Friday, September 05, 2008

Selamat Berpuasa

Hari ni takde berita sensasi untuk diceritakan. Aku banyak test nak kene buat. Banyak bende nak kene study. Haish. Kepala dah naik tepu nak buat semua benda. Penat pening semua ada. Aku kene start planning with evertything la.

Hari ni as usual. Berpuasa and berbuka puasa dengan housemate baru. Lepas buka puasa keluar berjalan dengan housemate baru ke Alamanda. Diorang nak beli ape ntah. Aku on je. Menumpang lagipun. So aku tak kisah la sangat. Hehehehe



Nota lantai: Orang duk sibuk pegi tarawikh, aku plak sibuk pegi Alamanda...

Kini Ku Ingin Kamu

Semalam, aku pegi ke Digital Mall. Hujan lebat bangat time tu. Digital Mall ni lebih kurang jelmaan Low Yat no 2 la kat KL ni. Tapi aku suke pegi sini sebab tak ramai orang. Sebab tu la aku suka pegi ke sana. Lagi satu barang dia pun lebih kurang je harga dia dengan Low Yat.

Aku kuar dari rumah lebih kurang pukul 12.00 tengahhari. Masa yang sangat cantik la kot. Sebenarnye aku tak sure nak pegi ke tak. Tapi at last aku just gagahkan diri pegi gak. Sebab aku memang desperately inneed computer. Desktop pun ok. As long aku bleh buat assignment dengan aman.

So survey punye survey, at last aku dapat la CPU yang aku nak. Walaupun takde la gempak mana spec dia. Tapi aku rasa ok la untuk aku guna dalam masa 2 tahun ni. (Tak bagitau mak lagi, kalau tak sure kene katok dah).

Tapi sebelum tu, kene cari broadband dulu. Aku mengambil keputusan untuk amek maxis broadband sebab ade discount untuk postpaid user. Weaahoo, aku suka bangat macam ni. Best best. Then tak sampai 10 minit semua settle. Tapi pekedai tu tegur aku.

Mxs Guy: Kat luar sana hujan ye?

Me: Ya

Mxs Guy: You pun hujan-hujan register broadband sanggup datang sini meh?

Me: Tak boleh ka?

Mxs Guy: Boleh-boleh

Me: I duduk jauh ma

Sebelum sampai rumah Kakak, aku beli keyboard dulu yang agak2 best la. Yang tak best tak nak la kan. Ngeh ngeh ngeh, so aku rembat 1 keyboard. Murah jer nyonya tu bagi aku. Aku puas hati. Serius shit.

Then terus balik ke Keramat, sebab mahu mengambil moniter, cpu lama yang dah takleh gune tu, mouse, and then speaker and semua jenis cable la kan. Then terus aku pack and masukkan dalam kete. Then berbuka puasa la di sana sekali kan.

Then malam tuh jumpa Hazman. Sebab nak pinjam CD XPnye sebab aku mahu memformat PC aku la. Hehehe lepak-lepak kat NZ curry house sambil tengok kekasihku seru. Not bad cite tuh. Aku suka gak la cite tu. Hehehe. So far tak pernah miss episod dia kat internet. Kat tv memang jarang tengok la. Tak sempat.

Pehtu anta hazman. Then aku terus la balik umah. Ngeh ngeh ngeh. Setup pc. Penat siol. Malam tuh tapi best bangat. Hehehe

Monday, September 01, 2008

Budak Botak

"Salam Ramadhan buat semua umat Islam seluruh dunia"

Terlalu seronok bila Ramadhan menjelma kembali. Terasa cepat sekali Ramadhan datang. Seperti terasa baru menyempurnakan Ramadhan tahun lalu. Bulan yang sangat bermakna bagi diri saya.

Kenapa istimewa? Saya dilahirkan pada 4.15pagi 23 Ramadhan 1402Hijrah. Pergh time mak aku masak untuk keluarga bersahur time tu la aku nak menjengah dunia. Time sibuk-sibuk semua orang nak prepare hari raya, sibuk la plak aku ni kan.

Haha, Apa la agaknya yang Kak Nong (panggilan adik beradik aku yang ke-4 dalam keluarga) complaint time aku nak keluar yer. Masa tu umur dia 12 tahun. Hehe. Tapi dia komplen2 pun dia tetap sayang adiknya ni.

Ramadhan yang paling saya ingati, mungkin ketika berusia 6 tahun. Kecil sahaja waktu tu. Saya telah terkena mercun. Huh, tak dapat saya bayangkan sakitnya ketika itu. Sewaktu tu hampir raya, Kak Mah saya (Yang sulung) balik ke kg. Saya terlalu excited mengejar arah kakak saya tu. Tibe-tibe mercun yang dibakar oleh abang saya meluru kearah saya (jarak saya dengan tempat abang-abang saya bermain mercun agak jauh). Dengan percikan api, mercun tu telah berputar di dada saya. Aduh, sakitnya.

Baju saya koyak dan saya bahagian dada saya melecur. Saya telah dibawa untuk pergi berubat tradisional (Tahun 1988, kampung pulak tu. Hospital jauh). Dan sehingga kini kesannya masih ada. Sizenya, sebesar cd. Syukur cuma di dada. Nikmat saya cuma ditarik di situ

Saya tidak pernah menyalahkan abang-abang saya. Tapi saya tahu yang sejak itu saya tak berminat bermain mercun (mungkin sebelum tu juga saya tidak bermain mercun). Bermain meriam buluh pun tidak berminat. Mahu bunyi mercun yang kuat. Beli saja CD mercun. Bukan susah kan. Argh, semua tu pembaziran.

Haha, sebenarnya aku merasakan yang aku perlu melakukan perubahan. Huhu, so aku decide untuk membotakkan kepala. Bukan atas nazar atau apa-apa. Sekadar suka-suka. Sekali sekala mencuba sesuatu yang lain. For the first time aku cukur kepala aku. Hahaha Aku suka style baru ni.

Sekali sekala melakukan perubahan drastik, apa salahnya kan. Tukang gunting rambut tu cakap kulit kepala aku lembut daa. Sebab tidak pernah dicukur, selalu mencukur janggut dan misai sahaja. Hehehe.

Segan la nak upload picture botak. Kalau nak tengok, datang Sri Serdang k. Boleh aku belanja minum petang sama-sama. Hehehe