Alhamdulillah, semalam diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seluruh Malaysia. Tahniah kepada yang mendapat A dalam semua matapelajaran. Bagi yang tidak mendapat A untuk beberapa mata pelajaran. Jangan risau, ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Ini adalah permulaan kepada sebuah penghidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Buat dua anak saudara saya, kedua-duanya lelaki. Tahniah. 3A 2B adalah sebuah permulaan yang cukup baik untuk terus melangkah dengan lebih yakin dalam pelajaran. Peperiksaan akan datang buat yang lebih baik ya. Lelaki ni selalunya lambat ‘panas’. Maksud Uncle El lambat panas di sini adalah lambat untuk membuktikan yang mereka sebenarnya mampu untuk memberi impak cemerlang dalam keputusan peperiksaan mereka.
Mungkin ada yang bertanya, keputusan peperiksaan UPSR saya. Haha, saya harus mengaku. Saya cuma mendapat 1A 2B dan 1C sahaja (ketika itu hanya ada 4 subjek ditawarkan). Target saya ketika itu 3A 1B. B sudah tentulah Bahasa Inggeris. Iyalah, orang kampong seperti saya yang ibu bapanya berdialek jawa sehari-hari bertutur, itulah yang saya rasakan target yang sesuai untuk saya.
Saya silap membaca soalan! Kerana itu saya dikurniakan C untuk Bahasa Melayu penulisan dan saya kurang cermat ketika membaca soalan kertas Bahasa Melayu pemahaman. Saya masih ingat kesilapan saya itu sehingga kini. Dan saya sentiasa belajar untuk memperbaiki kesilapan itu.
Saya percaya, UPSR bukan pegakhiran sebuah masa depan. Tetapi sebuah titik tolak penentu di mana anda berada sekarang. Selebihnya usaha anda seterusnya.
Owh, percayakah anda, sekuat mana pun usaha anda tanpa menyerahkan semua kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita, segala usaha yang kita lakukan tiada keberkatannya. Saya teringat malam tadi ketika menonton berita. Seorang penerima 5A telah menjawab soalan wartawan tipsnya, “Solat on time. Masuk waktu Solat terus menyegerakan Solat.” Lebih kurang begitu dia menjawab. Saya yakin, bahawa solat itu bukan sekadar tiang agama, tetapi tiang kehidupan. Jangan sesekali meninggalkan solat, InsyaAllah segala urusan hidup kita dipermudahkan.
Selepas mendapat keputusan UPSR ini, apakah perancangan anda? Itu yang penting sekali. Sehingga berjumpa lagi, wassalam...

1 comment:
UPSR ni umpama permulaan je.. gagal pun masih leh sambung...kalau betul2 nak struggle time PMR lah..dkt situ nanti kita naik form 4 akan masuk kelas yang kita minat, itupun berdasarkan pencapaian PMR.kalau nak masuk kelas sains tulin, kena lah score bagus in math n science...dulu aku habis upsr, takde plain. hehehe..just rasa ralat nak masuk form 1..risau jumpa kawan2 baru yg lagi ganas.
Post a Comment