Friday, November 23, 2012

Mustafa Centre, Singapore

Ha, first time datang sampai area sini. Korang jangan tak tahu. Walaupun aku dah lebih setahun menetap kat JB. Inilah first time aku masuk sampai ke area-area urban sikit kekdahnya. Memang jakon betul ko ni Jeprel.  Nak dijadikan ceritanya, aku dengan Adi telah pegi ke Mustafa Centre (MC). Best thing pasal MC ni, dia buka 24jam, Kat Malaysia tak ada shopping mall buka sampai 24 jam. Ada pun 7 eleven je. *MC ni macam ala-ala Mydin la kot kalau Kat Malaysia*

Gambar ni aku cilok je. Mintak halal erk.
Punyalah ramai orang masa tu. MasyaAllah, macam-macam bau ada. Agaknya sebab dah nak dekat Deepavali, jadi ramailah membeli. Punyalah besar, nak bayangkan lagu mana erk. Ok, ko cuba bayangkan Mid Valley, Aeon Tebrau City Mall dan Aeon Melaka, Perangin Mall dengan Kompleks Bukit Jambul pun boleh masuk sekali. Sebesa-besar tu lah MC tanpa sebarang tenure (penyewa kedai macam ala-ala fotokem lah, GNC lah, etc). Besar tak besar. Barang pun punyalah banyak. Sampai sendat nak jalan. Haish 

Nampak tak macam super sendat
Disebabkan boss aku pernah cakap yang Nescafe dgn Milo kat Singapore lebih sedap (Mungkin atas faktor negara ke 3 terkaya di Dunia). Maka aku mencari jenama milo yang tak ada kat Malaysia. Hamek ko, sekali wanita Malaysia yg berlari di 100plus Passion Run bersama kami mengatakan yang Milo Australian Recipe sangat sedap. Hamek. Kitorang hunting mende alah tu je. Apa ke tak pelik tu. Iyalah, nak beli sayur pun, sayur pun di import dari Malaysia.

Kat Malaysia jenis Protomalt je. Ni hamek, harga tak mahal
S$16.65, murah  je kan. Ni tin besar ni.
Ok, tu je yang aku beli. Tp kaki memang tak boleh nak jalan laju. Nak menangis gile2 ok. Sakit! sumpah memang tak mampu nak melangkah. Tapi gagahkan jugak. Tak apalah, dugaan pelari tegar. Nampaknya terpaksalah let go larian kitar semula. Tak apalah tak ada rezeki abang.

145 Syed Alwi Road  Singapore 207704
Senang je nak pegi, tatau meh ajak aku
Owh, sesiapa nak pergi ke MC bolehlah menaiki MRT dengan kadar bayaran berpatutan. Turun di Farrer Park. Senang kan. Hari tu merasalah naik MRT. MasyaAllah, ramai orang, panjang plak tu trennye. Haish. Oklah, kalau nak drive, boleh park kat mana-mana. Tp jangan lupa bayar parking. Tak pun bayar je saman. Senang kan. Kbai

Thursday, November 22, 2012

100 Plus Passion Run 2012 (12km Sunrise)

Hari ke dua, lepas subuh terus gerak ke East Coast Park. Adi menginap di rumah aku. Btw rumah aku ade dua bilik tamu. Sape2 nak datang tu silalah singgah. Haha lepas solat subuh terus bersiap-siap. Umar boleh plak bangun time tu. Terus melekap kat Baba dia. Macam tau-tau je nak kene tinggal. *Dey Umar, Cepat sikit kasi besar, nanti Baba bawak lari sekali*
Pose sebelum lari. Tunjukkan jempol Adi. Yeah! Jempol
anda memang sangat seksi Adi.
Sebenarnye aku pun tak paham apa yang aku cuba lakukan.
Sila abaikan peha yang semakin menggajah itu.
Gerak dari rumah dalam pukul 6.00pagi, tiba di East coast park jam 7.00pg. Alamak, camne ni. 8.30pg baru nak lari. Hamek ko, naak buat ape kat pantai tu. Habis kuat pun tengok awek2 piknik tepi pantai with hot pants. Nais kan. *scan bar code dosa, "Bape banyak dosa hari ni bang"*
Trend AYK sangat. Feeling ko kan Adi.
8.30pg barulah Flag off. Hamek ko, hari dah panas. Sekarang ko tak tahu siang awal ke Jeprel. Ha, rasakan kepanasan dunia. Hamek ko. Hamek ko. Lari awal-awal tu ok je. Almaklumlah, 12km je. Sekali masuk km ke7, kaki dah buat hal. Memang sumpah takleh nak lari. *berjalan sakan ko kan, padahal cuci mata lebih, tepi pantai, untunglah scan barcode bebanyak kat negara orang*
Sejak peha I membesar ni, I segan nak ambil gambar bebanyak
Haha, mampos kene kutuk. Adi sedih waktu ni, sbb baju hijau
ni dah abes. Kesian dia, tak ape Adi, tahun depan lari laju sikit
Kalau nak tau, aku memang super lembap la time tu. Nak habiskan 12km amek masa 1jam 30min++ (tak tengok lagi official time waktu tu). Wei, ko dah kenapa Jeprel? Semalam punyalah power siap memecut di akhir garisan kepoyoan? Kaki sakit tu alasan ko kan? Kan? Kan? (baca style coach marah). Meleleh airmata aku tengok timing yang super duper cam haram. 
Good pose Adi, Good job. Tahun depan kite lari kat sini lagi.
Yeah. Btw, aku punye finishing picture takde. Sebab muka
macam Mr. Bean. #Kbai
So official result released

El Zaffril a/j Kay Alias

Nationality: Malaysia
Race Category: 12KM MENS OPEN (SUNRISE)
Nett Time 01:37:15.75
Gun Time 01:37:28.10
Rank 288


Adi Yuseri
Nationality Malaysia
Race Category: 12KM MENS OPEN (SUNRISE)
Nett Time 01:38:49.25
Gun Time 01:39:01.40
Rank 308

Nampak tak di situ aku hampir dikalahkan oleh bestie aku sendiri. Ceh, macam ko tak pernah terkencet ditinggal Adi kan. Pooraah! *tonjol dahi* Ok. tetap nak berlagak yang aku masih kat depan Adi. Haha, ko tengok lah nanti, bila peha Adi dah kecik. Konpemlah dia tinggalkan ko. Berangan je lah ko dengan kaki panjang ko tu.

Nak dijadikan cerita, sesiapa yang join dua event, (Kire sundown campur sunrise) distance yang kita lari tu akan di total up kan. Mampu boleh pause-pause rehat macam tu. So macam aku dengan Adi, 9km+12km. Hamek! terus half marathon. Mampu? Tengoklah total timing kitorang. *Hey Jeprel, ko ingat personal best sangat ke kalau campurkan dua time tu. Berangan lebih la ko ni Jeprel.*

El Zaffril a/j Kay Alias

Nationality Malaysia
Race Category 9KM (SUNSET) PLUS 12KM (SUNRISE) MENS OPEN
Nett Time (DAY1) 00:56:08
Nett Time (DAY2) 01:37:16
Total Nett Time DAY1 + DAY2 02:33:23.60
Gun Time (DAY1) 00:56:36
Gun Time (DAY2) 01:37:29
Total Gun Time DAY1 + DAY2 02:34:03.95
Rank 115


Adi Yuseri

Nationality Malaysia
Race Category 9KM (SUNSET) PLUS 12KM (SUNRISE) MENS OPEN
Nett Time (DAY1) 01:05:55
Nett Time (DAY2) 01:38:50
Total Nett Time DAY1 + DAY2 02:44:44.10
Gun Time (DAY1) 01:06:23
Gun Time (DAY2) 01:39:02
Total Gun Time DAY1 + DAY2 02:45:23.85
Rank 159

Tak apelah markonah, nanti cuba lagi. Balik dari lari, makan di Zam-Zam (maaf tiada foto bukti). Tapi sebelum tu mandi di Masjid Sultan depan Zam-Zam. Habis tu pergi Mustafa, Cari apa? Cari... biarlah rahsia. Hahaha. Esok la aku tulis pasal Mustafa. Kang satu entry aku tulis semua benda, bukan ko baca kan. *Jeprel, ko ni berangan macam ada sejota reader ko kan. #piattelinga*


Nota kaki: Kalau korang tak paham dengan nombor-nombor tu. Tak apalah. Sebab aku pun tak paham sebenarnye. Kbai

Wednesday, November 21, 2012

100 Plus Passion Run 2012 (Sundown 9km)

10 dan 11 November aku dan seorang sahabat baik telah mengigihkan diri berlari di 100 Plus Passion Run 2012. Tak payah nak skema sangatlah Jeprel woi. Owh, Jeprel nama panggillan gua di kampung. Bila pindah Kay El, Jadilah El Zaffril. Kelas ko noks. Nama dari jawa terus fengfeeling Pak Arab mix pinoy sebelah atok mertua bapak ko kan. *Abaikan*

Setelah menangis membayar registration fees (ko bayangkan, sekali event S$68, processing fee S$2, Paypal USD1 - tak menangis tengok statement kredit kad). Kami pun mengagahkan diri ke East Coast Park, Singapore - boleh tahan cantik gak pantai dia, selain nampak kapal terbang mendarat, nampak jugak la kapal-kapal berlabuh. Jom piknik kat sini lenkali. *iklan*
Ni interior Masjid Sultan Abu Bakar
Owh lupa nak kenalkan. seorang sahabat baik itu bernama Adi Yuseri. Standardlah sahabat baik aku sejak aku belajar di MMU. Sampai sekarang jadi sahabat baik. Kan kan kan. Kite kawan poreber and eber kan. Memang selalu aku tepek gambar ko kan. Pemes sekejap ko kat blog aku. *merepek*

Owh lupa lagi sekali, Adi all the way dari KL ke JB. Aku ambil di larkin, kemudian makan di area Bomba Larkin. Seterusnya kami bersiap di Masjid Sultan Abu Bakar, dan aku drive in masuk Singapore dengan confident yang membuak-buak. Bukan senang nak drive kat oversea k. *ada nada menunjuk-nunjuk dan berlagak di situ*
Nampak tak kebuasan aku di situ. Hei! Jangan zoom seluar...
Larian kali ni pelik sikit. 9km sundown pada 10hb (matahari terbenam tak nampak pun padahal) plus 12km sunrise 11hb (gile ko, bukan sunrise, matahari dah tegak dah weh). Tepat 5.45ptg kaedahnya kami dilepaskan seperti bangau-bangau berterbangan. *berangan lebih la ko ni jeprel*.

Aku pun dengan gigihlah memecut. Tapi disebabkan peha aku besar, jadinya lari-lari comel je la mampu. Lari kat oversea kaedahnya, haruslah berbangga. Mengharumkan nama Malaysia (Gitu ko kan, berangan sangat pemenang Marathon warganegara Kenya). Completed the run boleh kata success la. Organizer kata 9km, Aku punye endomondo track 9.3km. Bengonglah lebih 300meter. Sempot kempot ko tau tak? Sape nak tampung lemak-lemak aku yang hilang sepanjang 300m tu? Dah la sekarang banyak kolestrol free.
Deng! Aku lupa nak pakai topi
Takleh nak kover kebotakan.
Official Result Release 9km Sundown.

El-Zaffril a/j Kay Alias (Bukan nama sebenar)
Nationality: Malaysia
Race Category: 9KM MENS OPEN (SUNSET)
Nett Time: 00:56:07.85
Gun Time: 00:56:35.85
Rank: 369
Remarks (Official kopipes dari Website Passion Run)

Adi Yuseri
Nationality: Malaysia
Race Category: 9KM MENS OPEN (SUNSET)
Nett Time 01:05:54.85
Gun Time 01:06:22.45
Rank: 769

Nota kaki: Ko mampu result siap letak nationality? Haha. ok, next entry cerita pasal sunrise punye run. Owh, a/j is referring to Anak Jantan