Saturday, February 20, 2010

Jalan

Lama tidak menulis. Sesekali terasa janggal. Baru mula menaip bait-bait, terus dipadam. Telahku, tidak cukup mantap tulisan kali ini. Tahun 2010, inilah entry pertama yang ku tulis. Tidak begitu betah ingin menulis kali ini.

Ya, sememangnya banyak sekali yang patut ku ceritakan, majlis-majlis pernikahan, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, perjalanan yang masih belum selesai. Barangkali aku sudah lelah menulis. Sudah lelah mengerah keringat. Hanya Allah yang bisa mengetahui, betapa lelahnya diri ini.

Kadangkala, aku hanya mahu tidur dan bermimpi. Yang indah-indah belaka. Ya, mimpi bisa terbang, mimpi bisa berlari sepantas kilat. Dan seboleh-bolehnya mimpi itu tidak berakhir sebegitu sahaja.

Sesekali ku jengukkan juga ke blog-blog lain. Banyak sungguh cerita-cerita indah mereka. Momen yang sememangnya hadir cuma sekali. Yang adakalanya harus di ingat sampai mati dan sebahagiannya bisa sahaja dimusnahkan dari kotak fikiran kamu itu.

Insyaallah, akan dikhabarkan segala cerita. Mungkin diri ini masih lagi bermimpi tatkala menulis entry ini. Mungkin juga realitinya seindah mimpi. Owh, mungkin juga mimpi ku menjadi realiti. Insyaallah, akan ku titip kembali blog ini. Menulis seindah mungkin. Agak melankolik bait-bait hari ini. Ya, tidak mengapalah. Apalah salahnya, sesekali melankolik. Jelek barangkali yang membaca.

Kadangkala terlalu lewat tersedar, kesilapan demi kesilapan kita lakukan. Sehinggalah penghujungnya itu, baru kita sedari. Tidak salah berpatah balik. Tidak salah memulakan penghidupan yang baru. Tapi kesilapan itu tetap berbekas.

Kali ini aku sudah nekad, untuk tidak menoleh kebelakang. Merencanakan semula penghidupan baru. Yang sama sekali berbeza dengan apa yang aku rencanakan dahulunya. Akan pasti kali ini, yakin dengan keputusanku.

Nota kaki: Biarkan berlaku...

Sunday, December 13, 2009

Majlis Sambut Menantu Hus dan Nash

Anyway, hari ketiga straight away pegi umah laki adik aku. Memang 3 hari straight majlis. Memang penat la. Tapi ok je. Layan je la kan. Majlis kat rumah dia Warna Gold Choc. Cantik gak. Huhuhuh. Tapi petang tu aku tak ikut utk outdoor. Malas nak ikut. Sebab dah tak larat. Hahahahhaha

Ape-ape pun. Layan je all the picture kat bawah erk. Aku tatau nak story ape. Let the picture tell you the whole Story.

Sewaktu di arak. Memang aku jeles bangat
Meriah Uol (bak kata kak senduk)
Melangkah dengan yakin la kononnye.
Kau dah potong belum hus? Hahahahhahaha
Macam Hang Tuah Plak kau.
Tuan punye blog nak interprem gak
Nak layan pic yang lain. Ada dalam facebook aku. Nak masukkan semua tak larat la. banyak sangat-sangat. Hoho. Aku masukkan sikit jer la. Most of the picture aku masukkan dalam facebook (Eh, apa aku melalut ni). So korang add aku kat facebook. Bleh layan all the picture kat sana

Nota kaki: Cinta dalam hati....

Saturday, December 12, 2009

Outdoor @ Pantai Punggor

Petang selepas majlis bersanding, ade outdoor di Pantai Berangan aka Pantai Punggor. Tak kisah la. Aku layankan je. So tengok la pic kat bawah ni erk. Malas nak story panjang-panjang. Info pasal pantai punggor sila google ye...

Baru sampai ke pantai punggor
Memulakan aksi yang mendebarkan
Korang ni memang sweet partner end of the year la
Apesal la tak sama muka korang ni
Korang tulis ape tu
Lompat, jangan tak lompat.
Antara pic yang aku suka, menakjubkan betul DSLR ni
Macam studio photo pun ade