Senai Airport |
Assalamualaikum... Maaf, cerita ni agak basi. Dah sebulan lebih baru nak upload kat blog. Hahaha. 23 September hingga 26 September saya telah mengambil kesempatan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Kali ni bersama-sama dengan geng study, kawan kepada geng study, geng runner, beserta officemate. Haha.
The peak longe |
Day one tak ada bende menarik sangat nak diceritakan. Tapi perjalanan dari Airport BKI sehingga ke Kinabalu park sungguh mengujakan. Dihiasi gunung-gunung yang saya kira banyak lagi yang tidak terusik membuatkan saya teruja. Sampai tak sempat nak snap gambar.
Penginapan malam pertama di sana di Kinabalu Park. Mula-mula kami menyewa di dorm sahaja. Tetapi mereka telah mengupgrade package domitary kami ke Peak Longe. Wow.
Ok, selain dengan keindahannya. Saya puas menikmati sayur segarnya. Rasa lobak merah dia lain benar dari lobak merah yang saya beli Tesco. Rasa semacam je. Kalau nak tahu, kene cuba sendiri. Pekan Kundasang banyak menjual sayur-sayuran segar. Haha
Suhu kat kinabalu park ni pun dah sangat-sangat sejuk. Almaklumlah, lebih kurang 2000m di atas paras laut. One of good place nak berehat and enjoy the scenery, di sinilah.
Ok, cukup untuk hari ni. Next posting saya ceritakan pengalaman mendaki pula ya. So tengok la gambar tempat kami menginap. Rasa macam nak beli terus and duduk kat situ je.
Ruang Tamu Peak Longe |
Belakang tu boleh pasang unggun api. Memang feeling2 Oversea sangat |
Ruang makan |
Nota kaki: Suami panjat gunung kinabalu, isteri masuk hutan slim river. Anak duduk kampung. hahaha. Kesian
No comments:
Post a Comment