada masa, keje banyak kat opis.* Maka, jam 2.30 pagi aku telah bangun dan mandi sesuka hati. Huhu, Nak larinya pukul 5.00pagi. Nak kene tunggu MRT pukul 3.00 pagi ok. Tu yang bangun awal gile2.
Nampak tak ford di bawah itu. Kat katil bawah
ada dua orang sedang membuta lagi
Mereka masuk 10km je. #jeles
Sampai di Orchard Road starting line jam 4.00pagi. Minum air, makan pisang dan terus beratur. Ni yang aku geram, ada diskriminasi masa. Mementang aku meregisterkan diri utk timing 5-7 jam. Terus di letakkan di baris belakang. Tak apa, tahun depan aku register 3-5jam. Kompem kat garis permulaan aku berdiri terpacak. Ko mampu halau aku? lantak pi la. Ade abg kisah. Janji abam tetap feeling pelari kenya yang paling cerah k.

Lama k nak tunggu dilepaskan tu. Muzik sangat kuat. So abang tak tahan. Dengan selamba abam prooootttttt proootttttt. Seb baik muzik sangat kuat. Jadinya tiada siapa mendengar jaluran kentut 6 harkat abam tu. Haha, tapi abam telah menoleh ke belakang, seorang gadis comel telah menutup hidungnya. Sorrylah adik manis persis kpop korea. Abam termakan telur rebus semalam. Sorry k. *rasa macam nak sweet2 pegang pipi dia minta maaf

Maka kami dilepaskan tepat jam 5.00 pagi. Tp sumpah takleh nak lari. Orang ramai gile. 19000 orang ok. Mana la aku dengan Ford tak mencuci mata sepuasnya. Eh, ni niat ko dah salah ni Jeprel. Nak lari ke nak cari dosa ni. Trettttt tet tet. Ko bayangkan, hampir 5 minit berdiri static selepas gun ditembak. Mampu berdiri lama-lama camtuh tanpa berlari hape pun.

Laluan dia melalui trek F1 singapore. Ok, nice. Tapi aku superb jeles dengan yang lari HM, sebab diorang lari kat USS. Lepas tu kami lalu dekat East Coast Park. Dah lari dah hari tu. Bosan. Pastu lalu reserve area, macam lombong pun ada. Pastu lalu Marina Bay. Cun. Tapi abam dah tak larat. Panas gile weh. Rentung abam.

Ko hengat abam sorang je kentut. Masa kat east coast park, ade seorang lelaki macho overtake abam. Sedang overtake tu, boleh dia prrrroooottttt lagi selambe dari abam. Lagi panjang harkat kentutnya kalau ko nak tau. Abam rasa 10 harkat dia punye kentut. Siap boleh stop tu. Lepas tu sambung kentut lagi. 3 kali kalau abam tak silap. Ko mampu kentut 3 kali dengan 10 harkat setiap kali kentut. Abam sekali kentut pun rasa nak terberak dah.
Jangan carot abam punya cakar rimau ye
1km sebelum tamat. Mat rempit style
Cornar baring kaedahnya
Abam mampu lari 27km je. Lepas tu bak kata abang Azlan, rombongan anta pengantin paling jauh. Apa tidaknya, berjalan sejauh 15km. Ko mampu jalan sejauh tu. Haha. Sampai finishing line. Standard la abam kan. Poyo2 berlari2 lepas tu feeling2 bintang kenya paling menyerlah. Haha

Ok la. First time abam berlari. Sumpah, memang koyak satu badan. Habis lari jalan terkengkang nak gi MRT. Azab gile k. Padan muka ko jeprel. Sape suruh tak training bebetul. LSD buat tak ni? Kompem tak buat kan. Aku cepuk ko kang.
Lagi 20 meter sebelum garisan penamat
Ko mampu beraksi bak pelari kenya
Full result abam. Coach, jangan marah abam coach
~Finisher tee yang best
~Medal pun cun
~Air 100plus memang 1 je
~Nature valley tu bagai energy bar
~Shotz tu bukan condom yer adik adik. Shotz tu energy gel
Kalau lari kat Msia, dapat 1 je. Kat Spore nak amek satu
kotak pun boleh
Tak apa. Tahun depan aku akan datang kembali. Menebus maruah yang tercalar. Ford dah janji nak register gak. Kali ni aku nak register 3-5hours punye timing. Haha. Btw kat sana banyak betul yang comel2. Semangat sungguh nak lari. Ok, abam admit. mmg abam gatal. Tak salah kan menikmati keindahan ciptaan Allah. *Woi jeprel, bab ciptaan Allah ko ingat. Tapi dosa tak hengat ko kan.

Nota kaki: Owh, terima kasih abang sani temankan saya berjalan dalam rombongan.

No comments: