Showing posts with label Boikot. Show all posts
Showing posts with label Boikot. Show all posts

Friday, January 16, 2009

It is not about Religion, It is about humanity

"It is not about Religion, It is about humanity"

Saya sungguh tertarik untuk mengulas pendapat mengenai ayat di atas. Ini bukan disebabkan agama tetapi sifat perikemanusiaan. Singkat dan pendek, tapi sangat mendalam maknanya bukan.

Usaha saya memboikot bukan setakat saya ini beragama Islam. Tetapi sifat perikemanusiaan. Sedangkan oranglain yang bukan beragama Islam pun sibuk memboikot. Tapi ada saja orang yang bangga makan kat tempat-tempat yang pada saya sangat mendukacitakan. Kerana setiap sen yang digunakan adalah satu nyawa.

Damn it!!! Murahnya nyawa mereka. Saya percaya mereka berhak untuk hidup aman dan tenteram juga.

Tadi selepas solat Jumaat, ada demonstrasi yang diadakan di depan masjid. Tindakan mereka itu pada saya tidak salah. Tapi saya rasa 'useless'. Sebab bukan si lahanat tu dengar pun. Unless, You show that yang kau tunjukkan keprihatinan kau terhadap Palestin.

Bagaimana? Edarkan risalah mengenai produk-produk yang perlu diboikot. Itu caranya. Bukan setakat berarak bawa sepanduk. Saya rasa itu memenatkan. Pada saya la. Sebab pada saya, bertindak lebih baik dari terus berkata-kata kosong.

Jadi perhimpunan aman itu seharusnya disertai dengan satu misi. Contohnya, perhimpunan mengumpul dana perubatan untuk palestin. Bukan setakat membawa sepanduk anti-Israel. Edarkan risalah berguna dan berinformasi.

Terdapat sedikit fakta yang berkaitan dengan Orang Islam dan Yahudi. Insyaallah, ada kesempatan saya akan upload cerita itu kemudian. Buat masa sekarang, saya masih dengan kudrat saya, apa yang saya mampu, saya lakukan. Selebihnya, Hanya Kau Yang Mampu...

Boikot: Sekelumit Kesan

Usaha memboikot sedang giat diusahakan oleh kebanyakan penduduk dunia yang prihatin akan ketidakstabilan di Gaza. Saya percaya ramai pembaca saya mula menjauhkan diri dan bertindak memboikot produk-produk yahudi yang berkaitan dengan Israel.

Saya tertarik dengan satu komen dari seorang pembaca saya:-

"Pada 2005, bantuan terus US kepada Israel dianggar berjumlah US$ 154 billion. Jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi kerana kebanyakannya tidak diistihar sebagai bantuan luar. Walaupun memboikot starbuck dan barangan-barangan lain yang ada kaitan dengan israel ibarat setitik air di lautan, namun saya harus memuji usaha murni dan niat suci anda. Tapi kesian pula nanti kepada berpuluh ribu rakyat malaysia yang akan hilang pekerjaan sekiranya syarikat-syarikat ini menarik keluar pelaburan dr Malaysia kerana kurang permintaan, sedangkan Israel masih gagah. Siapa agaknya yang akan jadi mangsa?"

Saya bukan nak menitikberatkan jumlah dana yang disalurkan oleh pihak Amerika yang sememangnya menjadi rahsia Rumah Putih. Tapi saya sangat berminat untuk komen mengenai tulisan saya 'bold'kan itu. Terima kasih kepada spygame yang memberi komen.

Saya sebagai seorang bekas jurutera dan kini pelajar sepenuh masa. Jadi saya tidak begitu mengetahui kesan dari sektor ekonomi. Tapi ape yang saya boleh katakan di sini, saya melihat kesannya dari beberapa sudut.

Pertama, dari sudut Amerika dan Israel. Saya melihat ini sebagai senjata yang ada oleh semua masyarakat dunia untuk melemahkan Israel dan Amerika. Sekadar untuk melemahkan. Tindakan memboikot akan melemahkan sekutu Israel, iaitu Amerika yang sememangnya menyalurkan bertrillion-trillion dana kepada Israel untuk menyerang Palestin. Saya melihat Bush mengambil peluang sebaik mungkin sebelum turun dari takhta Presiden Amerika, sebelum Presiden baru, Barrack Obama mengangkat sumpah. Jadi di sini, tindakan untuk memboikot hanya untuk melemahkan mereka. Tidaklah lama, untuk sementara sahaja. Mungkin sehingga Barrack Obama mampu meyakinkan semua penduduk dunia bahawa dialah yang terbaik untuk Amerika dan juga penduduk dunia.

Kedua, kesan kepada ekonomi. Tindakan memboikot akan menyebabkan pelabur lari? Saya melihat ini satu impak yang besar sejak China mula membuat dasar ekonomi terbuka. Malaysia masih lagi mampu bertahan akibat kestabilan politik pada masa itu. Tapi kini huru-hara. Pendekatan yang terbaik adalah, menstabilkan politik Malaysia dulu, barulah ekonomi akan stabil. Sekiranya Malaysia atau negara-negara Islam amnya diboikot oleh Amerika, pasaran Malaysia masih luas, kita masih ada pelabur dari negara-negara maju seperti Jepun, Jerman. Sekutu Amerika, biarkan mereka. Percayalah, negara Islam ada emas hitam yang sangat bernilai. Sekatan ekonomi kepada negara Islam akan melumpuhkan keteguhan mereka berdiri. Adakan ini significant? Jadi, mereka tidak akan memboikot Malaysia atau negara Islam yang lain. Kecuali Malaysia ada senjata nuklear dan Malaysia sendiri tidak mengisytihar yang Malaysia memboikot produk Yahudi, tetapi Rakyat Malaysia yang prihatin yang memboikot. Betul tak ayat saya ni?

Ketiga, bagaimana dengan pekerja pula. Meraka seharusnya dibayar gaji oleh majikan walaupun tiada sales masuk. Betul tidak. Kalaupun diberhentikan, mereka masih bernapas kerana, majikan harus membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan. Percaya ataau tidak, masih banyak lagi majikan di Malaysia ini yang memerlukan pekerja. Janganlah terlalu demanding dalam memilih pekerjaan. Saya dulu bermula sebagai seorang Jurutera ber Ijazah Sarjana Muda, bermula dari gaji RM1500. Kawan saya pula bermula lebih rendah dari itu. RM900 pun ada. Bersyukur la selagi masih ada rezeki. Jangan terlalu memilih. Peluang yang ada di depan mata terima je.

Siapa agaknya yang jadi mangsa? Semua akan jadi mangsa. Saya akan jadi mangsa, anda, keluarga anda, dan seluruh peduduk dunia. Kenapa? Kerana tindakan memboikot akan merugikan kitaran hidup penduduk dunia. Tapi berbaloi.

Ini sekadar sekelumit pendapat saya sebagai seorang pelajar. Tapi ini semua bergantung kepada keadaan semasa. Apa alternatif yang kita ada? Dinar akan membantu melemahkan lagi ekonomi Amerika. Saya akan cuba cari fakta ini dan berkongsi dengan semua pembaca.

Sekian...

Wednesday, January 14, 2009

Pilihan anda

Ada seorang pembaca komen di blog saya dalam bahasa jawa "boikot wak jgn x boikot....kabeh2 boikot arek mangan opo wak?", Kabeh2 boikot arek mangan opo wak tu maksudnya semua nak di boikot nak makan apa?

Merene, aku arep ngomong karo kue, ngeleh ejek eneng sego. (mari sini, aku nak cakap dengan kau, lapar masih ade nasi). Hahaha tak larat nak tulis jawa. Karang jenuh semua nak baca.

Encik, banyak alternatif yang kita ada. Kalau inginkan makanan segera seperti yang ada di McD dan KFC, kita ada Marrybrown yang sememangnya dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia [klik sini untuk info Marrybrown].

Kalau teringin nak makan hotdog yang ada di A&W, kita ada 1901 Hotdog yang sangat menyelerakan. Sedikit info, 1901 dimiliki sepenuhnya oleh usahawan melayu yang memulakan perniagaan kiosk pada tahun 1997 di Sunway Pyramid [Klik sini untuk info 1901]

Untuk Ice blended, banyak dah orang mula jual Ice blended. Takde masalah untuk mencari Ice Blended. Di kedai mamak pun ada jual. Senang je nak cari.

Piza pun ada je di jual di pasar malam sekarang. Tak pun buka http://resepi.mesra.net. Di situ terdapat resepi-resepi menarik untuk di cuba. Kalau susah sangat, masak je sendiri. Ramli burger ada, sesame bun pun ada jual. Yang sememangnya diakui halal dan dimiliki oleh rakyat malaysia sendiri. Apa susah. Sekarang ni kan zaman berjimat cermat.

Dan mungkin ini masanya anda bertukar perfume, set penjagaan badan, set muka, snek makanan ringan, minuman ringan, mee segera dan lain-lain lagi. Maggi and boleh bertukar kepada Mamee sebagai contoh. Tapi kalau dah ade tu, tak perlu la dibuang ye. Membazir pula nanti, cuma di masa akan datang, selagi anda boleh elakkan dari semua tu, elakkan.

Selagi mana anda boleh elakkan penggunaan barang-barang sedemikian. Elakkan la. Mungkin ada sesetengah barang sememangnya tidak boleh bertukar jenama. Maksud saya di sini, tiada jenama lain yang mempunyai produk seumpama itu maka pada saya itu tidak mengapa. Saya restukan.

Ucapan Terima Kasih Dari Starbuck

Seperti yang saya janjikan di dalam posting sebelum ini untuk menyelitkan surat@artikel mengenai ucapan terima kasih dari pihak Starbuck. Sila baca la artikel di bawah ini.

Klik image untuk paparan yang lebih besar dan jelas

Jadi, apa tindakan anda sebagai seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini. Wake up all of you khalifah. You have your weapon. You have your stregth. Use it, cause it work and worth.

Saya dulu gemarkan minum di Starbuck. Bukan kerana gah namanya ataupun lambang gah ketika minum di Starbuck. Tapi citarasa Vanilla blendednya. Adeh, sungguh enak sekali. Tapi dah lama saya boikot Starbuck. Kali terakhir awal tahun 2008 rasanya.

Untuk feeling2 macam minum Vanilla Blended di Starbuck, saya boleh ke Pasar Malam membeli ice blended di sana. Di Taman Keramat, ada sebuah gerai menjual ice blended. Perisa kegemaran saya pun ada. Harga boleh tahan la murah RM3.50 untuk satu cup. Jadi saya boleh berjimat 3 kali ganda dari minum di Starbuck.

Sekian untuk posting hari ni. Marilah sama-sama kita Boikot Starbuck.

Tuesday, January 13, 2009

Boikot Produk Israel

Saya dengan ini memulakan kempen anti-Israel dan selamatkan Palestin dengan meminta semua pembaca blog saya memboikot produk-produk Israel, produk-produk Yahudi dan juga produk-produk yang melabur kepada serangan Israel di Palestin. Berikut adalah antara produk-produk yang berkaitan.


Klik image untuk view yang lebih jelas

Starbuck secara terang-terangan menyatakan terima kasih kepada pelanggan-pelangganya kerana membantu mereka mendapatkan dana untuk Israel (Merujuk kepada sebuah artikel luar negara, saya akan upload artikel itu bila kawan saya menghantar artikel itu kepada saya).

Coca-cola pula merayu-rayu supaya jangan diboikot produk mereka. Tersenyum sahaja saya bila jadi begini. Masih ingatkah kes Denmark yang menghina nabi sehingga umat Islam seluruh dunia memboikot produk-produk mereka. Akibat dari boikot itu, Denmark kerugian berbillion-billion dollar. Sungguh hebat impak boikot ini.

Marilah kita sama-sama berjuang dengan apa yang kita mampu dan juga senjata yang kita ada.