Wednesday, December 28, 2011

Dentuman Rasa: Diam itu lebih baik dari bersuara

Aku membuka pesanan ringkas yang masuk ke dalam peti simpanan khidmat pesanan ringkas telefon bimbit murah milikki.


'Aku tak kisah kalau kau dah tak mahu kawan dengan aku. Aku pun tak tahu apa si bedebah tu dah hasut kau sampai kau boleh lupa kawan. Aku dengan kau dah lama kawan, sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tapi aku tak faham kenapa kau buang aku macam ni.’ Keras bunyinya.

Aku mengeluh kecil. Tidak pernah sama sekali aku ingin menghancurkan sillaturrahim yang telah terbina sekian lama. Tetapi akibat fitnah manusia, aku yang terkena akibatnya. Perlahan-lahan, aku menekan papan kekunci telefon bimbitku, menaip bait-bait kata yang aku harap tidak akan mengecilkan hati sahabat aku.

‘Aku tidak pernah sama sekali membuang kau dari hidup aku. Aku Cuma berdiam diri. Diam adakalanya lebih baik dari berkata-kata, menafikan sesuatu yang tidak benar memang terlalu sukar untuk membuat orang percaya walaupun bersumpah dengan nama Allah. Dalam diam itu, aku yakin satu persatu kebenaran akan muncul di depan mata kau dan gunakanlah akal kau untuk menilai sesuatu. Bukan menggunakan perasaan dan nafsu.’ Aku membalas pesanannya dengan nada yang aku rasa sungguh lembut, seperti air yang bisa memadamkan api kemarahan yang sedang marak.

Aku mematikan telefon bimbit aku dan memasukkannya ke dalam poket seluar jeans aku yang sudah lusuh. Mesti akan ada lagi pesanan-pesanan bertubi-tubi masuk ke peti simpanan.

Kelihatan bas Metro bernombor 16 sedang menghampiri. Aku terus menahannya, tetapi pesanan ringkas yang aku terima akan menghantui aku sepanjang hari. Mungkin akan hilang esok. Mungkin…

2 comments:

Unknown said...

salam ziarah..maaflah yer tak berapa nak kenal..bila tenguk muka kamu cam familiar..tapi blurrr nak ingat kat mana.

kamu lagi hebat siap gi bersiar-siar lagi sambil bershopping kat singapore....nak beli apalah tu?

akak cuma teman anak-anak gi main-main kat uss ajer.

Insyallah jika terserempak lagi bolehlah kita pot pet..janganlah segan nak tegur akak yer pasal akak cuma blogger biasa ajer

Unknown said...

salam ziarah...maaf yer tak perasan hari tu. ceritalah kamu gi mana..mana tau ada rezeki akak leh gi pulak lain kali