Monday, September 08, 2008

When I grow up, I want to be..

Masih teringat lagi bila Mohd Yuan Fitri Khan bin Mohd Yusof membacakan sajak berbahasa Inggeris bertajuk "When I grow up", sungguh ringkas tajuknya. Dia memenangi pertandingan membaca sajak itu. Mungkin character dirinya banyak membantu dia untuk terus berjaya memenanginya.

Sewaktu tu aku baru sahaja berada di darjah 5, 14 tahun yang lalu. Lantas aku terfikir. Apa yang aku nak jadi bila aku besar nanti. Mungkin menjadi guru (melihatkan kecenderungan aku pada matapelajaran matematik di kelas). Mungkin juga menjadi polis (setiap petang asyik main polis entry). Mungkin menjadi menteri (melihatkan keseronokan ditemubual di berita). Mungkin menjadi penyanyi (selayaknye jadi penyanyi dalam bilik air saja). Itu antara rentetan ape yang aku nak jadi bila dewasa.

Satu petang, aku pernah mendongak di langit. Ternampak satu kapal terbang lalu di atas kepala. Hati aku terdetik, 'menjadi salah seorang di dalam isi perut kepala terbang itu tentu seronok'. Lantas aku nyatakan pada mak yang aku mahu menjadi seorang pilot. Mak kurang bersetuju.

Memang restu ibu sangat penting. Tidak mengapa, aku akhirnya apa yang aku ada sekarang. Bekas jurutera dan menuju menjadi seorang pendidik. Tapi aku harap tidak bernoktah di situ. Sebab aku masih merencanakan sesuatu. Masih banyak lagi yang boleh aku lakukan. Semoga aku berjaya dan success selalu. Amin..



Nota lantai: Bangun pagi cat rumah. Haish. Baru siap cat rumah. Bile la bilik aku nak bercat yer. Sorry la. Lately takde masa nak cat bilik. So mengecat rumah je. Haiya, busy betul aku lately.

Sunday, September 07, 2008

7 Hari Sedang Bercinta

Hari ni dah selesai 7 hari berpuasa. Aku masih sibuk dengan hal-hal dunia. Kenapa la aku jadi begitu sibuk. Kerja, belajar dan semua keseronokan dunia. Tapi tak mampu aku luangkan sedikit masa untuk muhasabah diri. Hurm, tahun depan la agaknya, kalau diberi masa yang panjang lagi.

Sepanjang tujuh hari berpuasa, 2 kali berbuka puasa di rumah kakak saya di keramat, 2 kali berbuka puasa bersama teman serumah yang baru, 1 kali berbuka puasa di pejabat insurans di PJ, 1 kali berbuka puasa di rumah supervisor di Bangi dan 1 kali berbuka puasa di Damansara.

Bersahur pula setakat ini saya baru 1 kali bersahur dirumah kakak saya, 1 kali bersahur bersama Shah, Baz dan Fiza. Selebihnya bersahur air masak je. Tu pun kalau aku rajin nak bangun la.

Semalam dapat sms. Dia kata aku ni seorang yang Ego, yes aku mengaku. Dah menjadi lumrah lelaki menjadi seorang yang sangat ego. Tapi berpada-pada la kan. Jangan la melampau sangat. Then dia kata aku seorang yang degil. Haha, sememangnye aku seorang yang degil. Susah nak mendengar kata.

Tapi ok gak kadang-kadang menjadi sedikit ego dan menjadi seorang yang degil sedikit. Kalau tidak, masakan saya diberi nama sedemikian. Dan nama saya sangat sinonim dengan itu semua kan.

Hari Jumaat lepas, saya menumpangkan seorang pelajar dari Iraq. Dia tanye aku la nama aku ape. Then dia kata maksud nama aku "A stronger person". Selame ni aku tak pernah tahu pun maksud nama aku. Terima kasih kepada semua orang yang pernah menyebut nama aku dengan penuh. Kerana itu satu doa buat aku. Patut la aku jadi sangat strong. Hahaha



Nota lantai: Suka membaca blog iwan aka aben. Jarang di update, tapi kalau dah di update. Pergh, bisa buat orang menangis.

Saturday, September 06, 2008

Bila Pakar Motiovasi Berbicara

The sms to Me:
  1. Saya argue dengan orang yang saya sayang
  2. Exam minggu depan
  3. Hidup di asrama buat saya sakit hati
  4. Abang-abang dewan makan sangat kedekut, tiap-tiap berbuka makan macam menu untuk banduan
  5. Saya geram dengan diri saya yang asyik complain
  6. I feel like a looser

I replied:
  1. Dalam perhubungan memang akan ada sedikit selisih faham. Tu perkara biasa untuk kita lebih mengenali dan memahami. Ambil sedikit masa untuk pulihkan sedikit keadaan.
  2. Exam tu satu cabaran dalam hidup, datangnye tak selalu. Sekali sahaja dalam hidup
  3. Awak masih muda. Cabaran hidup di asrama adalah sebahagian pelajaran hidup untuk masa akan datang. Tak lama, 3 bulan je lagi. Nanti awak akan rasa betapa berharganya pengalaman hidup di asrama. Tak semua orang dapat rasa.
  4. Sekurang-kurangnya awak masih boleh makan. Tak apa, awak pun kata nak diet kan
  5. Awak, manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Semua complain tapi jangan complain je, yang penting berusaha untuk perbaiki
  6. You are not a looser, you just need time to be a winner.


Nota lantai: Power gak aku jadi motivasi. Then banyak sms dia reply. Tapi yang aku nak gelak is "You are the best bro I ever met, seriously". Thanks.