Monday, July 23, 2012

Daddy's Cook: Mashed Potato atau Kentang Putar

Bulan-bulan puasa ni banyak benor teringin nak makannya. Jadi, instead of membazir duit kat PARAM yang superb mahal tu. Baiklah masak sendiri. Lagi senang. Bukan susah pun. Bantai resepi, letak garam gula. Bagi pedas sikit. Tada, siap. Hehe

Then El teringin la nak buat Mashed Potato atau Kentang putar. Alhamdulillah, menjadi la. Tu diah, makan sampai menjilat mangkuk. LoL

My Mashed Potato
Bahan-Bahan:
  • Kentang (Pakai yang jenis lembut kalau di rebus, kulit dia putih)
  • Mentega
  • Susu Segar
  • Serbuk lada hitam (Kalau tak nak pedas, tak perlu)
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara membuatnya
  • Rebus kentang dengan garam sehingga lembut. Kemudian buang kulitnya.
  • Lenyek kentang sehingga halus/lembut dan dicampurkan dengan mentega. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan susu segar, mengikut selera kecairan. Kacau sampai rata
  • Masukkan lada hitam, kacau sampai rata dan hidangkan.
El tak letak lada hitam sebab nak bagi Umar makan. Tapi yang ni pun dah ok dah. Cuma takde pedas la. Anyway, mashed potato ni tak perlu nak letak gravy pun. Makan cenggitu pun dah tak cukup, lagi mau letak gravy kan. Haha, next time El try buat dengan mushroom sauce or black pepper sauce k.

Wassalam

1 comment:

Cik Z@i Pen@nG said...

simple tu yg sedap :)