Sunday, August 31, 2008

Woi Budak Gemuk

Tadi borak dengan member lama. A long lost friend. Nama dia takyah la aku cakap la. Biarlah rahsia. Semua ni untuk menjaga hati semua pihak la kan. Dalam berborak tu, dia cakap

"Kau dah nampak berisi"

Memang berat aku naik mendadak. Dulu kurus orang komplen. Ni berisi sikit orang komplen gak. Kalau nak tau berat aku mencecah 70kg tahun lepas. Wow, sangat memeranjatkan kan. Sekarang dah susut sikit. Tak tahu la susut berapa banyak. Tapi semakin hari semakin susut.

Dulu masa blaja kat MMU berat aku about 57kg je. Selalu Adi dengan Faizal cakap aku kurus kering. Hazimin pun cakap bende yang sama. Mentang-mentang la semua orang kat dalam rumah ada 'aset', and aku je takde aset tu. Selambe kodok je diorang kutuk aku.

So aku decide yang aku nak gemuk and berisi. So nak tau camne? Hari-hari aku minum susu, 2 kali sehari. Tak semua susu sesuai dengan diri korang. Macam aku. Aku memula tibai susu fernleaf. Takleh tahan dowh. Sakit perut jer. Setiap dua jam mesti flush kat toilet.

So aku decide minum susu dutch lady. Lepas 1 bulan minum berat aku naik 3 kilo. Then aku continue la kan. Nak gemuk punya pasal. Tak larat kene kutuk sebab kurus kering. So aku teruskan minum susu ducth lady. Satu hari tu aku pegi Giant Taman Permata. Nampak la penimbang. Apelaga, seluk poket amek 20Sen. Masukkan dan timbang la berat aku. Mak oi, 70kg. Memang success susu ni sebenarnye.

Tapi aku decide untuk mengurangkan berat badan sedikit. Atas alasan aku semakin tidak berapa kuat untuk membawa badan. Aku semakin gemuk. Tapi ok la. At least takde la nampak kurus kering sangat.

So now aku dah lama tak timbang. Maybe dah susut sikit. Memandangkan hidup agak bercelaru lately. Anyway, seronok gak main naik turun berat ni. Rasa puas and enjoy. Sekurang-kurangnye merasa kurus and berat naik sume la kan. Heheh

So korang tanak try ke naikkan berat badan ni. Hehe, untuk yang dah kawe. Rajin-rajinlah minum susu ye. Supaya ada aset banyak sikit. Muahahah. Esok ade sesuatu yang mengejutkan di blog. Tunggu...

Saturday, August 30, 2008

Kasih Tercipta

Hari ni takde buat ape pun. Selain pergi kerja. Duduk rumah berehat dan melayan sms, ym dan sekadar melihat-lihat blog. Merencanakan sesuatu. Kemungkinan akan membuka sebuah blog lagi. Kemungkinan sahaja.

Novel in progress. Pasti menarik, setakat ni 6 watak dicipta, Syahril, Edi, Muhaimin, Kamaruddin, Haikal dan juga Ezam. Wah, sesuatu sangat kan. Sedang menyiapkan Chapter 1. Harap orang suka la. Tapi tak akan di reveal ape addressnye. Hehe

Hari ni buat spek baru. Cheh, itu pun nak cakap ke. Tapi tak siap lagi la. Esok baru pegi amek. Aku sangat memerlukan spec tu. Bukan sebab nak bergaya. Tapi power mata aku sudah meningkat. Mata semakin letih. Later I show you.

Malam ni nak tido awal. Penat, tapi tak tahu la ape yang aku penatkan. Hehehe. So see you later. Hari ni nak layan Faizal Tahir lagi. Best best best. Jom ar karaoke. Aku nak gi Alamanda la Karaoke. Sape nak ikut? So kite boleh plan well...



Nota lantai: Tak sabar nak tunggu puasa ni...

Friday, August 29, 2008

With an apology, she’s pregnant and I’m the father

What the hell is happening? What have I done? I haven’t married. Am I making love with the girl? No la. So what is actually going on? Readers, please. Don’t you put the blame on me. I’m innocent.

Actually I’ve done nothing. Just a bit boring so start of with this kind of posting title. So saja mensensasikan cerita la. Hendak di kata begitu la mudahnya. Saya bersyukur dengan ape yang ada. Mengandungkan anak orang biarlah selepas akad. Ye tak.

Hari ni busy sungguh. Hendak menghantar 2 assignment. (Tengok, aku busy memanjang. Mana sempat ‘tut’). Makan pun kelam kabut. Lately KL asyik hujan je. Letih la sangat, terpaksa meredah jam. Takleh nak speeding. Sebab aku selalu ada di kampus time office hour.

Hari ni letih bangat. Bape kali terlelap sewaktu khutbah jumaat. (Macam mana la nak berkat, pergi solat jumaat pun takleh nak concentrate). Lepas solat jumaat terus ke office jabatan. Memulangkan thesis dan juga mensahihkan berkenaan tugas aku sebagai part time demo (lebih kurang macam tutor la kejenye). Alhamdulillah, hidup semakin dipermudahkan. Amin

Lepas tu terus direct pergi kelas, tapi kelas cancel sebab kami diarahkan untuk pergi dengar talk tentang ethical code of engineer. Tapi bukan sepatutnya aku yang dengar. Budak final year yang dengar. Tapi aku datang juga sebab nak penuhkan hall. Tak ape la kan. Dengar sesuatu sekurang-kurangnye.

Semalam dengar talk tentang Smart Tunnel (One of Ten greatest engineering achievement in the world). Bangga gak. Tapi takde la bangga sangat. Smart tunnel takde yang interesting sebenarnye. Tapi technology yang digunakan adalah yang terhebat. Ok, siapa-siapa yang nak keje, diorang ade post system engineer. Nak keje partime pun boleh. So korang boleh dapatkan email dari aku k

Lepas dengar talk, Hazimin nak datang melawat ke UPM. Haha, rajin benar la dia ni melawat kawan-kawannye. Bukan ape, kami kan kawan baik. Merangkap exhousemate, excoursemate and client insurans aku sekali la senang cite.

Then amek member aku Heikal kat hentian putra. Dia tengah cari keje. Tapi bahagian engineering la. Chemical engineering. Dia baru graduate. Tengah cari-cari keje la ni. Sape-sape ade keje kosong bagitau aku. Nanti aku info kat dia.

Lepas anta Heikal, aku balik la rumah. Dah pukul sebelas. Penat siol. Letih. Tido je la terus. Mengantuk pun ade. Hehehe sebelum tido aku dapat SMS

“Awak best, macam dulu-dulu”

Haha, sememangnye aku tak berubah sedikit pun. Selain dari rambut yang semakin sikit, badan yang semakin berisi, hidup yang semakin sibuk, itu sahaja yang berubah. Saya masih sama seperti dulu. Seorang yang suka senyum. Seorang yang suka ketawa dan juga seorang yang sangat happy go lucky. Pernah ada orang cakap yang aku ni sentiasa happy, macam tak pernah ada masalah. Haha, yer la. Takkan menangis pun nak tunjuk depan depa kan. Muka tensen pun setakat tunjuk kat Adi jerk. Tettttttt

Sejak akhir-akhir ni minat plak minat lagu Faizal Tahir. Tajuk dia Cuba. Hurm, kalau tak silap dari album aku.muzik.kamu. Sape-sape nak belanje aku CD tu. Huhu, selambe minta pada readers. So layan je la ape yang ada. Zazzzzz



Nota lantai: Sedang mereka watak novel “Rempiting”, kalau tersama minta maaf la ya. Insyaallah hujung minggu ni akan keluar prolognye. So korang layankan je la. Kisah dia biarlah rahsia.