Malam tadi saya mengambil kesempatan untuk jalan-jalan cari makan. Buat mereka-mereka yang datang ke Bandaraya Johor Bahru, jangan lupa mencuba makanan ni. Nama dia Kacang Pool Haji. Setakat ni saya tak pernah jumpa lagi di tempat lain selain di sini.
Yummy |
Kacang pool adalah kuahnya, di makan bersama telur mata kerbau, sedikit perahan limau, cili potong dan hirisan bawang beserta dengan roti bakar. Harganya tidaklah mahal, RM4 untuk satu set.
Tempatnya di medan selera berhampiran Bomba Larkin. Kalau tak tahu sangat Bomba Larkin ni di mana, anda boleh ke Medan Selera Plaza Angsana, di situ ada satu cawangan. Selamat melantak ya...
3 comments:
owh ini org panggil kacang pool..selama ni imagine kacang.ada lah kacang dlm kuah tuh
teringinnya....
Biase gak lepak tghari kat Plaza Angsana tuh sblm kelas jam 2 petang kat HPT
Post a Comment