Wednesday, August 15, 2012

Daddy's Cook: Kuih Akok Versi Moden

Kuih Akok Moden
Semalam saya ni teringin bebeno la nak makan kuih akok kelantan. Haha. Yer la. Nak beli RM2 dapat empat keping. Hamek! Perut macam saya ni mana la cukup dengan 4 keping kan. Jadinya, mencari la resepi. So modified sikit, jadilah Kuih Akok Versi Moden sikit. Haha

Bahan-bahan:-
  • 150gram Gula Melaka
  • 100ml Air Panas
  • 200ml Susu Cair (Sepatutnya guna santan pekat)
  • 5 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh Esen Pandan (patutnya pakai daun pandan)
  • Sedikit pewarna hijau (ikutkan pakai pewarna daun pandan tu)
  • Sedikit garam
Cara-cara membuatnya (gitu):-
  • Larutkan gula melaka dalam air panas. Agak-agak dah suam, masukkan susu cair.
  • Lepas tu masukkan telur, tepung gandum, esen pandan, pewarna hijau, garam. Kacau la ikut suka hati. Tak nak kacau pun tak apa. haha
  • Masukkan semua bahan dalam blender. Senangkan, sebab tu tak payah kacau pun tak apa. Blender la sekuat hati
  • Sebelum tu, panaskan oven dan loyang muffin yang telah disapukan dengan minyak (bagi tak melekat kaedahnya). Suhunya 200C macam tu.
  • Tuangkan dalam acuan, bakar selama 10 minit.
  • Hidangkan...

Tu diah, gebu-gebu sebelum pancit bila keluar dari Oven
Senang je kan membuatnya. Tapi versi moden la. Nama pun daddy kan. So kena la modenkan sikit. Walaupun moden, hasilnya tetap tak mengecewakan. Percayalah. Owh, kuih akok ni waktu di bakar akan menggelembung sikit. lepas tu bila kita sejukkan dia akan start pancit. So memang macam tu hasilnya k.

Untuk adunan ni, memula ingat jadi sikit. Sekali jadi, 36 biji. Haha. Terkulat-kulat nak perabiskan malam tadi. Till then, selamat mencuba.

2 comments:

atty's said...

Nampak lagi sedap dr yg jual kat pasar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

airazulaikha said...

wahhh daddy hebat di dapur ya.. leh try buat gak nih.. heehe