Saja mahu menjeleskan orang lagi. Hahaha, ape la, ayat pagi khamis mahu tulis entry jahat. BTW, aku mahu berkongsi keseronokan, bukan niat mahu menjeleskan korang. InsyaAllah, ada masa, turn untuk kalian pula ke sini. Sisi pandangan mata ini sentiasa melihat ciptaan Agung ini. Amin... syukur, masih dapat melihat.
Pagi-pagi buta sudah bangun, mahu ke Broga Hill kononnya. Alhamdulillah, selamat bangun pagi. Sungguh seronok bersama kawan-kawan. Kali ini bersama Syed, Mirul, Emi dan adiknya berserta Mar dan adik-adiknya juga. Lebih kurang 8 orang kami ke sana.
Tapi MasyaAllah, ramai sungguh orang hari itu. Tensen ok. Tak dapat naik, ada empat puncak. Puncak pertama pun tak boleh nak naik. Last-last posing kat kaki bukit sajo. Hahahah, selambe, yang penting best.
So misi hari itu gagal. Rasa next time mahu naik broga, seterusnya ke Gunung Tok Wan[satu trek]. Ada sesiapa berani menyahut cabaran Gunung Tok Wan? Hahaha, jom jom, buat ekspedisi. Aku kalau set tarikh, gi sendiri pun jadi.
Next time nak gi lagi. Insyaallah, hujung bulan ni. Ada yang mahu follow? Boleh saja. Tarikh akan diberitahu. Kalau nak sama-sama, jumpa di parking tepat jam 6.30pagi. Boleh? Hahaha apa pun, aku suka sangat-sangat panjang bukit. Hahahah
Nota kaki: Sedang merancang sesuatu yang InsyaAllah semakin dipermudahkan













