Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, December 09, 2011

Restu, Apalagi Salam Cium tangan

Hari ini tiada ilustrasi ya, Maaf

Saya sangat suka berceloteh kan. Sambil-sambil menasihat orang. Haha, oklah. Tambah lagi. Mari kita membebel lagi. Eh salah. Mari kita tambahkan ilmu dan perbaiki diri.

Dah sarapan, dah baca Al-Quran, dah bagi rezeki yang halal tu. Bagi restu kat anak nak pergi sekolah. Bukan susah pun nak bagi restu kat anak ni. Salam, suruh dia cium tangan, cium pipi kiri kanan, last sekali cium dahi. Nampak macam benda tu tak adalah besar sangat. Tapi memberi impak yang besar kepada anak-anak ketika mereka mula melangkahkan kaki keluar dari rumah hingga masuk semula ke rumah.

Janganlah pula, “Anakku, sarapan dah tersedia. Nanti jangan lupa sarapan. Duit belanja ada atas meja depan TV. Mak dengan abah nak landing kejap. Masuk kerja pukul 9. sekarang baru pukul 6.45.”

Kesian anak tu kan. Jadi nak sambung bangkong (bahasa jawa yang maksudnya tidur sampai matahari naik) sampai pukul 12 baru nak masuk office pun tak apa. Janji beri restu pada anak-anak. InsyaAllah, senang ilmu diterimanya.

Ada lagi ke tipsnya lepas ni. InsyaAllah. Ada lagi. Sikit-sikit kita belajar. Lama-lama, banyaklah yang kita boleh amalkan. Tak susah nak buat, tapi berat pula nak amalkan bukan. Amin, semoga kita semua mendapat rahmat dunia dah akhirat.

Wednesday, December 07, 2011

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan

Sambungan ceramah maal hijrah...

Gambar ini diambil di http://sixthseal.com/



Maka Ustaz ini menyambung, sumber rezeki yang halal memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Percayalah, berilah anak-anak kamu sumber rezeki yang halal, nescaya teranglah hati anak-anak kamu. Maka ustaz ini berkongsi cerita ketika forum berlangsung. (Ustaz ini adalah seorang pakar motivasi dalam mendidik anak-anak).

Ada seorang kanak-kanak yang telah hadir selama 3 hari 2 malam untuk kursus motivasi yang dianjurkan oleh ustaz ini. Maka pada hari terakhir sebelum pulang ke rumah masing-masing, Ustaz ini telah mengambil sebatang pen dan kertas dan memberi kepada setiap peserta. Sessi ini cukup mudah, peserta-peserta diberi masa selama lebih kurang 15 minit untuk menulis segala apa yang telah dipelajari sepanjang kursus motivasi sekurang-kurangnya 10 ayat.

Maka semua pelajar ini mula menulis apa yang telah dipelajari dengan bersungguh-sungguh. Sambil berjalan-jalan, tiba-tiba matanya tertancap kepada seorang kanak-kanak. Masa sedang berjalan dan tinggal lagi 5 minit. Lalu dia menghampiri kanak-kanak itu dan berkata, “Tulis sahaja apa-apa yang kamu pelajari sepanjang tempoh ini.” Kemudian dia meninggalkan kanak-kanak ini dan seterusnya melihat hasil-hasil ilmu yang telah peserta-peserta ini perolehi.

Dua minit sebelum masa tamat, dia menghampiri kanak-kanak itu semula dan melihat pada kertas kanak-kanak itu. “Astagfirullahalazim, kenapa kamu tidak tulis lagi? Tulislah, dah tinggal dua minit ni. Dua ayat pun jadilah.” Lalu dia pergi meninggalkan kanak-kanak itu semula.

Beberapa saat sebelum tamat, dia menghampiri kanak-kanak itu semula. Maka dia pun bertanya kanak-kanak itu. “Kenapa tidak tulis, sikit pun kamu tidak mendapat apa-apa manfaat di kursus ini?” Kanak-kanak itu hanya menggelengkan kepalanya. Nyata, hanya kertas kosong sahaja yang dihantar. Dia tidak menerima apa-apa manfaat dari kursus itu.

Maka soalan pertama yang keluar dari mulut ustaz ini, “Ayah kamu kerja apa?”. Maka kanak-kanak ini pun nyatakanlah kerja ayahnya (saya tidak mahu menyatakan kerana takut ada sentimen jawatan pula walaupun hanya segelintir mereka yang berjawatan sedemikian terlibat). MasyaAllah, maka Ustaz ini dapat mengagak apa yang si ayah ini sudah buat terhadap sumber rezekinya. MasyaAllah, si Ustaz ini menangis.

Maka ustaz ini berpesan sebelum mengakhiri ceramahnya, carilah rezeki yang halal. Kerana setiap rezeki yang kita semua cari, maka kesannya akan terserlah pada anak-anak.



Nota kaki: Semoga kita mendapat manfaat kepada setiap penyampaian ustaz ini. Sekian

Thursday, July 02, 2009

Motivasi: Nombor dan Kejayaan by Adi Yuseri


Comment 1

Kejayaan lebih senang diukur dengan nombor. Ingat lagi tak kat sekolah...siapa dapat nombor 1 dalam kelas atau tingkatan...dia dianggap berjaya. Kalau siapa yg dapat nombor terakhir secara tidak langsung dia gagal menjadi orang pertama..maksudnya dia telah gagal. Sama juga dalam bisnes...kejayaan lebih mudah diukur dengan nilai kekayaan yg diperolehi. Sekiranya dia kaya raya...duit berjuta...dia dianggap berjaya dan sebaliknya. Hakikatnya kejayaan terlalu subjektif... contoh, dapat mengorat awek dah dikira berjaya bagi seorang romeo. Satu lagi contoh dapat habiskan tesis dikira berjaya bagi seorang siswazah. Kejayaan2 subjektif sebegini masih layak diiktiraf sebagai kejayaan namun sebagai pemudah cara, sistem nombor di jadikan kayu ukur supaya mudah untuk menilai. Dalam dunia materialistik sekarang kekayaan monetary lebih diberi keutamaan. That's why orang yg dah kaya masih lagi meneruskan bisnes untuk memperolehi kekayaan yg lebih banyak. ~Hanya pendapat daripada seorang yg bakal Berjaya

Comment 2

orang yang betul2 di iktiraf sebagai berjaya adalah orang yg ada pengaruh dan dapat mempengaruhi orang2 di sekeliling. Contoh mudah Bill Gates... bagaimana formula dia dapat berjaya dengan memperkenalkan perisian Windows.. kita sedia maklum bahawa Windows bukan perisian yg pertama diperkenalkan pada khalayak umum... Apple Macintosh terlebih dahulu ada dipasaran... namun apabila windows di menemui pengguna dan perisian ini terus mendapat tempat di hati pengguna komputer. Formula nya Windows memudahkan pengguna melaksanakan tugas2 dgn komputer dgn Graphic User Interface (GUI). Dahulu platform Macintosh tidak semudah sekarang...pengaruh Windows tersebar dengan mudah dan menguasai market komputer dunia. Dan Bill Gates sebagai pencetus idea di anggap orang yg berpengaruh didunia dan dianggap orang yang sangat2 berjaya. skop yg lebih kecil, seorang bos yg memudah kerja2 orang bawahan nya eg: bagi panduan, mencetus idea, appreciate kerja2 pekerjanya akan dianggap berpengaruh di kalangan staffnya dan di anggap berjaya.

Manusia secara amnya lebih terdorong kepada benda2 yang mudah... orang yg memudahkan perkerjaan orang lain dgn apa cara sekalipun akan mendapat pengaruh dan dapat membina kejayaan sedikit demi sedikit.

P/s: Kejayaan dari sudut pandangan yang lain...

Comment 3

menggunakan pengaruh untuk kebaikan bersama...win-win situation maa... if success...both are success... and the mastermind even successful.. get it??

Sebenarnya bila aku dapat pendapat yang ni. Terus jadi speechless. Tak tahu nak komen ape dah. Memang kawan aku ni bakal jadi seorang yang berjaya. Sekarang seorang engineer yang berjaya. Hahaha.

Aku tak perlu ulas la kot. Sebab aku rasa dia dah terangkan sangat detail. Jadi kalau nak berjaya, sentiasa berada di nombor 1. Tapi bersedialah kalau dah dapat no 1 tu. Mungkin anda akan jatuh ke bawah.

Nota kaki: Adi, good luck for your Master ok.

Monday, June 29, 2009

Motivasi: Kejayaan Perlu ada Target by Wan Abdulhaqq

Salam..

Zaffril, untuk Berjaya sebenarnya banyak perkara perlu dinilai, tetapi bilamana persoalannya disini adalah bertanya bagaimana kita nak ukur kejayaan seseorang. So kenalah ada kayu ukur, yang berfungsi sebagai rujukan aras kepada kejayaan setiap individu.

Contohnya.. kayu ukur disini sebagai perbandingan atau rujukan kepada seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Contoh mudah, aku nak Berjaya macam Dato’ Jimmy Choo jadi fahamlah kita bahawa kita nak Berjaya at least mampu terkenal macam beliau dan juga mempunya butik dengan label sendiri.

Sebenarnya juga target memainkan peranan penting dalam ukur kejayaan. Yerla tanpa target aper yang u tak tahu aper yang u nak capai so dengan itu u tak akan tahulah tahap kejayaan u sendiri. So target ini BERGANTUNG pada individu, keadaan, masa dan persekitaran dan ianya biarlah masuk dek akal dan bersesuaian. Untuk senang buat satu target untuk jangkamasa pendek dan satu lagi pula untuk jangka masa panjang. So dengan itu u mampula untuk Berjaya.

Okey u persoalkan even tokey gula dah Berjaya tapi still harga naik. Hello harga naik bukan la disebabkan oleh kejayaan tetapi kekangan ekonomi dunia yang sekarang ni sedia maklum mempunyai masaalah. Tapi kalau ianya tetap jadi persoaalan untuk u cuba u fikir macam ni..

Target pertama tokey gula
- Untuk kaya – then now dia dah Berjaya membuktikan dia mampu kaya dengan hanya jual gula. Then dia kemukakan target baru
- Dah kaya tapi mahu buat saving dan simpan untuk beberapa keturunan dan juga simpan untuk kecemasan pada masa hadapan – so sebab itulah dia still berusaha untuk capat target dia tu
So KESIMPULANNYA.. Berjaya adalah terletak pada diri kita sendiri, nak ukurnya kenalah ada target..

Kalau tak faham call me.. will explain to u

Mamat bernama Wan Abdulhaq ni kalau diberi peluang mengomen, mak ai, panjang berjela dia punye komen. Kalah your abang itu. Nama dia sape erk, hua hua hua (gelak keji sambil guling-guling)

Anyway, saya sebenarnya sangat bersetuju dengan pendapat Abang Wan kita ni. Kita perlu ada target dalam hidup. Sebagai contoh: Sewaktu kecil, anda bercita-cita mahu menjadi seorang juruterbang. At the end, jadi juruterbang, maka anda berjaya di situ. Kalau setakat jadi steward, maka sipi-sipi la kejayaan anda itu.

Anyway, bila dapat komen macam ni. Agak speechless la. komen dia panjang lebar sangat-sangat. Tak terlarat nak melayan komen dia. By the way, whats your number. Kata suruh call. Mana tau orang lain pun berminat nak call gak. Boleh la jadi pakar motivasi, betul tak Abang Wan.

Nota kaki: Banyak project tergendala dek sakit teruk yang menimpa. Doakan penulis sihat seperti sediakala. Amin

Tuesday, June 09, 2009

Adakah Anda Jatuh Cinta

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata 'Ya'
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 'Ya'. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukan semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Saturday, May 30, 2009

Motivasi: Kejayaan Bergantung Pada Individu by Anuar Kamaruddin

Masih ingat dengan posting ini [klik], so semalam last untuk komen posting tu. Jadi hari ni saya akan mengulas setiap satu komenan yang diberi. Dan terima kasih yang memberi komenan itu. Berikut adalah komenan Anuar Kamaruddin [Blog Anuar]:

"kejayaan nih ikut individu tu sendiri...dan kejayaan tu byk cabangnya bukan dr segi kekayaan,populariti,kerjaya hebat n so on-so on...

ada yg pakai kete besar then pk diorang dah berjaya

ada yg pk dia cantek, dia berjaya pikat semua orang dan tunduk bawah dier

ada yg pk dia berjaya kalau org len percaya pada dia yg dia betul walaupun sbnrnya dia salah

apa2pun kejayaan, selalunya org yg fikir dia berjaya sbb dia berpuas hati dengan kejayaan dia sendirias simple as that

my opinion sajo...ngee :D"

Pendapat Anuar itu ada betulnya. Kejayaan itu begantung pada diri seseorang itu sendiri untuk menilai. Sebab dia sendiri yang tahu sama ada dia dah berjaya dalam hidup dia atau belum. Atau dia sendiri masih terkial-kial mencari ruang untuk berjaya dalam dunia yang sangat singkat ini.

Ada orang pakai kereta besar then kata dah berjaya. Selalu orang yang pakai kereta besar dan tayang-tayang kat orang kata dia dah berjaya is orang multilevel marketing. Itu cara dia menunjukkan kejayaan untuk attract orang berjaya macam mereka dalam bidang itu. Dan di situ mereka sudah dianggap berjaya, walaupun orang-orang yang membantu dibawahnya banyak yang gagal untuk berjaya seperti mereka.

Pada Anuar kecantikan itu juga sudah dianggap berjaya. Dan tidak salahnya semua itu. Kecantikan yang dikurniakan harus dibina dengan pakej yang lengkap. Akhlak yang baik, pakaian yang cantik, kebijaksaan dan tutur kata yang sungguh sopan serta elok pengangan agamanya. Kerana semua itu adalah pinjaman. Jangan risau kepada semua orang yang tak cantik dan tak kacak seperti saya. Semua ni pinjaman je. Nanti kat akhirat kita minta tukar yang lain erk. Dan kepada mereka yang menggunakan pinjaman ini untuk kepentingan atau kemewahan hidup, saya tak rasa itu berjaya. Kerana itu akan mengundang kemudaratan kemudian hari sebenarnya. Percaya atau tidak, sesuatu perkara jahat akan dibalas juga, sama ada lambat atau cepat, itu sahaja bezanya. Dan kegagalan akan muncul disitu. Kejayaan sementara saya kira.

Yang ni pula saya tidak berapa suka. Orang yang sentiasa nak menegakkan benang yang basah. Tanpa menerima pendapat orang lain. Tidak pun, menipu orang untuk kepentingan diri individu itu sendiri. Saya tidak rasa orang-orang sebegini patut dicontohi. Selalunya orang-orang begini nak sangat kaya segera. Jadi jangan tertipu dengan Skim cepat kaya atau jualan langsung. Tak pun gores dan menang.

Dan yang last tu, kejayaan itu akan hadir kalau dia berpuas hati dengan apa yang dia kecapi. Tapi ada saja orang yang tak boleh lebih daripada dia. Untuk orang macam ni, dia tak akan pernah senang dengan hidup dia. Dan tak pernah merasa berjaya dalam hidup dia. Jadi ikhlaskan diri untuk membuat sesuatu. Pasti ada kemanisan yang anda rasa dengan apa yang anda perolehi itu.

Jadi apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu, hendaklah kamu terima dengan hati terbuka dan ikhlaskan diri anda. Kerana kejayaan itu, kamu yang akan merasainya. Bukan orang lain. Sekian untuk motivasi hari ni. Wassalam.

Nota kaki: Next ulasan dari pandangan Wan Imran

Friday, May 29, 2009

How do you measure success level?

Sticky Mode Entry
Due: 29 May 2009 (12.00pm)

Dulu masa aku kecik sehinggalah zaman sekolah, selalu gak la kawan-kawan bawak gi sekolah majalah URTV tak pun Mangga atau yang sewaktu dengannya. Dalam dok selak-selak tu, korang ade perasan tak ruangan untuk berkenalan tu. Ala, orang-orang poyo yang berangan hensem and cun sangat tu letak gambar diorang. Pastu mesti korang ada terperasan kat biodata diorang tu. Ada sesetengah orang tu tulis "Cita-cita: ingin berjaya dalam hidup". Korang nak tau tak, dulu masa aku muda remaja, aku dok kutuk orang-orang yang tulis cita-cita dia macam tu. Tak mencabar langsung.

Tapi aku bukanlah nak mengutuk orang-orang yang hantar gambar poyo diorang kat majalah. Tapi aku nak buat terapi motivasi untuk diri aku dengan semua pembaca blog aku la dengan tajuk, bagaimana anda mengukur atau menilai tahap kejayaan.

Bukan apa, semalam on the way pegi kampus. Aku dok terfikir, kalau Bill Gates yang dah kaya raya tu orang kata berjaya. Tapi kenapa dia masih lagi jalankan bisnes lagi. Kalau tauke gula kat Malaysia ni dah di anggap orang kaya yang berjaya. Tapi kenapa masih nak naikkan harga gula?

Jadi aku nak tanya pendapat korang la. Pada pandangan korang, macam mana kita nak ukur kejayaan seseorang. Mungkin kejayaan kita sendiri.

Nota kaki: Gigih memotivasikan diri sendiri ni

Monday, December 29, 2008

Cerpen: Jangan Tinggal Solat

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah.

Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."

Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan.

Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.

"Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."

Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."
"Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata
memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.

Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur. Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah... selamatkanlah aku... "

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?"

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... " terdengar sebuat pendapat.

Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan... "
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... "
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... "
"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam.

Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang... bang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... "

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- "ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".