Mungkin ramai yang kecewa dengan kekalahan skuah Harimau Muda untuk kelayakan olimpik 2012 malam tadi yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Skuad Harimau Muda tewas kepada pasukan Syria dengan jaringan 0 berbalas 2.
Saya melihat kekalahan ini dari sudut yang positif. Ada yang mengatakan mereka masih lagi berseronok-seronok dengan kemenangan pingat emas di Sukan Sea Palembang 2 hari yang lalu. Haish, manusia… Saya percaya mereka masih lagi keletihan berada di padang lebih dari dua jam pada dua hari yang lepas. Sedangkan saya sejam berada di padang futsal, seminggu sakit badan ok.
Keduanya, banyak tonggak yang belum pulih dari kecederaan. Haish, memanglah ni bukan alasan. Tapi kenalah faham kan. Mereka pun manusia gak, sekali-sekala jatuh sakit punya. Bak kata seorang doctor, dia pun manusia gak, ada masa akan sakit juga. Haha
Tahukah anda, mereka adalah skuad Junior yang rata-ratanya berusia antara 17-23 tahun. Haish, maksudnya ini adalah plan jangkamasa panjang untuk pasukan bola sepak Malaysia, dan saya yakin mereka akan meningkatkan mutu permainan mereka selepas ini.
Dan, saya amat kagum dengan penonton perlawanan bola sepak malam tadi. Yang mana, tiada rusuhan, pancaran laser (so budak2), upacara baling botol dan juga pembakaran mercun (Chinese new year kah?). Saya percaya penonton lebih bijak menonton perlawanan dan mengawal emosi mereka. Sekalung tahniah untuk skuad harimau muda dan juga untuk penonton.
Owh, Asyik cerita bola saja kan. Tapi tak apa, KFC sedap hingga menjilat jari… KFC tu adalah Khairul Fahmi Che Mat, jangan marah Apex. Cik Mala yang kuarkan statement ni. Hiks
Nota kaki: Saya tetap dengan diri saya. Menang saya, kalah saya, saya tetap kena makan dan teruskan kehidupan.
4 comments:
ye aku sokong..kekekek..aku follow blog ko la zaff
betul tuh El...
diaorg jgk manusia biasa...
jgn masa menang jer nak sanjung kan???
betul2 tu along.. ada member dua kata pemain main-main jer.. tak fikir ke dorang tu keletihan? dah memang tu alasannya kan... kalau kita hari-hari soping pusing jalan TAR tu... esok lusa abes lenguh satu badan...hehehe
sinerayangmalasloginblog
saya 23. dn dah lama xmakan kfc. haha..still tahniah buat team harimau muda yang mengalahkan team garuda indonesia
Post a Comment