Friday, June 24, 2011

Dan bila esok

Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Dan semoga esok lebih cemerlang dari hari ini...

Thursday, June 23, 2011

JFL: Kantoi

Mat dan Abu telah menyewa seorang pelacur. Sebagai menghormati Mat yg lebih tua, Abu telah memberikan peluang kepada Mat untuk bersama pelacur tersebut terlebih dahulu. Mat pun masuk ke dalam bilik.

Tidak berapa lama kemudian, mat pun keluar sambil tersenyum kepuasan.

Abu: Macamana? ok tak dia tu?
Mat: Perrhh!!! lagi bagus dari isteri aku!

Kemudian, tibalah giliran Abu, dia pun masuk ke bilik. Tak lama kemudian Abu pun keluar sambil tersenyum jugak.

Mat: Macamana??
Abu: Berghhh!! betulla kau cakap.memang dia lagi bagus dari isteri kau!!

Wednesday, June 22, 2011

JFL: Perfume Paris

Boyfriend:"Sayang, u kentut ya?"
Girlfriend:"ha ah I kentut, sorry yer...."
Boyfriend:"Bau dia macam perfume Paris!
Girlfriend:"Kenapa...Wangi yer....??"
Boyfriend:"Bukan.. Tahan lama!"

Dentuman Rasa: Manusia Yang Sombong

Hari itu, agak awal aku pulang ke rumah. Letih menelaah pengajian sambil menjalankan projek pembelajaran agak memenatkan. Sepanjang perjalanan, tiada apa yang aku fikirkan melainkan berehat-rehat dan tidur selepas Isya'.

Kereta aku parkirkan di tempat biasa. Kelibat manusia menuruni tangga rumah ke kereta di parkirnya menarik pemandangan aku.

'Abang rumah tingkat bawah.' Desis hati ini.

Aku memandang mereka sekeluarga, dia, isterinya dan dua anak perempuan yang comel-comel belaka (sekitar 4 tahun dan 2 tahun). Mungkin mereka mahu keluar makan, telahan aku. Lantas wajah mereka memandang aku.

Aku lemparkan sebuah senyuman. Namun balasannya sungguh menghampakan. Aku mengambil beg di tempat duduk belakang dan terus mendaki tangga rumah ke tingkat atas.

'Kerana mereka berkereta mewah, tidak layakkah aku senyum terhadap mereka.' Mengambil berat sesama masyarakat setempat dan juga beramah mesra, bukanlah hendak menjadi penyibuk. Tapi tidak perlu membuat muka sebegitu.

"Sombong, mati nanti kau pun minta orang tanamkan kau jugak. Jangan hidup menyombong sangat dengan orang, ada masanya nanti kau akan malu sendiri." Aku menasihati diri aku sendiri

Tuesday, June 21, 2011

Dilema Kakak Mengandung

Disuatu petang yang indah, aku melangkah masuk ke dalam lif. Konon-konon nak masuk kelaslah (ayat intro mesti gempak kan). Keke. Lalu terlihatkan seorang kakak yang sedang mengandung, lalu aku dengan berangan peramahnya...

Aku: Bila due kak?
Akak Mengandung: Itulah, sejak akak pregnant, suami akak tak pernah sentuh akak.

Aku terus tersiput-siput sedut la. Adeh, tiba-tiba macam-macam persoalan bermain difikiran aku.

Monday, June 20, 2011

Dentuman Rasa: Nama 3

“Apa nama sebenar kamu El?”

Sepantas kilat aku memandang ke arahnya. Dahi ini ku kerutkan seribu. Menampakkan wajah ini semakin dimamah usia. Kepala ini aku garu-garu walaupun tidak gatal. Harus bagaimanakah aku menjawab soalan itu.

“Kalau kau tidak mahu memberitahu nama sebenar kamu, cukuplah sekadar memberitahu dari mana datangnya El pada panggilan nama kamu itu.”

Aku menunduk lalu tersengih, menampakkan gigi yang tersusun rapi ini. Kepala ini aku geleng-gelengkan. Bersungguh benar kali ini dia mahu mengetahuinya.

“Kenapa kamu bersungguh benar mahu mengetahui dari mana datangnya El tu?” Aku tertawa kecil.

“El, aku serius nak tahu ni. Janganlah kau bagi jawapan yang membuat aku terus tertanya-tanya.”

Dari anak matanya, jelas dia ingin mengetahui dari mana datangnya pangkal namaku. Aku memandang keluar, menerobos pandangan senja dari bilik rumah teres lot tepi ke arah persimpangan jalan, melihat anak-anak taman sedang berlari-lari bermain di kawasan rumah.

“Kalau aku beritahu kau, jangan pula kau gelakkan aku.” Nadaku serius.

“Ok, aku tak gelakkan.”

“Janji?”

“janji.”

“Sumpah?”

“Mengadalah kau ni El, beritahu sajalah. Mana datangnya nama El tu.”

Aku menyedut nafas dalam-dalam lalu berjalan keluar ke ruang tamu. Dia hanya mengekori rapat dari belakang.

“El wujud dari nama aku sendiri.” Aku terus duduk di sofa ruang tamu, menyandarkan badan ke span empuk. Terasa nikmat sekali.

“Jawapan tu kau dah bagi hari tu. Isk kau ni.”

Dia menghempaskan badannya ke sofa empuk bersebelahan denganku. Kecewa mendengar jawapan yang sama aku keluarkan. Suasana menjadi sepi.

“Kejap...” Dia tiba-tiba bersuara, sepertinya mahu meluahkan segala yang berlegar di fikirannya.

“El-Zaffril, ada huruf ‘L’ di hujungnya. Maknanya nama kau Zaffril dan El itu wujud dari nama kau sendiri, maka El itu adalah huruf ‘L’ yang ada pada penghujung nama kau. Yes! Berjaya juga aku membongkar dari mana datangnya El pada Zaffril.” Dia mengukir senyuman puas, gembira benar dirinya kerana akhirnya apa yang berlegar-legar di fikirannya.

Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya yang merasa sangat hebat menjadi penyiasat tidak bertauliah. Entah apa yang menarik untuk diketahui pun aku tidak mengerti.

“Tapi betulkah telahan aku tu?” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku tertawa lalu menggelengkan kepalaku. Bingkas aku bangun mencapai kunci motosikal biru kesayanganku.

“Kau nak pergi mana? Kau tak jawab lagi soalan aku. Betulkah apa yang aku cakapkan tu?”

“Mungkin.”

Aku segera menghidupkan enjin motosikal lalu beredar. Membiarkan dia terus tertanya-tanya.

‘Hebat hasil penyiasatannya. Tapi masih kurang tepat nampaknya.’ Desisku dalam hati.

Aku tersenyum sepanjang perjalanan ke kedai mamak berhampiran. Perut yang berbunyi sedari tadi mahu di isi, tekak juga terasa kering.

Kedengaran suara Dato’ Siti Nurhaliza sedang berkumandang. Aku meniti bait-bait lagunya.

Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia...

Sunday, June 19, 2011

Cuti Panjang

Maaf ler yob, teman cuti lama bebenor menghupdate blog teman. InsyaAllah, nanti teman hupdate. Lama dah teman bercuti ni. Macam banyak benor bende teman nak share. Nanti teman draft dulu ye yob.


Apa pun, hari ni hari bapa. Selamat hari bapa teman ucapkan kepada semua bapa-bapa warga Malaysia, Singapura, Indonesia, Bangladesh, Nepal... kira semua negara la teman nak ucapkan selamat hari bapa. Buat bakal bapa, selamat hari bapa juga buat kamu ya.


Nota kaki: Nanti teman tulis lagi erk. Busy dengan study katanya