Monday, November 12, 2012

Misi Menawan Gunung Kinabalu 2012 - Day 1

Senai Airport
Assalamualaikum... Maaf, cerita ni agak basi. Dah sebulan lebih baru nak upload kat blog. Hahaha. 23 September hingga 26 September saya telah mengambil kesempatan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Kali ni bersama-sama dengan geng study, kawan kepada geng study, geng runner, beserta officemate. Haha.

The peak longe
Day one tak ada bende menarik sangat nak diceritakan. Tapi perjalanan dari Airport BKI sehingga ke Kinabalu park sungguh mengujakan. Dihiasi gunung-gunung yang saya kira banyak lagi yang tidak terusik membuatkan saya teruja. Sampai tak sempat nak snap gambar.

Penginapan malam pertama di sana di Kinabalu Park. Mula-mula kami menyewa di dorm sahaja. Tetapi mereka telah mengupgrade package domitary kami ke Peak Longe. Wow.

Ok, selain dengan keindahannya. Saya puas menikmati sayur segarnya. Rasa lobak merah dia lain benar dari lobak merah yang saya beli Tesco. Rasa semacam je. Kalau nak tahu, kene cuba sendiri. Pekan Kundasang banyak menjual sayur-sayuran segar. Haha

Suhu kat kinabalu park ni pun dah sangat-sangat sejuk. Almaklumlah, lebih kurang 2000m di atas paras laut. One of good place nak berehat and enjoy the scenery, di sinilah.

Ok, cukup untuk hari ni. Next posting saya ceritakan pengalaman mendaki pula ya. So tengok la gambar tempat kami menginap. Rasa macam nak beli terus and duduk kat situ je.

Ruang Tamu Peak Longe

Belakang tu boleh pasang unggun api. Memang feeling2
Oversea sangat

Ruang makan

Nota kaki: Suami panjat gunung kinabalu, isteri masuk hutan slim river. Anak duduk kampung. hahaha. Kesian

Thursday, November 08, 2012

100 Plus Passion Run Singapore 2012 Race Kit

Passion Run 2012 Race Kit
Mahu tahu apa yang saya suka bila berlari. Goodies dia yang superb. Nak naik podium entah bila pun saya tak tahu. So dapat race kit yang berbaloi-baloi macam ni lah yang membuatkan saya bersemangat untuk register. Bukan sebab nak lari sangat pun. haha

Nota kaki: Tahun depan tumpukan pada sesuatu yang lebih menarik

Wednesday, November 07, 2012

Putrajaya Night Marathon 2012

Ini saja gambar yang saya ada
Kredit to Mr. Adi
Ok, saya mengaku yang saya memang suka berlari. Kali ni Putrajaya Night Marathon pula. Haha. Kerja gila lagi sekali. Jam 2.30ptg bas saya bertolak dari JB. With all the dugaan di jalanraya. Jam 7.10malam barulah tiba di TBS. Oh my goodness, I'm late. Saya almost nak menangis sampai di TBS. Macam harapan menipis nak berlari malam tu.

Then terus tuka baju running terus berlari ke ERL. Jam menunjukkan 7.30 malam. Saya call my bestfriend, Adi Yuseri and I told him, "Selamat berlari, macam tak sempat nak sampai." Then Adi reply, "Apa-apa pun you have to be here. I'm waiting."

Naik ERL dgn seluar ketat, semua orang pandang je. Lantak pi la. Aku memang dah super lambat. 7.50 baru sampai Putrajaya Central. Terus amek cab and then terus pegi ke Istana Kehakiman. Sampai starting line at 8.05malam. Fuh, lega sempat sampai. Apa lagi, terus stretching, on Endomondo then terus menyelit sampai sedepan yang boleh.

Start running, pergh! route dia sangat mencabar. Sungguh! bukit semedang. Turun naik bukit je. Sampai saya tak larat. Kilometer ke 19 saya terpaksa berjalan sekilometer. Sungguh, saya tak mampu nak teruskan.

Inilah Mr. Adi
During the run, saya jumpa muka-muka yang familiar, Lani, Roll, Suriana, Zamell, Indra, Zainudin... semua memberi semangat pada saya. Maaflah saya tak dapat follow pace anda. Owh, saya tak jumpa pun Adi sewaktu run.

Reached the finishing line at gun time 2:28:50, net time 2:25:40. Ranked 495 over 1795 (dalam pukul 10.50mlm masa tu). Alhamdulillah, much better from what I expected. This is my last half marathon this year. Completed run tunggu Mr. Adi Yuseri call. Buat warming down and stretching untuk elakkan kekejangan.

Bergambar kejap, at 12.00pm Adi hantar ke Putrajaya Sentral, naik ERL terus ke TBS. Lepas tu mandi kat TBS. Naik bas jam 1.30pagi. Sampai JB at 4.30am. Sampai rumah at 7.00am. Sambung tidur. Exhausted.

Pengalaman menarik, saya hampir kecewa. Tapi saya tahu Allah knows what is best for me. Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat hidup.

Nota kaki: Saya percaya, setiap yang berlaku ada sebabnya. Running membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bersabar dan mencabar. Sekian