Showing posts with label SCMS12. Show all posts
Showing posts with label SCMS12. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Standard Chartered Marathon Singapore 2012

Hari yang dijanjikan telah tiba. 2 Dec 2012 hari berlari-larian pun bermula. *Woi jeprel, apesal kau tak hapdet tahun depan je. Ha!* *Ala, sorrylah. tak ada masa, keje banyak kat opis.* Maka, jam 2.30 pagi aku telah bangun dan mandi sesuka hati. Huhu, Nak larinya pukul 5.00pagi. Nak kene tunggu MRT pukul 3.00 pagi ok. Tu yang bangun awal gile2.
Nampak tak ford di bawah itu. Kat katil bawah
ada dua orang sedang membuta lagi
Mereka masuk 10km je. #jeles
Sampai di Orchard Road starting line jam 4.00pagi. Minum air, makan pisang dan terus beratur. Ni yang aku geram, ada diskriminasi masa. Mementang aku meregisterkan diri utk timing 5-7 jam. Terus di letakkan di baris belakang. Tak apa, tahun depan aku register 3-5jam. Kompem kat garis permulaan aku berdiri terpacak. Ko mampu halau aku? lantak pi la. Ade abg kisah. Janji abam tetap feeling pelari kenya yang paling cerah k.

Lama k nak tunggu dilepaskan tu. Muzik sangat kuat. So abang tak tahan. Dengan selamba abam prooootttttt proootttttt. Seb baik muzik sangat kuat. Jadinya tiada siapa mendengar jaluran kentut 6 harkat abam tu. Haha, tapi abam telah menoleh ke belakang, seorang gadis comel telah menutup hidungnya. Sorrylah adik manis persis kpop korea. Abam termakan telur rebus semalam. Sorry k. *rasa macam nak sweet2 pegang pipi dia minta maaf

Maka kami dilepaskan tepat jam 5.00 pagi. Tp sumpah takleh nak lari. Orang ramai gile. 19000 orang ok. Mana la aku dengan Ford tak mencuci mata sepuasnya. Eh, ni niat ko dah salah ni Jeprel. Nak lari ke nak cari dosa ni. Trettttt tet tet. Ko bayangkan, hampir 5 minit berdiri static selepas gun ditembak. Mampu berdiri lama-lama camtuh tanpa berlari hape pun.

Laluan dia melalui trek F1 singapore. Ok, nice. Tapi aku superb jeles dengan yang lari HM, sebab diorang lari kat USS. Lepas tu kami lalu dekat East Coast Park. Dah lari dah hari tu. Bosan. Pastu lalu reserve area, macam lombong pun ada. Pastu lalu Marina Bay. Cun. Tapi abam dah tak larat. Panas gile weh. Rentung abam.

Ko hengat abam sorang je kentut. Masa kat east coast park, ade seorang lelaki macho overtake abam. Sedang overtake tu, boleh dia prrrroooottttt lagi selambe dari abam. Lagi panjang harkat kentutnya kalau ko nak tau. Abam rasa 10 harkat dia punye kentut. Siap boleh stop tu. Lepas tu sambung kentut lagi. 3 kali kalau abam tak silap. Ko mampu kentut 3 kali dengan 10 harkat setiap kali kentut. Abam sekali kentut pun rasa nak terberak dah.
Jangan carot abam punya cakar rimau ye
1km sebelum tamat. Mat rempit style
Cornar baring kaedahnya
Abam mampu lari 27km je. Lepas tu bak kata abang Azlan, rombongan anta pengantin paling jauh. Apa tidaknya, berjalan sejauh 15km. Ko mampu jalan sejauh tu. Haha. Sampai finishing line. Standard la abam kan. Poyo2 berlari2 lepas tu feeling2 bintang kenya paling menyerlah. Haha

Ok la. First time abam berlari. Sumpah, memang koyak satu badan. Habis lari jalan terkengkang nak gi MRT. Azab gile k. Padan muka ko jeprel. Sape suruh tak training bebetul. LSD buat tak ni? Kompem tak buat kan. Aku cepuk ko kang.
Lagi 20 meter sebelum garisan penamat
Ko mampu beraksi bak pelari kenya
Full result abam. Coach, jangan marah abam coach
~Finisher tee yang best
~Medal pun cun
~Air 100plus memang 1 je
~Nature valley tu bagai energy bar
~Shotz tu bukan condom yer adik adik. Shotz tu energy gel
Kalau lari kat Msia, dapat 1 je. Kat Spore nak amek satu
kotak pun boleh
Tak apa. Tahun depan aku akan datang kembali. Menebus maruah yang tercalar. Ford dah janji nak register gak. Kali ni aku nak register 3-5hours punye timing. Haha. Btw kat sana banyak betul yang comel2. Semangat sungguh nak lari. Ok, abam admit. mmg abam gatal. Tak salah kan menikmati keindahan ciptaan Allah. *Woi jeprel, bab ciptaan Allah ko ingat. Tapi dosa tak hengat ko kan.

Nota kaki: Owh, terima kasih abang sani temankan saya berjalan dalam rombongan.

Friday, December 21, 2012

Standard Chartered Marathon Singapore 2012 - Race Kit Collection

1 December 2012, (MasyaAllah, nasib baik masih tahun ni. Ko dah gile ye Jeprel. Nerves End of the day le tu). Seorang berangan bujang *aku le tu*, dan 3 orang lelaki bujang *memang sah2 tak kawen lagi* telah mengambil peluang ke Expo Hall Singapore untuk mengambil Race Kit kaedahnya. *Bengong la ko jeprel. Dah la hapdet entry lambat.*
Walaupun ko sesat, tetap nak feeling2 kacak jugak
Setelah kesesatan di Singapura selama hampir dua jam. *aku lah drebar yang menyesatkan itu. Dari SLE, masuk TPE, last2 patah balik pergi BKE dan masuk PIE. Jauh benor, macam perjalanan ke Kedah dah jauhnye. Tapi dari Penang la.* Kami sampai ke Expo Hall, tempat macam lebih kurang PWTC la. 
Abang Lan yang masih kacak dan bujang
Ok, saya bersama seorang bujang dari Segamat, Abang Lan dan 2 orang bujang dari Kuala Lumpur, iaitu Abang Roll dan Abang Ford. *Nama macam omputeh dah.* Sorry tercarot. Haha, ok, mereka semua memang abang2 pun. Aku paling muda in the team. *nak jugek ko kan jeprel. Cepuk kang.*
Abg Rol, Abg Ford and Me yang paling muda
Gitu ko kan, berangan tak sudah
Tapi serius rugi, sbb aku bawak duit beberapa dollah je. Jadinya tak jadi shopping spender. Huwaaaa. Stress, promo banyak gile kot time tu. Tak ape la. Takde rezeki. Ok lah. Race Kit dalam dia tak bape meriahpun. Standard Chartered la katakan. Tapi aku boleh katakan Running Vest dia paling cantik aku terima setakat ni. Material dia best la. Ok, enjoy the pic la. Kbai.
Cantik kan vest tu. Rasa macam nak mintak lagi je
Ok, I'm crazy. Yer, aku gile. Gile bermarathoning. Hahaha dah minat, nak buat camne. Selagi boleh, aku lari je la. Bukan lari dari rumah ok. Hehe. Wife skrg pun dah mula berjinak2. Rasanya kene cari maid sorang ni. Nak jaga anak di kala kelarian kami. Sekian.

Nota kaki: Abang Lan, saya cilok gambar erk