Tuesday, December 31, 2013

Dentuman Rasa: Penutup 2013

Saya merasakan saya harus melakukan sesuatu pada blog ini. Sepi rasanya. Jadi mengambil keputusan untuk membawa isteri saya bersama menulis di sini adalah suatu idea yang baik. Menggunalan aplikasi mobile juga adalah idea yang baik.

2013, banyak perkara menarik berlaku. Mungkin hanya berkongsi dikongsi dilaman facebook, instagram dan twitter, maka saya terlupa, di sini ada juga penggemarnye. InsyaAllah, ada ruang dan peluang untuk terus menulis di sini.

Dengan itu, saya mahu meminimakam aktiviti di laman media sosial lain untuk fokus di sini. Sayang pula kalau saya tinggalkan begitu sahaja. Sudah lebih 7thn ia wujud. Maka saya harus membiarkan ia bernafas dengan bait bait kata. InsyaAllah.

Friday, March 22, 2013

Dentuman Rasa: Tercabar


Sungguh, saya merasa tercabar. 

‘Melakukan sesuatu yang biasa-biasa buat apa? Kalau nak buat, biar sehabis baik. Jadi manusia luar biasa. Buat apa mengumpul sesuatu yang biasa-biasa tanpa bisa memberi impak yang besar dalam hidup kamu.’

Saya terkesima sebentar. Ada betul bait-bait katanya. Kalau saya mahu melakukan sesuatu, buatlah sehabis baik. Kalau sekadar melepaskan betuk ditangga, buat apa.

“Kau memang kejar timing ke?” Dia memandang ke arahku.
“A’ah, timing tu penting pada aku.” Aku menunduk. Pada aku, masa dan tempat atau kedudukan aku ambil kira.
“Kalau aku tak kisah pun, janji habis lari.”

Aku senyum sahaja. Setiap orang ada kehendak dan kemahuan berbeza. Aku mahukan sesuatu yang lain. Dia ada kehendak dia sendiri. Sesungguhnya pangkat, kedudukan, sanjungan tu adalah dunia semata-mata.

Wednesday, March 20, 2013

Safari Zoo Run Singapore 2013

Inilah medal rimau yang menjadi idaman Abam pada hari itu.
Pada 17 Feb 2013, seorang Abam telah bergegas pagi-pagi buta menuju ke arah Selat Tebrau. Gedik seyh ayat. Tetibe ko nak skema ni pehal Abam? Dah la lambat mengapdet cerita. *maafkan saya* 

Maka saya pada pagi-pagi jam 5 pagi telah menunggu dua orang manusia. Tapi seorang saja yang turn up. Seorang lagi kami gegar di rumah, tapi tidak menjadi pergi rupanya. Adoiiiiii
Style kan Abam berlari
Sebenarnya banyak je abam pose. Tapi agaknye filem
abes dah kot waktu tu. Jadinya dua keping je dapat.
Oklah, dari takde langsung.
 Ok, dah tak berapa nak excited nak cerita sebenarnya. Yang penting layan gambar je la erk. Boring plak abam nak story-story larian abam yang over, memanjang fengfeeling kat oversea. Hahaha

Hot runner. Hot tu membawa maksud sedang
marah ya. Tak puas hati kenapa abam dilepaskan
untuk 2nd flag off. Hingga sekarang masih
tertanya-tanya.
Ni admin group Johor Runner. Hamek, bergambar dengan
Artis tu. Bujang lagi. Lelong!!! Lelong!!!
Ni Malakofer. Haha, nama dia Noh, Umur 25 tahun. Lelong!!!
Jugaklah. Hahaha. Jangan marah Noh. Dia jarang joint run.
Sebabnya dia lebih kepada cycling.
Mari mengganas. Haha

Full result: (Kopipes dari result website)
Bib 10030
Race Category SAFARI ZOO CHALLENGE MEN OPEN - 12KM
Nett Time 1h 02m 08s
Gun Time 1h 12m 11s
Rank by NETT TIME 227 of 1041

Footnote: Pic credit to Abang Lani punya Iphone5 and Running Shots.

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday Episode 2


Footnote: ..................................................
Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi terlukis dalam khayal
Betapa ku junjung setia

Tuesday, February 19, 2013

Survivor X, Batu Pahat

Title post macam gempak je kan ko Abam. Padahal ko lari 3km Fun Run je kan. Betul tak? *"ye ye," jawab Abam sambil mengia-iakan kata-kata itu.* Lepas tu ko peram lama-lama kan cerita ni. Event 13 Januari, ko hapdet hari ni. Memang dasar pemalas betul ko ni Abam. Nanti aku suruh Coach kau cepuk ko sikit. Baru ko hapdet sesuai ikut time kan.

Setelah Chap Ayam Run mengecewakan Abam disebabkan pembatalan pada saat akhir, Abam telah membawa hati yang duka dan lara dan keciwa pergilah ke Batu Pahat pepagi selepas Subuh. Kaedahnya nak support Zana dan Abang Mahdi. Alang dah Pergi, Abam pun larilah jugek 3km. Nasiblah nak cakap Abam tak cool sebab lari 3km je. Haha *hati ko hancur jadi berapa abam*

Bergaya kan Abam, style ala-ala pemenang kan.
Macam dapat no 1 je. Padahal takde hadiah pun.
Sekali ko tengok depan tu Siapa? Budak Sekolah menengah ye.
Abam dengan malunya telah dikalahkan oleh budak sekolah.
Depan tu ade lagi beberapa orang yang dah sampai.
Sumpah, abam  malu menjadi runner. Terasa maruah abam
sebagai pelari elit tercalar. *Elit hangguk ko la abam*
So Abam telah berhempas pulas berlari dalam kebun sawit. First time ni lari dalam kebun kelapa sawit dengan permukaan tanah berpasir, ada tanah merah. Siap ada lopak air ye. Terlompat-lompat si katak lompat la Abam berlari.

Oklah, sebab Eco Fun Run 3km ni free. Jadinya Abam berpuas hati dengan sijil yang diberikan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penganjur. Tahun depan kalau ade kategori 7.5km setengah, konpem Abam masuk, #kali ni kengkonon nak berangan jadi Kilian Jornet atau nama jawa totoknye, Khiriah Jonet.

Style tak timing abam? Since takde timing cip. Abam gune
Timing endomondo sajo.
Sehingga bertamu di kalbu tahun depan. Abam tak sabar nak berlari di Hong Kong. #eh. Bye bye.

Footnote: terima kasih Survivor X, event meriah. Tahun depan Abam minta tolong Ultraman Bintang registerkan kalau susah nak register cam tahun ni. Siapakah Ultraman bintang? Dia seorang lelaki. Sekian.

Monday, January 07, 2013

Bersyukur

Sewaktu kecil-kecil dulu, saya selalu bertanya pada Allah. Kenapa saya dilahirkan sebegini? Kenapa saya tidak dilahirkan dikalangan keluarga atau kerabat di raja? Kenapa saya tak lahir dari kalangan keluarga orang kaya? Kenapa saya mesti budak kampung?

Jenuh saya menanti jawapan dari Allah. Lama saya menanti jawapan dariNya. Hari demi hari, berminggu-minggu sampailah berbulan-bulan. Dari setahun ke setahun, saya masih kosong untuk jawapan itu.

Tetapi menginjak ke umur 31 tahun, barulah saya dapat jawapannya. Saya tak akan dapat merasa kenikmatan pahit jerih hidup sebagai budak kampung. Dan Allah tahu, jalan hidup dan takdir yang telah tertulis inilah membuatkan saya seorang yang paling gembira dan bahagia dengan hidup saya. Hanya saya yang mengetahui keseronokan menjadi seorang El-Zaffril dari sejak lahir hingga ke detik ini.

Tuesday, January 01, 2013

Day one of three hundreds sixty five days, 2013


2013 - Saya dah teruja.