Showing posts with label Running Tips. Show all posts
Showing posts with label Running Tips. Show all posts

Tuesday, October 09, 2012

Batu Pahat Run 2012

6 October 2012, Aku menggagahkan diri join Batu Pahat Run, sempena penubuhan 100 tahun Kelab Batu Pahat. Ni semua angkara Johor Runners, kalau idak, konpem aku tatau yang batu pahat ni ade run jugak.

Ni running BIB aku. Haha
Aku sampai 6.30 pagi. Then tunggu Rafik aka Ultraman Bintang datang memberi running bib. Hehe. Sepatutnya flag off 7.30am. Sampai pukul 8.00 pagi tak start apa-apa lagi. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Aku dah warming up dari 7.15pg sudah. Stress abam! Alasannya, penjaga jalan (you know who they are) tak sampai lagi. Ok, Fine!!

Then dalam pukul 8.05am baru lah dilepaskan. Susah bebenor nak melepaskan. Haha, aku macam biasa lah, lari-lari seksi. Sambil mencuci mata tengok adik-adik sekolah berlari. #eh (matila bini baca). Katanya 7.5km, tapi takde water station. Disaster ok!

Finish tatau rank no bape. Endomondo time 37:17min @6.36km. Damn, tak cukup 1.2km. ini sangat mencabar tahap kesabaran. Nasib baik pace gua ok. 5.52min/km. Alhamdulillah, improve la jugak.

Kata Rafik, juara cabutan bertuah.
 Tapi paling syiok, aku menang cabutan bertuah. Rafik cakap, aku juara cabutan bertuah. Haha, last person call up untuk cabutan bertuah, setelah beberapa kali nombor yang dipanggil sebelum tu tak turn up. Orang lain, dapat beg je. Aku, dibaginya air mineral sekotak. Ok, pengubat kecewa.

Tahniah untuk Fadli (Juara), Azuan (Ke4), Rafik (ke12) dan Faisal (ke15), geng-geng Johor Runners.

Monday, October 08, 2012

PJ Half Marathon, I'm Crying Over The Finish Line

30 September 2012 - Selepas turun dari Kinabalu (Story Kinabalu nantilah, peram dulu), saya menggigihkan diri untuk join another half marathon. My first half marathon setelah lebih 3 bulan tak bermarathon. Huhu. Teruk kan saya ni.

My running BIB (Sila Abaikan Kebuncitan itu)

Dengan tiada latihan dan sebarang persedian, saya pun melantaklah berlari dengan gigih untuk Half Marathon. Owh, event ni di sponsor oleh seorang sahabat yang saya kenali di Chap Ayam Runner, Abang Ahmad Daud namanya.

Event ini diadakan di stadium MPPJ. Trek melalui jalan airport subang, federal highway, Jalan Airport sehingga ke Airport, kemudian U-turn dan terus ke stadium MPPJ semula.
My finishing style
Kelam kabut saya pagi tu. Mana tidaknya, sampai je kat starting line, dah flag off. 5 minit awal flag off. Saya mulakan larian terkocoh-kocoh. Haha, gigih berlari. After 9km perut dah rasa sakit. My goodness, time-time cenggini plak perut nak buat hal. After 9km saya dah tak boleh nak lari. Perut sakit. Bukan sebab nak berak, tak tahu la. Sengugut kot. Sudahnya, saya berjalan sehingga ke garisan penamat.

Sampai garisan penamat, saya ambil medal, amek light breakfast yang disediakan, then masuk kereta, terus blah. Menangis dalam kereta. Hahaha, worst half marathon ever. My first virgin half marathon even better than this.
Finishing medal yang Ok laaaa

Gun Time : 3:03:12.03
Chip Time: 3:00:55:43
Rank: 791 over 879
Nota kaki: Hero hindustan betul aku ni.

Saturday, September 22, 2012

Brooks Ghost 5, one of good shoes for long distance run

Ghost 5 is a core shoe. It is suitable for running long distances, e.g. 21km and 42km. It comes with good cushioning, to bring you through your 42km run. You will feel its benefits towards the end, as your feet get tired.

Here is how the Ghost 5 looks like:
Ghost 5 retails at RM459. In conjunction with this month's Go Green Campaign, Brooks can offer you a RM150 rebate. You can have it for RM309. (Valid until 30th September 2012)