Saturday, March 20, 2010

Minyak Naik Lagi

Lepas aku post entry pasal minyak nak naik harga. Berduyun msg tanya aku. Betul ke minyak naik? Bila dia nak naik? Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang kan. Kat dunia skrg ni. Apa yang tak naik. Mesti korang nak tahu berapa banyak naiknya ye. Aku boleh bagi hint sahaja lah.

"Kes penyeludupan di sempadan Thailand semakin berleluasa." (Sudah jelas disitu berapa kemungkinan besar naiknya.

Aku cuma mampu doa sajalah. Dimurahkan rezeki dan rezeki yang aku terima itu barakah (penting ni barakah)

Kesan yang tak berapa baik kalau Harga Minyak naik:-
  1. Barang-barang asas memang konpem naik. Kalau mengikut kadar kenaikan ramalan itu. Harga barang kemungkinan akan naik sehingga 100%. Akibat kenaikan kos pengangkutan. Itu mengikut ramalan aku la. Barang-barang bukan asas? Korang fikir la. Malas nak cite.
  2. Kadar tambang pengangkutan awam naik. Adeh, memang pengsan la. Kalau semua naik pada kadar banyak macam tu. Kalau kerajaan tak bagi naik kadar tambang. Matilah semua orang jalan kaki. Syarikat pengangkutan awam mogok.
  3. Tariff Elektrik akan naik sebab Malaysia masih banyak bergantung pada Petroleum untuk menjana elektriknya.
  4. Tariff air pun mesti la nak naik jugak. Betul tak? Bekalan Air pun nak dapat untung gak.
  5. Tariff panggilan telefon dan mudah alih akan naik tak (Tak apa, kita ambil plan "Cakap banyak-banyak, bayar kurang)
  6. Ekonomi Malaysia akan merudum. Puh, walaupun aku bukan pakar ekonomi. Tapi bila minyak naik kepada RM2.70 seliter. Memang terasa kesannya.
  7. Kenderaan baru memang banyak tersadai. (Memang konpem ada yang siap cancel order). Kenderaan terpakai makin banyak la.
  8. Banyak syarikat akan gulung tikar (Revenue tak boleh menampung turnover)
  9. Tambang kapal terbang naik tak korang rasa?

Kesan baik bila minyak naik:-
  1. Tak ada lagilah penyeludupan minyak ke Thailand. (Sebab dah sama harga)
  2. Minyak bersubsidi ikut cc kereta. (Aku tak tahu macam mana la diorang nak distribute subsidi)
  3. Duti Import kereta mungkin akan dikurangkan (Tapi masih ade lagi duti Eksais)
  4. Rakyat Malaysia akan mula berjimat-cermat (Bukan berjimat-cermat, tapi takde duit)
  5. Cukai pendapatan akan dikurangkan (Bape sen lah sangat weh)
  6. Rakyat Malaysia akan menjadi lebih rajin dengan membuat side income. (Walaupun siang manager malam kerja pam minyak)
  7. Masyuk la bonus pekerja syarikat petrol kat malaysia. (Siapa-siapa yang kerja petronas, silalah belanja saya. Walaupun karipap sebiji, syukur)
  8. Gaji pekerja kerajaan akan naik. Ni memang konpem la (pekerja swasta pandai-pandailah nak hidup ya)
  9. Bandar-bandar besar kat Malaysia ni konpem tak jam sangat. Yang jam, public transport. Huhu.
  10. Kadar tol pula. Aku rasa akan dikurangkan. Tapi akan dipanjangkan tempoh konsesinya.
Sekelumit pendapat aku yang tak seberapa ni. Bersediakah anda wahai rakyat Malaysia menghadapi gelombang kenaikan harga sekali lagi. Aku bukan la anti-kerajaan atau pro-pembangkang. Aku cumalah rakyat biasa, yang mungkin tak akan ada apa-apa kesan kepada kerajaan.

Boleh tak kalau kerja kat singapore. Gaji engineer SGD3000 (~RM 7200). Engineer kat Malaysia RM3000. Pastu duduk di Johor. Jimat-jimat.

Nota Kaki: Saya rindukan Era Mahathir.

3 comments:

MR. SYAH said...

Habislah.. Aku dahlah tgh pokai.. pelajar macaam aku ni dahlah mengharapkan ptptipu jer.. klu semua dah naik..kena jln kaki dan ikat prut sokmolah..

H.R PuTeRa YuSoFF said...

pas ne kurus la aku jalan kaki. minyak naik harga. tp btol ke el.. jgn minyak angin, minyak urat... sudah

eija said...

ha!! myak nak naik.. alahai bertambah lah kos transport aku kne kuarkan.. aduyai..utung da lah xsbrape..



ku pn rindu dgan zaman mahathir..