Tuesday, November 20, 2012

Misi Menawan Gunung Kinabalu 2012 - Day 4 (Last Day)

Misi menawan Kinabalu yang tak berapa nak berjaya tu sampai la ke kemuncaknya. Haha. Bukan nak kata gagal. Sebab dah sampai dia punye leher. Nak sampai kepala tu yang tak sampai.

Hari ke empat, selain berkemas-kemas untuk pulang ke semenanjung. Berjalan-jalan dia Pasar Pinoy. Hahaha. Tiada gambar plak. Almaklumlah, takde DSLR. Macam segan plak nak ambil gambar pakai camera digital biasa. Oklah, layankan je la gambar yang ada.

Dejavu di Kinabalu Season 1 berakhir di sini. Kita jumpa
lagi tahun depan ya.
Ni masa kat Nabalu park.
Muka tak mandi 3 hari. Haha. Sejuk weh. Bapaklah sejuk
Santai at Kinabalu Park cafe. Lobak Merah Kundasang Sedap
I love this picture. Like it so much.
Masa ni dah letih dah weh. Sumpah letih.
Sampai JB badan semua sakit-sakit. Haha. Kaki mmg jangan cite lah. Nak melangkah pun macam tak mampu. Dari Kinabalu hari Rabu, Ahad plak lari 21km. Memang terbaik la. Kaki terhencot2 jalan 21km. Hamek ko El. Nak tunjuk hebat sangatkan. Padahal badan dah start menua. Hamek. Dush dush.

Monday, November 19, 2012

Misi Menawan Gunung Kinabalu 2012 - Day 3

Ini sajalah yang mampu hari ketiga
Misi menawan Puncak Kinabalu diteruskan. Jam 2.00pagi kami bangun untuk bersiap-siap menuju ke puncak. Tetapi takdir tidak menyebelahi kami. Hujan turun dengan lebatnya. Kalau hujan lebat, maka memang tak dapek la. Nak ke puncak. Aku apa lagi. Sambung tidur semula la. Bangun balik jam 7.00pagi dan bersiap-siap untuk turun ke bawah.

Masa otw turun, jumpa Abg Muhi
Yang mencangkung tu kawan dia
Tak ingat nama la tapi
Memang meletihkan. 6km perjalanan berbukit naik, then turun another 6km. Letih den. Hek hok (iklan sikit). Ditambah dengan frust tak dapat nak sampai ke puncak. Alhamdulillah. Still happy, tak semua orang boleh buat apa yang aku buat kan.

Petang tu terus pulang ke Bandar KK dan enjoy momen kat sana pulak la. Yer lah, nak shopping souvenir katanya. Untuk orang rumah, untuk skandal-skandal la kekdahnya. (Tak mampu abang nak ada skandal. LoL.)

Apa pasal peha aku nampak gemuk. Cis!
Ok, esoknya balik. itu sahaja laporan peram saya dari opis yang sedang takde keje. Esok nak cerita Passion run lah Pulak. Haaa... ni best, sebab first time kite lari kat oversea. Nantikan.
Besar kan udang ni. Memang sumpah besar.
Tak larat abam nak abeskan

Wednesday, November 14, 2012

Misi Menawan Gunung Kinabalu 2012 - Day 2

Misi mendaki bermula
Misi mendaki hari kedua diteruskan. Kali ini kami meneruskan perjalanan ke Laban Rata dahulu dan berehat di sana untuk satu malam.

Selamat mendaki (From left Aku, Asuat, Yusran, Shazly
Adi, Nansah and Zul)
Seronok dan mengujakan, itu saja yang saya bisa gambarkan sepanjang perjalanan mendaki ke puncak. Haha. Syukur masih diberi kudrat untuk meneruskan pejalanan. Syukur diberi kesihatan yang baik. Walaupun sebelum tiba ke Kota Kinabalu saya tidak berapa sihat.

Ambil gambar sebanyak mungkin. Bukan datang sini selalu
Sepanjang perjalanan, saya ketemu pelbagai bangsa. Semuanya dengan misi yang sama. Mahu menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Carson Fall
Perkara paling menginsafkan saya adalah mereka yang bekerja sebagai 'porter' (pembawa barang ke puncak dan Laban Rata). Bagaimana mereka berusaha keras untuk mencari sesuap nasi. Bukan sekadar barang-barang ringkas. Beras, gula, tong gas, bahan mentah untuk memasak, semua mereka bawa dengan kudrat manusia. MasyaAllah, saya insaf sangat. Bersyukur dengan apa yang saya miliki.

The Porter (Bukan Harry Porter)
Banyak betul gambar aku dengan Shazly
Up up and on the way up
Tupai ni sangat gebu dan jinak dan manja. Geram!!!
Rasa nak bawa balik je.
Dah sipi2 nampak gunung kinabalu dah tu
Nampak tak periuk kera tu
Sampailah di Laban Rata
Cafe di Laban Rata with 3 Climbers from Singapore
Nota kaki: Saya akan jejakkan kaki ke suatu tempat. Itu pasti.