Saturday, May 08, 2010

Tips: Mandi dengan berkesan

Pernah tak korang terfikir yang korang lepas mandi terasa segar. Ataupun masih terasa melekit. Yang terasa melekit tu selalunya mandi tak bersabun. Betul tak? Tapi ada saja orang yang bersabun tetapi badan masih terasa melekit. Macam mana tu.

This is the tips yang aku amalkan and share dengan korang. The very basic thing, pilih sabun yang anda rasa sesuai dengan kulit anda. Kalau anda seorang yang aktif dan kuat berpeluh, gunalah sabun antibakteria. Kalau anda suka wangi, pilih la sabun-sabun seperti LUX atau yang sewaktu dengannya. Kalau anda sukakan buih yang banyak, boleh guna SHOKOBUTSU. Memang buih dia banyak.

Tapi pernah tak korang rasa sangat tak bersih kalau bersabun dengan tangan seluruh badan. Well well well, its simple. Sebab tapak tangan kita ni Halus ciptaannya, jadi lembut sahaja tapak tangan ni mengusap badan.

The tips was gunakan Sponge. Tak kisah la anda gunakan sabun liquid ataupun sabun ketul, janji gunekan sponge untuk menyental sel kulit mati. Jadi kulit anda akan terasa bersih dan segar. Jangan pula, ganas-ganas sewaktu menyental, nanti luka pula.

Dulu masa kecik-kecik, pakai sabut kelapa je. Dah besar ni moden sikit, jadi beli la kat guardian. Yang murah-murah dah la. Janji boleh menyental.

Nota kaki: Sabun di bilik mandi... sabun... sabun di bilik mandi

Pic Kredit to nengnitha.ngeblogs.com dan www.inabay.com

Friday, May 07, 2010

Free SQL Training [Soft Skill]

Sempat menghadirkan diri bulan 3 hari tu untuk pergi ke SQL training - database administrator. Ni actually untuk IT graduate, tp dia open untuk semua orang. As long korang ade degree. Untuk yang ada basic programming ok la. [Aku ni buta IT... hua hua hua]


Everything is free. Kire scholarship dari MDeC la in other way around. Tak lama pun training tu, 15 hari bekerja termasukla hari Sabtu. Morning tea provided. Hehehe

Sape-sape yang berminat boleh kontek alamat di bawah:-
Redynamics Asia Sdn Bhd
Suite 10-02, Block B, Phileo Damansara 1, Petaling Jaya
kym@redynamics.com | Mobile: 0128888953 (Kym)
Tel: 03-79577228 | Fax: +603.79571228
www.redynamics.com

Beria pergi training SQL, berangan nak jadi software engineer. Tapi tak jugak amek exam dia. Hahaha. Last last tak jadi software engineer. Huhu

Nota kaki: Hidup kadang-kadang tidak seperti apa yang diharapkan. Jadi redha dengan Qada dan Qadar

Thursday, May 06, 2010

Mak Yong Sindo

Aku tak tahu ape yang diorang buat. Time baca dialog pun tak dengar

Hari Sabtu (24 April) Sempat meluangkan masa menonton Mak Yong. First time tengok, konpem la teruja nak tengok Mak Yong ni camne. Setelah dipelawa dengan baik oleh En. Ikram dan En. Pojie, saya pun menuruti ke Aswara [gigih drive My Vi.. ku ke Aswara sorang-sorang.]

Ni lah Sindo, ("Mako tinggallah aku Sindo nan seore" Dok hapal skrip tu je kot. Banyak kali dia cakap camtu)

Mak Yong cerita yang tiada props dan setting. Korang kene imagine sendiri la macam mana prop dengan settingnya [Orang yang berjiwa rempit macam aku ni konpem-konpem la tak paham sangat seni-seni ni].

Ni lah Mokcik Dewi-Dewi, tak tahan benor bila dia dipanggil mokcik. [Feeling diva mokcik dewi-dewi... siap boleh terbang lagi]

Dah nak abes cerita ni, barulah aku tahu cerita ni mengisahkan perempuan bernama Sindo. Hahaha, Cinderella versi Kelantan. So tak payah la story jalan cerita dia macam mana. Tapi gila babi kelakar, walaupun diorang berbahasa kelantan, tp sebab orang KL [KL Ke?] yang berlakon, jadi dialek kelantan dia berbunyi poyo sedikit [siap ada keluar bahasa kelantan versi Nogori 9 camna tu]

Kononnye pesta di istana la. Tp tak tahu depa menari apa

Aku jangan cerita la, memang gelak gila babas dengan lawak-lawak dalam lakonan diorang tu. Tapi aku pelik, mamat sebelah aku senyap je. takde perasaan langsung. Takkan tak paham kot [Pelik 4 saat].

Kan dah meletop dengan baju pemberian Mokcik Dewi-Dewi

Terima kasih la sebab mengenjoykan aku malam tu. Balik dari Aswara, layan perasaan kat downtown sorang-sorang, menghabiskan duit bershopping. Takyah la tahu aku shopping apa kat downtown k.

Nota kaki: Bila seni melalui demensi baru, ekpresi dan interpretasinya juga akan berbeza