Ko memang mengadakan Jeprel. Cerita dah nak dekat sebulan, baru ko nak update. Ko dah kenapa haaaaa?? Abam busy sikit dengan helah-helah opis da. Sorry morry the naik lori. Ok. merepek sudah. Pada 25 Nov, seorang El-Zaffril telah melarikan diri bersama rakan-rakan seangkatan di JB10k. Ha, kalau nak tahu. Ini adalah event pertama 10km gua. *Selama ni ko berlagak layan half marathon je kan. Event short distance mana ko layan. Ko memang dasar lupa asal-usul* Hoi, itu keji.
Ni lah race kit yang kami dapat. Cantik nox baju tu |
Subuh-subuh selepas solat subuh aku menyetatkan enjin kereta dan terus ke dataran MBJB. Mak ai, pepagi parking dah penuh. Ok, niat aku satu je. Aku nak buat sub60. Tu target aku. Apa itu sub60. Sub60 adalah berlari sejauh 10km kurang dari 60min. Last lari 10km pada SCKLM11 pada Jun 2011. Masa tu tahap kelajuan 65min. (Masa tu aku sengal-sengal ubi. Sub60 pun tak tahu ape kejadah.)
Tepat jam 7.00pagi. Kami dilepaskan. Aku tak kira. Kali ni aku nak memecut selaju mungkin. Tapi laju manalah aku nak pecut, dengan peha mengalahkan peha Zirafah mengandung. Perut dah ala-ala macam, pelup pelup. Haish. Jadinya mampu laju yang termampu ja.
Pecutan ke akhir garisan. Poyo kan haku Motif sangat nak pecut-pecut ni. |
Tapi seperti biasa, aku akan memecut di akhir garisan. Bukan apa, nak upkan rank. Haha. Alhamdulillah, misi aku berjaya. Haha. Syok wo tengok timing. Sikit lagi nak sampai Sub50. Pasni kene berusaha dengan lebih baik.
Rank 45 over berapa ntah. Overall rank 66 |
Aku rasa aku kene berusaha mengecilkan peha aku yang semakin membesarlah. Woi!! ada tips tak nak mengecilkan peha. Berat nak bawak lari jauh2 ni. Ok. Layankan gambar kat bawah. Sumpah idea tak mari nak menulis. hahaha.
Me, Noh, Akmal, Hafizul dan Nansah. Antara top runner JB diorang ni |
Abg Azlan, Gus Ghani, me and Kak Zuraini Podium lady Kak Zuraini |
Ni dengan team Johor Runner. Carilah kat FB. |
Medal sangat semangat kenegerian. Abam loooiiiikkkkeeeeee |
Nota kaki: gambar kredited to hivelocity, Gus Ghani dan Encik Noh. Abam bawa je camera, tapi abam simpan. Sebab abam rela jadi model dari jurukamera
3 comments:
gigh tul abam ni nk sampai ke garisan finish ...
fuyoooo...menjongkit2 kaki ko kt garisan penamat...mmg pace hemmpattt tuh!
fuyooo..menjongkit2 kaki ko kat garisan penamat...memang agak mengerikan pace hempatt ko tuh..dasatt
Post a Comment