Wednesday, November 30, 2011

Mendidik Anak-Anak: Mulakan Hari Dengan Penyucian Hati

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirahim...

Sambungan ceramah bersempana dengan sambutan Maal Hijrah...

Kemudiannya sahabat ustaz ini menyambung yang dia akan memastikan anaknya mengaji Al-Quran walaupun sekadar seayat sebelum ke sekolah. MasyaAllah, mudah betul tipsnya ini. Katanya, walaupun sekadar sepotong ayat pertama surah Al-Baqarah (ayat paling pendek), memadailah.

Al-Quran ini penyuci hati. Jadi segala kekotoran hati akan dibersihkan dengan pembacaan Al-Quran. Jadi anak-anak ini akan memulakan hari mereka dengan hati yang bersih. Bila hati mereka bersih, maka senanglah mereka untuk menerima ilmu yang diajar oleh para gurunya. Alhamdulillah, resepi kejayaan anaknya telah dikongsikan.

Selain lengkapnya solat lima waktu mereka yang kita harus jaga sebagai ibu dan bapa mereka, inilah salah satu tips untuk mereka berjaya dalam hidup.

Tak susahkan. Tambah sahabat ustaz ini lagi. Tidak perlu lama pun hendak membaca Al-Quran itu. Apa yang penting, hati mereka tercuci dengan membaca Al-Quran.

Tetapi ini bukan sahaja dipraktikkan untuk anak-anaknya sahaja. Nanti suruh anak mengaji, tetapi bapanya menonton TV pula. Haish, kepimpinan melalui tauladan kan. Jadi, betullah kata pepatah, “Bapa borek, Anak rintik.”

InsyaAllah, kita semua akan menuju ke jalan yang diredhai, bahagia di dunia dan di akhirat. Owh, belum tamat disini. Ada lagi yang saya ingin kongsikan.

Nota kaki: Tak susah nak buat, tapi syaitanssss yang menggoda tu ramai bebenor. (plural s tu banyak gile)

Tuesday, November 29, 2011

Mendidik Anak-anak: Sarapanlah sebelum ke Sekolah

Nasi lemak kopi O, bestnya rancangan ni. Saya sukalah

Sambungan ceramah Sambutan Maal Hijrah…

Menurut Ustaz yang menyampaikan ceramah itu juga. Dia mengenali seorang sahabat yang semua anaknya Berjaya. Semua keputusan peperiksaan anak-anaknya cemerlang. Lalu dia bertanyakankan kepada sahabatnya itu, bagaimana anaknya boleh bijak-bijak belaka.

Dengan rendah diri, sahabatnya berkata. “Tiada apa rahsia yang aku simpan Ustaz. Semua itu rezeki.” Tetapi si sahabat ini menyambung dengan berkongsi beberapa perkara yang diwajibkan untuk anaknya sebelum ke sekolah.

Pertamanya dia akan memastikan anaknya bersarapan sebelum ke sekolah. Mendapat minuman air panas dan juga makanan yang berkhasiat memastikan anak-anaknya kenyang.

Segelintir ibu-bapa kini sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk menyediakan sarapan pagi. Maka tambahan wang saku untuk anak bersarapan apabila tiba di sekolah akan diberi. “Nak, ni untuk beli sarapan sampai sekolah nanti. Mak tak sempat nak sediakan sarapan.” Lalu dihulurkan wang RM5.

Setibanya disekolah, jam menunjukkan hampir ke 7.30pagi. Perut si anak ni pula sudah mula lapar. Maka masuklah dia ke kelas tanpa bersarapan. Tanpa sempat membeli makanan, loceng besar sudah dibunyikan menunjukkan sesi pembelajaran bermula.

Dalam kelas, perut lapar, dalam kepalanya mesti teringat makanan yang tak sempat dibeli dikantin. Tengok muka guru yang mengajar pun dah macam rupa burger agaknya. Tengok tulisan-tulisan di papan tulis dah macam mee goreng yang penuh dengan udang. Jadi anak-anak ini terkesanlah akibat tidak bersarapan. Hilang fokus. Fikirannya pula sentiasa berkocak menanti loceng waktu rehat walaupun masanya masih panjang untuk loceng itu dibunyikan. Kasihan si anak.

Apabila loceng menandakan waktu rehat dibunyikan, anak ini meluru ke kantin sebab lapar. Membeli makan seperti semalam tak makan langsung. Maka perutnya akan penuh dan kenyang perut pun senang hati. Betul tak? Memang sangat senang hati. Duit mak ayah bagi, perut pula kenyang.

Sampai di kelas, dengan perut kenyang, anak ini akan melawan pula. Melawan apa? Syaitan mengantuk pula. Matanya macam nak digam-gam mengantuknya. Ada yang sampai terlena di atas meja. MasyaAllah, kasihan mereka ini. Jadi apa yang mereka belajar seharian. Pagi asyik fokus dengan makanan, selepas waktu rehat fokus melawan mata yang mengantuk.

Jadi sebagai ibu bapa, sediakanlah sarapan. Walaupun sekadar roti sekeping dan segelas air panas ya. Amin. Tapi bersarapan ini bukan khas untuk anak-anak sahaja. Untuk semua orang ya. Nanti dikatanya sarapan untuk anak sahaja. Ada ke patut. Ni untuk semua oranglah. Contoh yang diambil kepada anak-anak. Nanti akan saya tambah lagi tips yang saya dengar ketika ceramah itu.

Nota kaki: Bukan mudah menjadi ibu bapa rupanya untuk mendapat anak yang cemerlang.

Monday, November 28, 2011

Air, InsyaAllah Ubat Yang Paling Murah dan Mujarab

Minum air dengan banyak

Sempena sambutan Maal Hijrah 1433, saya berkesempatan untuk mendengar ceramah sempena Maal Hijrah. Saya ingin berkongsi mengenai ubat paling murah. Maaf, saya lupa nama panel Ustaz yang member ceramah itu. Pada saya, apa salahnya berkongsi ilmu yang kita dapat untuk manfaat oranglain. Ya tak...

Menurut pengalamannya, seorang pesakit kanser telah menemuinya dan telah diberi petua ubat paling murah ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah. Penyakit kansernya sembuh. Tiada sel kanser lagi. (Lebih kurang begitulah ceritanya.

Jadi dia mengatakan, ubat ini murah dan mudah. Pertama sekali yang perlu anda ada adalah satu gelas dan air suam. Pagi-pagi, bangun saja dari tidur, amalkan minum 5-6 gelas air suam (sambil bersalawat) dan ianya mesti dilakukan sebelum anda menggosok gigi dan juga sebelum berkumur-kumur. Air liur kita ni mempunyai nilai perubatan katanya. InsyaAllah katanya, selepas 10 minit akan terasa mahu membuang air besar. Tetapi untuk permulaan, kalau tak mampu sehingga 5-6 gelas, 1 gelas pun cukup.

Relevennya, kalau kita nampak longkang di rumah kita tersumbat, kita akan menjirus dengan air yang banyak. Kadang-kadang sampai 10 baldi. Banyak betul. Begitu juga dengan badan kita, kita jirus dengan air suam yang banyak. Segala toksin dalam badan akan keluar daripada badan dan kita akan merasa sihat.

Malam pula sebelum tidur, memadailah dengan segelas air. Nanti ngompol pula kalau minum banyak air. (Selorohnya). Amalan ini mestilah dilakukan hari-hari, InsyaAllah tiada kos yang tinggi, hanya dengan beberapa gelas Air suam. Jangan lupa tawakal dan berdoa supaya diberi kesihatan sentiasa kerana semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah.




Nota kaki: nanti akan share lagi isi kandungan ceramah itu yang mana saya ingat ya. Untuk peringatan diri saya juga.