Wednesday, January 08, 2014

Things to Achieve

I have tons and tons of things to accomplish this year. For some reason, I need to filter off few thing to ensure that the job done.
No need to highlight last year achievement. But then I always proud of being me for pass 31years and half.
I aim to complete 10km within 40min. Something that almost impossible for an old man like me. Hopefully the determination is there and full of hardwork require.
Thank you for all your support.

Tuesday, January 07, 2014

Sendiri

2014, saya berharap agar dapat menngurangkan aktiviti media sosial saya iaitu facebook, instagram dan juga twitter. Barangkali hanya akan komen dan like. Selebihnya mungkin sekali-sekala sahaja. Merajuk? Uish tidaklah begitu. Barangkali saya harus memanfaatkan blog saya yang selalu terbiar sepi.

Loneranger! Semalam terpacul pekataan loneranger. Oh ya, tahun ini tiada trip bersama teman2. Maaf, ada perkara yang berlaku pada tahun lepas membuatkan saya selesa bergerak sendiri. Perancangan percutian, pendakian dan pelarian adalah solo dan bersama keluarga.

Ke mana? Biarlah saya simpan dulu ya. Haha. Kerana ongkosnya pun kus kus kentut je.

Monday, January 06, 2014

Tanya Pada Kehidupan

Pagi ini, saya membuka sebuah laman sosial dan terbaca satu status yang menarik pembacaan saya.
"Saya bertanya kepada kehidupan, kenapa dia begitu sukar. Maka jawab kehidupan, kamu tidak pernah menghargai sesuatu yang mudah."
'Bersyukur', mungkin itu yang cuba disampaikan.

Saturday, January 04, 2014

Kelahiran

Setiap kelahiran itu ada perjalanan hidupnya yang bakal diharungi sepanjang nafasnya menghembus, selama nadinya berdetak. Membawa lembaran baru kepada keluarga. Membawa haluan cerita berbeza. Membawa perkongsian dunia. Alhamdulillah dan tahniah buat Shikin dan Kemal, dikurniakan seorang anak lelaki.
Saya bila mahu menambah? Dua lelaki tu dah cukup ke? Bila mahu ada anak perempuan? Soalan yang seringkali ditebak pada saya. Saya hanya mampu tersenyum. Dan setiap senyuman saya itu menyimpulkan satu jawapan.
"Allah tahu masa yang sesuai untuk memberi."
Nota kaki: beberapa hari lalu saya bermimpi. Dikurniakan anak lelaki lagi. #senyum

Friday, January 03, 2014

Dentuman Rasa: Barakah

Aku menunduk, lalu bahuku ditepuknya. Sekilas itu aku mengangkat wajah memandang tepat kearahnya.
“Zaff, rezeki yang kamu cari ini akan terkesan kepada anak-anak kamu. Setiap apa yang kamu berikan menjadi darah dagingnya. Maka berperasaan kasihanlah pada mereka ketika kamu melangkah keluar mencari rezeki.” Kata-katanya ternoktah disitu seraya mengukir senyuman tulus ikhlas.
Aku menunduk dan membalas senyuman nipis.
“Terima kasih atas peringatan itu Ustaz.”
Usai memberi salam dan berjabat tangan, aku termenung sendiri. Semoga apa yang aku terima ini halal dan barakah.

Thursday, January 02, 2014

Family Moment: Aquaria KLCC

Andai tiada aktiviti yang bisa dirancangkan sewaktu cuti yang pendek. Aquaria la kita. Antara anak2 dan mak bapaknya, siapa lebih excited? Haaaa

Wednesday, January 01, 2014

Hari pertama 2014

Hari pertama 2014, jam 7:35pagi, matahari belum mengganas sinarnya. Mungkin sekejap lagi akan panas. Harap banjir itu akan pergi ke lautan yang menghampari.
Misi hari pertama untuk berjogging. Masih ada kurang 16jam lagi untuk mencapai impian berjogging di hari pertama 2014.
Azam tahun baru? Berhenti merokok mungkin. Selebihnya I just follow the flow. Mungkin itu lebih baik. Semoga akan terus menjadi lebih baik.
Saya dan keluarga mengucapkan selamat tahun baru dan selamat menghadapi cabaran mendatang. Huhu
Nota kaki: tol besraya naik sampai RM3 ke. Keringlaaaaa poket....