Monday, July 26, 2010

Contoh Surat Balasan Permohonan Poligami (Untuk Isteri)

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

23. Oktober 2009

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pihak tuan bertarikh 31 April 2006.

2. Dengan ini saya menolak permohonan pihak tuan untuk menambah carta organinsasi yang baru saya perolehi setelah tiga tahun. Memandangkan keadaan semasa dan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini pihak tuan adalah dinasihatkan supaya tidak membuat "window shopping" di akhir tahun.

3. Pihak tuan juga digalakkan "mengukur baju di badan sendiri" dan "melihat cermin muka sendiri' akan diri tuan sebelum menilai saya. Pihak saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah bunyi-bunyian atau serangan terhadap "pihak ketiga" yang bukan termasuk dalam senarai keperluan seperti yang disyaratkan pada perkahwinan pertama pihak tuan.

4. Bagi masalah kerja lebih masa dan pantauan pihak tuan, untuk maklumat pihak tuan saya tidak pernah menuntut elaun kerja lebih masa atau pun bonus di akhir tetapi memandangkan komited saya terhadap organisasi saya ingin menjadi yang terbaik dan terhebat. Oleh itu alasan pihak tuan adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

5. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin mengemukakan rayuan terhadap permohonan ini pihak tuan haruslah mempertimbangkan tindakan mahkamah dan dengan senyuman manis pihak tuan haruslah melepaskan segalanya harta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan dari langit sampai kebumi segala harta pihak tuan hendaklah diletakkan atas nama saya.

Sekian, terima kasih.

"BERKORBAN DEMI ALLAH BUKAN NAFSU SEMATA"

"BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA"

Yang Benar,
Isteri bin Perempuan.

sk. Pak Mertuaku
Mak Mertuaku
Abang dan kakak iparku

Monday, July 19, 2010

Contoh Surat Permohonan Berpoligami

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Gadis binti Bapak yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5 Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Saturday, July 17, 2010

Putus Pius Gathering @ Batang Kali, Nak Join?

[Entry ini aku lekat dengan gam UHU - Ko ada gam UHU?]

Gathering katanya, kalau tak jadi jugak. Matilah kena carut dengan Kak Lily putih. Hahahaha, Kak Lily ampun erk. Ampun memanyak.

Ok actually atas permintaan Hezesuze, dia suruh aku post entry pasal gathering putus fius. Hahaha so menginvite la sekali sape-sape readers yang nak join.

Cahaya tu dari Syurga dowh

Tempat: Air Terjun Batang Kali
(Konvoi and gather di Tol Gombak jam 9.00pagi)
Masa: Pagi sampai lepas Zuhur
Tarikh: 18th Julai 2010 (Ahad)
Tema: Potluck (Share-share makanan – Ukhuwah katanya)
Aktiviti: Mandi, Makan (takde specific tentative), Maybe akan buat Ice breaking sikit, sesi suai kenal.

Air terjun batang kali ni paling senang nak pergi melalui jalan ke arah Genting melalui jalan lama. (ikut ulu yam). Lalu karak highway pun boleh. Sila lihat google map di bawah. Kawasan bertanda bulat merah adalah kawasan perkelahan.

(klik untuk tumbesaran yang sihat)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hezesuze di talian 0192148860. Ok, sesiapa yang rasa nak pegi sekali (konvoi), kitorang akan gather di Tol Gombak, Lebuhraya Karak, arah Genting pada jam 9.00 pagi. SekIan

Setakat hari dan waktu anda membuka blog ini, yang confirm akan pergi
  1. Hezesuze aka Akak Gonjeng
  2. Pojiepooh Abdullah
  3. Rhuddy aka Abang Macho Kita
  4. Qilla [Suci katanya]
  5. Wan Haqq
  6. El-Zaffril

Friday, July 16, 2010

Gathering Geng Blogger @ Putrajaya

11hb July menggigihkan diri pergi gathering blogger di Putrajaya. Geng blogger yang anjurkan. Aku bukan community geng blogger. Tapi saja menambah kenalan gi gathering kan. Boleh exchange link. Huhuhu

Trying to hard on concentration.

Majlis bermula about pukul 10.00 pagi. Tapi aku balik about 2.00pm kerana ada besdey party di Putrajaya juga. Jadi kena la bergerak lebih awal. Sempat la kenal few bloggers. Walaupun tak semua. Nanti jadi stalker semua orang.

Aku suka gathering ni, tapi untuk first time ni. Memang susah nak puaskan hati semua orang kan. But ambil semua opinion orang yang datang tu, mana yang boleh di ambil.
  1. Delay is normal for all event. Just make sure everything run smoothly
  2. Sesi suaikenal yang sangat efektif. Saya suka [klik 'like' banyak-banyak]
  3. Pembahagian group kepada kumpulan yang lebih kecil adalah bagus untuk aktiviti. Tetapi merancang aktiviti on the spot will make people bored on keep waiting. Minta penganjur lebih specific tentang aktiviti.
  4. Dari segi masa tu ok mula dari pagi. Tapi full day of commitment for the gathering, tak semua mampu untuk teruskan sampai ke petang. They do have their own commitment. Almost half lesap. Sebab ada hal. Its common. Termasuk la saya. Heheh. Half day is more than enough.
  5. Pot luck adalah satu cara yang bagus untuk non profit event.
  6. Lokasi event juga bagus kerana kawasan itu sangat tenang, tidak ramai orang.
Bersama Atie, Ayu dan 2 anak saudara Atie

Buat penganjur, saya bukan nak condemn. Tapi saya tahu ada yang sependapat dengan saya untuk semua pendapat saya itu. Apapun, tahniah buat penganjur, next time, make sure proper aktivity ok. Just untuk penambahbaikan next gathering.

Till then, thanks tu mofasad,com dan juga nur hidayah isa for the photo.

Thursday, July 15, 2010

Kinot Birthday Celebration @ Red Wok Bangi

Menarik kan kek lipas tu

8th July hari tu sempat la aku meluangkan masa lepak-lepak dengan member rapat di UPM. Lama bangat tak lepak dengan diorang. So, plan nakal celebrate besday Kinot.

Red Wok Steambot, korean style

Scallop, aku suka gile bende alah ni

Setelah pikir punya pikir punya pikir (berapa banyak pikir daa) we decided to celebrate it kat Red Wok Bandar Baru Bangi. Korean style steambot. Memang sedap. Serius best Ok.

Bersama besday girl (Tak celebrate besday pun kene lumur dengan cream cake gak ke?)

Anyway to Kinot, happy besday to you. Be strong as always ok. Kami semua sayang kinot. Hua hua hua. Kinot, kau dah kurang ganas la.

Friend forever

Nota Kaki:(Dengan nada geram) Siaplah!!!

Wednesday, July 14, 2010

Konsert Sheila Majid

Hari tu balik dari keje, di Guard House. Tiba-tiba nampak tiket konsert Sheila Majid ft Anuar Zain. So aku tanya la pak guard tu kot-kot ada lagi. Sekali dia kasi 6 keping. Aku nak satu saja. Last2 5 keping lagi aku promote kat FB. Sekali tak cukup.

Next day pegi cekau sepuluh. Tak cukup gak. Benci ar, then next next day tu, panjat pejabat hiburan. Sekali ambil 20. Tetiba takde plak orang claim. Now tiket tu dah habis. List distribution seperti di bawah. Hahahahah
  1. Kak Maviona - 2 keping
  2. Khai Dagu Ori- 2 keping
  3. Cikgu Rizal - 2 keping
  4. Kak Malina Cantik - 2 keping
  5. Baya - 3 keping
  6. DD kaki panjang - 2 keping
  7. Ted Halim yang mengaku bujang - 3 keping
  8. Kak Ayu - 8 keping (Hamek)
  9. Nurul Hisyam - 4 keping
  10. Saiful Azhari - 1 keping
  11. Geng Blogger - 6 Keping
  12. Aku - single keping
Sekian update untuk hari ini.

Tuesday, July 13, 2010

Tiada IPTA, IPTS Terbilang. MMU Cemerlang?

Membaca artikel ini, aku berbangga menjadi bekas graduan MMU. Sekian

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan. com.my

PUTRAJAYA 12 Julai - Tiada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang layak menerima pengiktirafan tahap terbilang, manakala 18 daripadanya diberi tahap cemerlang dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (Setara) 2009 yang diumumkan hari ini.

Daripada jumlah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima tahap cemerlang tersebut, tujuh daripadanya merupakan IPTA dan 11 lagi IPTS.

IPTA terbabit adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) yang mengumumkannya berkata, IPTS berkenaan pula adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta Universiti Sains dan Pengurusan (MSU)

Menurutnya, selain itu adalah Sunway University College, Curtin University of Teknology Kampus Sarawak, Monash University Kampus Sunway, Taylor's University College, International Medical University, University of Nottingham Kampus Malaysia dan Swinburne University Teknology Kampus Sarawak.

"Sejumlah 25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 IPTS dan 11 IPTA pula menduduki tahap sangat baik manakala empat kolej universiti swasta menduduki tahap baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkenaan keputusan Setara 2009 di sini hari ini. Setara 2009 merupakan lanjutan dari Setara 2007 bagi mengukur kualiti, kebertanggungjawaba n dan prestasi IPTA dan IPTS. Sebanyak 58 universiti dan kolej universiti tempatan mengambil penyertaan tahun ini berbanding cuma 20 universiti awam pada 2007. Program itu salah satu usaha berterusan kementerian meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti secara berterusan dan sistem negara yang melengkapi jaminan kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mohamed Khaled berkata, tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai tahap terbilang pada tahun ini disebabkan tidak memenuhi kriteria pengukuran yang ditetapkan.

"Sebanyak 25 kriteria meliputi tiga dimensi umum digunakan iaitu input, proses dan output termasuk maklum balas terhadap pengukuran daripada institusi dari negara ASEAN seperti tiga universiti Indonesia dan 31 universiti di Thailand," katanya.

Beliau berkata, hasil keputusan Setara itu akan digunakan sebagai input kementerian dalam menetapkan dasar kerajaan bagi memperkasakan sistem pendidikan pengajian tinggi negara.

"IPTA dan IPTS terlibat yang mencapai tahap cemerlang layak dijemput mendapatkan status swaakreditasi serta boleh menerima tajaan kerajaan pelajar dalam dan luar negara tetapi bukan secara automatik.

"IPT berkenaan boleh memohon dan menerima geran penyelidikan yang disediakan kerajaan dan layak menerima status universiti penyelidikan serta menambah bilangan program pelajar pra dan pasca siswazah sendiri," katanya.

Tambahnya, kelebihan lain ialah kelonggaran dan pengecualian dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) iaitu dikecualikan daripada memohon permit mengajar dan kelulusan kementerian dalam menggunakan perkhidmatan pensyarah antarabangsa.

Kata beliau, IPT berkenaan turut mendapat pengecualian proses semakan kelayakan pelajar antarabangsa dan kadar yuran pengajian daripada pihak kementerian serta diberi kelulusan mengambil sendiri pelajar antarabangsa.

Contour Glass McD

Finally aku dapat gak kumpul mende alah ni. Semua gara-gara world cup punye pasal. Last-last rasa nak muntah pun ada. Haish. Tapi rasa berbaloi dowh sebab dapat semua ni.

Aku tak pernah meroyan macam ni
Rasa terharu plak

Haish, dah tak ada cerita agaknya aku ni. last-last tulis bende merepek-repek. Ape pun, jumpa di Batang kali 18hb ok. Selamat hari selase. Sekian

Nota kaki: Praktis nikah lagik

Monday, July 12, 2010

You Rasa Diri You Hensem Tak?

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin. Pagi-pagi pukul 10.00 ni aku nak menjawab soalan Cik Wanie. Dia suruh aku jawab jangan tak jawab. Soalannya berbunyi, "u rasa diri u hensem tak?" So aku pun fikir la. Adakah diri aku hensem.

Fikir-fikir, korang rasa aku hensem tak?
Ok, ni gambar terhensem yang aku ada.

Bibir Ning Baizura tu cantik kan. Sekian untuk entry di pagi Isnin. Selamat berkerja, selamat ke kelas. Hahaha.

Nota Kaki: 5+3 = Cincin tak beli lagi weh...

Sunday, July 11, 2010

Update Hari Ahad

Semalam saya join gathering geng blogger. Not bad for the first time. Banyak benda yang boleh di tambah baik. Saya sedang menunggu gambar-gambar dari orang lain. [mode malas bawa cam]

Semalam juga saya di invite ke makan-makan birthday untuk sorang staff gomen ni. Sedang berkira-kira nak upload ke tak. Sebab aku bukan kenal diorang sangat pun. Semalam baru berkenalan dengan semua orang tu sebab accompany my friend.

17hb akan datang, saya akan membuat kejutan. Betul ke ni? Reveal sesuatu yang mungkin kalian nak tahu sangat apakah sebenarnya propaganda yang tinggal 6+3 itu kan. Saya juga masih berkira-kira untuk ini sebenarnya.

Owh ya, hari ni saya tidak jadi panjat Bukit Broga. Semua last minute cancel plan. So saya gantikan dengan aktiviti menyihatkan. Lets go swimming. Till then, selamat hari ahad.

Nota kaki: Kadang-kadang kita sudah mencuba... *sigh

Saturday, July 10, 2010

Tak Puas Hati Entry Rempit Semalam

Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan entry rempit aku semalam. Hahaha, aku rasa lelaki pun ade yang control cun dalam merempit. Betul tak? Jawab la ye lelaki-lelaki sekalian. Nak tahu siapa?

Fikir-fikir

Nyah rempit la UOLSZZZ

Wakakaka, itu sahaja untuk entry hari sabtu. Kalau aku kene kondem perasan hensem gak. Tak tahu la. Wakakaka, I merempit style ustaz dowh, tapi kalau style ustaz takde la sampai masuk besi di muka. Ye tak?

Friday, July 09, 2010

Perbezaan Perempuan Merempit dengan Lelaki Merempit

Apa korang rasa perbezaan perempuan dan lelaki apabila mereka merempit. Boleh agak tak? Korang rasa apa perbezaannya? Of course la, pompuan merempit dengan te**k dia yang besar boleh tahan, lelaki dengan te**k leper. Bengong la aku ni kan.

Anyway perbezaannya dapat dilihat dari gambar di bawah (Matilah kene pelangkung cilok gambar Cikgu Juliana. Dah la cilok, pegi kutuk pulak tu)

Perempuan kalau merempit, perlu berusaha keras untuk nampak comel@cantik

Lelaki pula kalau merempit, rileks je dah nampak cool dan kacak

Tak percaya? Bile-bile korang on the road, korang tengok sendiri cara diorang. Yang bawa kete pun sama. Sempat make up kat traffic jam. Lelaki, cool je. Tak perlu nak make up bagi.

Nota kaki: matila kene kutuk perasan hensem

Thursday, July 08, 2010

Broga Hill Lagi and Plan Nak Panjat Lagi (Kalau Nak Join)

Ok, 27hb hari tu panjat Broga lagi. Hahaha, tak sesudah aku ni dengan Broga Hillnye kan. Anyway, seronok panjat Broga ni sebab nak tengok Sunrise dengan lalang cantik. Hari tu pergi berenam. Tapi the good thing was, kat atas tu boleh make friends yang sangat best. Ukhuwah katanya.

Poyo kan aku.

Jom jom jom

Inilah yang aku katakan Ukhuwah

So aku plan nak panjat Broga Lagi this coming 11th July 2010. Hujan ke tak hujan tetap nak panjat. Sebab best. So tentative yang aku plan kalau korang nak join.

Tarikh : 11th July 2010 (Ahad)
Masa berkumpul : 6.00am @ Petronas Semenyih
Lambat tinggal
(Solat Subuh di Surau tu)
6.30 nak mulakan pendakian

Korang message aku personally kat FB and plz leave ur phone number. Ni fb saya [klik]. I get back to you as soon as possible k. Buat masa ni yang confirm nak pergi Pojiepooh dan kemungkinan besar seorang silent readers. Cik Lily Putih nak pulihkan stamina katanya [selepas berhempas pulas malam jumaat *larikkkk]

Nota kaki: biarlah tempat yang sama, kenikmatannya berbeza

Pic kredited to Aflah Isa and Farah Na-Q

Wednesday, July 07, 2010

Makan-Makan Rumah Kak Heze

Comel tak aku dengan adik aku

21 June Hari tu, Akak Gonjeng aka Kak Heze buat makan-makan kat rumah dia. Katanya sempena orang yang tak dapat hadir kenduri kesyukuran rumah dia yang dia buat tu. [sentap dengan kak Heze 4 saat]

The menuThe menu of the day, kampung menu

Menunya, confirm la masakan kampung. Aku dok menambah tak sesudah. Tak sedar diri badan dah berisi, tapi tetap nak melantak. Rasa macam badan tu kurus kering macam Saiful Apek kan.Hahaha

Last sekali bergambar, haram ade yang aku tak kenal langsung

Apepun, thanks kepada Heze kerana menginvite kitorang. Alhamdulillah, perut kami enjoy. Hua hua hua. Geng putus fius katanya.

Nota Kaki: Rasa macam nak buat giveaway

Tuesday, July 06, 2010

Wedding Cerita Peram: Azrul Hisyam

13hb tu juga gigihkan diri ke Majlis Persandingan Azrul Hisyam, kenalan di FB saja. Dia menjemput aku melalui telefon bimbit. Hahaha, tidak mengapalah, penat juga merempit dari BBB ke Jalan Matahari kemudian ke BJ.


Azrul Hisyam, selamat menempuh alam perkahwinan yer. Hari tu dah tak larat amek gambar. Hahaha, almaklumlah, merempit saja. So gambar ni aku cilok dari blog laki orang ni. [Sila lah jadi follower]

Nota kaki: Adeh, tak pas lagi Ijab ni... camne

Monday, July 05, 2010

Monday?


Salam selamat pagi hari Isnin untuk semua. Ok, hari ni agak malas nak menulis entry. Malam ni akan menulis blog untuk seminggu punye entry [autopublish]. Standard la aku, memang pemalas pun. Kepala otak masuk air, takleh nak pikir.

This week plan
  1. Rasa macam ade blogger gathering kat Putrajaya, godek2 tak jumpa info lagi la. Ade sesape tahu tak? Plz plz plz
  2. Ada housewarming kat Bangi. Kene cari hadiah ni. Yeahhaaa, Ruby, Pakcik miss you
  3. Mahu ke PD, Yeah, PD PD PD. Day trip je
  4. Mahu panjat Broga Hill lagi. Sape nak join?
  5. Swimming, yeah, dah lama tak swim
  6. Tiada plan mahu menonton wayang, bermain bowling, karok atau sewaktu dengannya
Nota kaki: Kalau awak lihat bintang tu, saya cuma nak bagitau, bintang yang awak lihat sama dengan bintang yang sedang saya perhatikan.

Sunday, July 04, 2010

Kalau mencarut cakap macam ni boleh tak?

"Kau ingat kau cantik?"

Boleh ke?

Saturday, July 03, 2010

Iklan untuk sesiapa yang minat menulis

Ni ada pengumuman dari Aksara Keraian - Di sini kita berpesta huruf dan abjad yang mana pengetua Aksara membuka cabang penulisan di Aksara dengan penambahan puisi dan cerpen. Jadi kepada sesiapa yang berminat, boleh lah menghubungi mereka-mereka seperti yang tertera di poster promosi itu.

Sekian, bukan Cik Ian. Tapi sekian...

Nota kaki: Rasa nak menulis bab 31 BBC

Friday, July 02, 2010

Lawak Hari Jumaat

Sedang lepak-lepak di kedai makan, tiba-tiba

Kawan1: Eh nyah, kau tak pakai bra ke?

Sambil memandang buah dada, sahabatnya membalas,

Kawan2: Bra semua kat ampaian la. Basah, kan hujan. Tak panas, macam mana nak kering.

Aku rasa macam nak terjojol gegendang telinga mendengar perbualan mereka.

Nota kaki: Sila gelak guling-guling ya...

Thursday, July 01, 2010

Dentuman rasa: Nama 2

Soalan yang aku jawab dengan sebuah senyuman meleret tidak mungkin akan aku biarkan sepi. Soalan yang berjawapan tidak seharusnya dibiarkan orang yang bertanya terus berteka-teki.

Aku pantas duduk di kerusi panjang taman bunga itu lalu di turuti sahabat yang bertanya pada aku. Suasana petang itu sepi sahaja. Dari diam yang panjang, aku mulakan bicara.

“Sewaktu sekolah rendah, kawan-kawan memanggil diri ini dengan nama Zafril, kemudian menginjak ke sekolah menengah, nama itu dipendekkan ke Zaf. Ketiga-tiga sekolah menengah memanggil aku dengan nama itu.”

“Kemudian?”

“Kemudian di University, aku mahu mengubahnya. Menjadi nama Aril. Masih ada yang terlepas juga memanggil diri ini dengan nama Zaf. Sungguh, aku cepat bosan dengan nama panggilan diri. Lagipun perdana menteri Negara laknat itu juga bernama Aril.”

Dia diam, menanti bait-bait kata yang akan keluar dari bibir ku seterusnya. Aku merenung jauh, mencari kekuatan untuk terus berbicara.

“Menginjak ke alam pekerjaan dan alam maya adalah dua dunia berbeza. Berkerja, anda perlu telus dan jujur. Di alam maya, aku harus menjadi lebih secretive.”

“Maksud kau, kau menipu di alam maya?”

Aku geleng kepala dan terus menunduk. Kuku ibu jari kanan ku menguis-nguis permukaan kuku ibu jari kiri ku lantas menyandarkan badan ku. Dia sekadar menuruti sambil menunggu jawapan dari ku.

“Bukan begitu wahai sahabat. Ada sesetengah perkara yang perlu menjadi hak mutlak peribadi kau. Kerana hidup kau juga perlukan privacy juga bukan.”

Dia mengangguk tanda faham dalam keadaan dahinya yang masih berkerut, mungkin masih kurang mengerti. Aku mendongak ke langit, memerhatikan cahaya matahari selepas asar yang mula menerjah melalui celahan daun-daun pokok-pokok yang menjulang tinggi. Puas mendongak ke langit, aku pantas memandangnya semula.

“Di alam maya, aku lebih di kenali dengan nama El, mudah untuk diingati, senang untuk di panggil. Aku tidak mahu menggunakan nama-nama yang sudah biasa di alam maya seperti Haikal, Danial atau apa sahaja nama yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. Ada juga suara-suara nakal memanggil aku dengan nama Ella. Kalau mereka panggil aku Ella, tiba-tiba aku rasa kepala yang botak ini sudah panjang rambutnya melepasi bahu.” Aku pantas tersenyum.

“Kamu ini kelakar la El-Zaffril.” Berderai tawanya dengan kata-kataku.

“Sungguh?” Aku mengerutkan dahi.

“Jadi mana datang El pada pangkal nama kau itu?”

Soalan yang sama diajukan kepada aku, menanti sebuah jawapan yang pasti dari aku. Selama mengenalinya, tidak pernah dia seserius ini mahu mengetahui apa nama sebenar diri ku.

“Dia wujud dari nama aku sendiri.”

“Jadi nama betul kau El-Zaffril la?”

Aku menggelengkan kepalaku. Aku bingkas bangun dan memulakan langkah seterusnya dalam kehidupan yang penuh cabaran ini.

“Peninglah aku dengan kau ni.”

Pantas aku memalingkan pandangan kepadanya yang masih lagi kaku duduk di bangku panjang itu. Lantas aku berikan sebuah senyuman.