Wednesday, September 19, 2012

Melewati 30 tahun, Rahsia Awet Muda

Ya, usia saya sudah melewati 30 Tahun. Serius, saya sudah berusia. 10 tahun penuh keriangan dunia kanak-kanak. 10 tahun keindahan dunia remaja. 10 tahun penuh keistimewaan dunia dewasa. Saya sungguh gembira melalui 30 tahun itu. Meninggalkan setiap saat yang berlalu tidak pernah saya kesalkan. Bahkan, saya bersyukur, setiap saat itu saya belajar dan terus belajar. 10 tahun akan datang? Saya tak tahu apa akan jadi 10 tahun akan datang, yang saya pasti saya seronok mengeksplorasi dunia ciptaan Allah ini.

"Kenikmatan hidup yang paling besar dalam hidup adalah kesihatan yang baik."

Ramai yang bertanya, apa rahsia awet muda? Saya tak awet mudalah. Dah berkedut-kedut sekeliling mata. Mungkin sebab besi di pipi kiri ni membuatkan kulit saya tegang. Haha (Maaf saya bergurau). Tiada apa rahsia ataupun amalan yang saya amalkan untuk menjadikan seadanya saya sekarang.

Tak lebih dan tak kurang, inilah yang saya amalkan dan terapkan.
  1. Jangan lokek dengan senyuman.
  2. Kurangkan marah
  3. Jangan merungut dengan kehidupan.
  4. Jangan mendengki dengan oranglain
  5. Sentiasa gembira dan bahagiakan dengan hidup
  6. Jaga makan dan kesihatan
InsyaAllah, seri itu akan terpancar di wajah. Walaupun dah berkedut sana-sini. Tetap berseri. Amin.

Nota kaki: Saya tak menggunakan apa-apa pencuci muka ataupun toner ataupun moisturizer atau apa-apa produk penjagaan kulit. Basuh muka dengan sabun mandi je. Murah dan menjimatkan... haha

2 comments:

shahirahkhairudin said...

ingatkan nak cakap along amalkan air wuduk sahaja.

attyfir said...

Baru tau rahsia penjagaan muka ..el. :)