|
Misi mendaki bermula |
Misi mendaki hari kedua diteruskan. Kali ini kami meneruskan perjalanan ke Laban Rata dahulu dan berehat di sana untuk satu malam.
|
Selamat mendaki (From left Aku, Asuat, Yusran, Shazly Adi, Nansah and Zul) |
Seronok dan mengujakan, itu saja yang saya bisa gambarkan sepanjang perjalanan mendaki ke puncak. Haha. Syukur masih diberi kudrat untuk meneruskan pejalanan. Syukur diberi kesihatan yang baik. Walaupun sebelum tiba ke Kota Kinabalu saya tidak berapa sihat.
|
Ambil gambar sebanyak mungkin. Bukan datang sini selalu |
Sepanjang perjalanan, saya ketemu pelbagai bangsa. Semuanya dengan misi yang sama. Mahu menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara.
|
Carson Fall |
Perkara paling menginsafkan saya adalah mereka yang bekerja sebagai 'porter' (pembawa barang ke puncak dan Laban Rata). Bagaimana mereka berusaha keras untuk mencari sesuap nasi. Bukan sekadar barang-barang ringkas. Beras, gula, tong gas, bahan mentah untuk memasak, semua mereka bawa dengan kudrat manusia. MasyaAllah, saya insaf sangat. Bersyukur dengan apa yang saya miliki.
2 comments:
syabassss..!!!
gonna repeat this place...insyaAllah
Post a Comment