Thursday, September 13, 2012

Indah

Lama tak mengupdate blog, rasa janggal mahu menulis momen momen indah (pekup mulut). Jujur, saya sungguh senang mengupdate status-status muka buku ataupun bertweet-tweet. Blog saya sudah tidak seindah dulu. Teman-teman hanya mengikuti kisah saya di FB.

"Takkan tak mahu update blog. Sayang pula terbiar macam tu."

Aku tersengih. Tidak ada jawapan untuk soalan itu. Antara ya atau tidak. Antara mahu terus membiarkan blog ini begini atau di tulis dengan kisah-kisah hidup saya.

Jujur, sejak berpindah ke selatan, saya kurang aktiviti dan kurang bersosial. Masa saya banyak saya habiskan dengan keluarga. Selain dengan cerita memasak dan berlari, saya mula aktifkan kembali menulis. Sesuatu yang saya minati sejak dari sekolah.

Umar
Inilah permata hati saya, Umar namanya. Baru 9 bulan. Alhamdulillah, sihat hendaknya sentiasa. Saya pula, semakin sihat kan?

Hari ini, saya mengambil keputusan untuk menghubungi sahabat lama saya. Sudah lebih setahun setengah tidak berhubung. Saya speechless, dan entry ini juga speechless sepertinya. Apapun belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Mohon Maaf atas segalanya.

Nota kaki: Saya dah invite isteri saya untuk menulis bersama. Harap kalau saya tak update, dia akan update. Harapnyalah...

Wednesday, August 15, 2012

Daddy's Cook: Kuih Akok Versi Moden

Kuih Akok Moden
Semalam saya ni teringin bebeno la nak makan kuih akok kelantan. Haha. Yer la. Nak beli RM2 dapat empat keping. Hamek! Perut macam saya ni mana la cukup dengan 4 keping kan. Jadinya, mencari la resepi. So modified sikit, jadilah Kuih Akok Versi Moden sikit. Haha

Bahan-bahan:-
  • 150gram Gula Melaka
  • 100ml Air Panas
  • 200ml Susu Cair (Sepatutnya guna santan pekat)
  • 5 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh Esen Pandan (patutnya pakai daun pandan)
  • Sedikit pewarna hijau (ikutkan pakai pewarna daun pandan tu)
  • Sedikit garam
Cara-cara membuatnya (gitu):-
  • Larutkan gula melaka dalam air panas. Agak-agak dah suam, masukkan susu cair.
  • Lepas tu masukkan telur, tepung gandum, esen pandan, pewarna hijau, garam. Kacau la ikut suka hati. Tak nak kacau pun tak apa. haha
  • Masukkan semua bahan dalam blender. Senangkan, sebab tu tak payah kacau pun tak apa. Blender la sekuat hati
  • Sebelum tu, panaskan oven dan loyang muffin yang telah disapukan dengan minyak (bagi tak melekat kaedahnya). Suhunya 200C macam tu.
  • Tuangkan dalam acuan, bakar selama 10 minit.
  • Hidangkan...

Tu diah, gebu-gebu sebelum pancit bila keluar dari Oven
Senang je kan membuatnya. Tapi versi moden la. Nama pun daddy kan. So kena la modenkan sikit. Walaupun moden, hasilnya tetap tak mengecewakan. Percayalah. Owh, kuih akok ni waktu di bakar akan menggelembung sikit. lepas tu bila kita sejukkan dia akan start pancit. So memang macam tu hasilnya k.

Untuk adunan ni, memula ingat jadi sikit. Sekali jadi, 36 biji. Haha. Terkulat-kulat nak perabiskan malam tadi. Till then, selamat mencuba.

Tuesday, July 24, 2012

Daddy's Cook: Ayam Bakar Madu


Ayam Bakar Madu Daddy
Disebabkan keteringinan yang teramat sangat nak mencuba Ayam Bakar, maka terhasillah satu resepi Ayam Bakar Madu Daddy. Haha, bukan macam-macam madu ya. Ini kali kedua men'try' resepi ni. Alhamdulillah, kalu ni super sedap.

Bahan-bahan.
  • 1 ekor ayam (ikut lah nak style camne, bulat golek, gepeng kepak, bbq potong kecik-kecik), basuh bersih-bersih. Kalau boleh buang la lemak-lemak tu ya
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5cm halia
  • 2 sudu besar kicap pekat (Kicap Manis ABC, kalau takde, kicap biasa pom boleh)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula tebu atau gula kelapa (kalau tak ada, gula pasir pun boleh)
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam sepedas rasa

Cara-caranya
  • Satukan semua bahan (kecuali ayam) dan dikisar atau diblend halus.
  • Perap ayam dengan bahan yang diblend selama minimum satu jam. Satu malam pun bagus.
  • Kemudian bakar. Kalau bakar di oven, gunakan suhu 190 darjah dan masaklah sampai ayam tu masak. Kalau golek bulat mungkin ambil masa 1 jam Setengah. Kalau potong ke bahagian kecil mungkin lebih cepat. Kalau di atas arang (BBQ style), masaklah sampai masak ye. Tapi kalau tidak digolekkan, kena manually terbalikkan. Kalau tak, ada bahagian yang tak masak nanti.
  • Dalam masa membakar tu, curahkan sedikit-sedikit air perapan tadi. Supaya rempah meresap dan ayam tak terlalu kering.
  • Sesudah masak, makanlah bersama dengan sos cendawan atau sos lada hitam atau apa-apa sos kegemaran anda.
Kalau tanak gunakan semua bahagian ayam, mungkin boleh ambil bahagian yang sedap dibakar seperti Kepak dan Tight. Bahagian dada kurang sikit menjadi kegemaran El.

Till then, jumpa lagi untuk next resepi.