Dah lama sebenarnye tag dari Cik Farhana kita ni. Tapi baru ade kesempatan membuatnya. Maafla yer Cik Farhana. Sibuk sejak akhir-akhir ni. So let the game begin.
1. Nyatakan siapa yang telah mengetag anda..
Cik Farhana. Hahaha, kenal dari Friendster rasanya. Kemudian ke dunia blog. Saya memang sangat peramah. So semua saya layan. Jangan fikir bukan-bukan. Saya masih lagi...
2. Letakkan gambar anda di zaman kanak-kanak yang paling anda suka.. Sebanyak yang anda suka dan nyatakan umur anda di dalam foto itu..
Ni gambar saya berusia satu tahun. Baru mula belajar berjalan. Tiada bezanya saya dulu dan saya sekarang. Mungkin sedikit tinggi. Dan banyak makan.
Yang ini pula sewaktu majlis perkahwinan kakak saya yang sulung. Ketika itu baru sahaja berusia 4 tahun. Yang sebelah itu sepupu saya yang bezanya setahun sahaja dari saya. Kini dia sudah berkahwin.
Ini pula sepupu saya yang paling rapat dengan saya. Nama dia Haizam. Masa ni saya berusia 6 Tahun rasanya. Dan usia sepupu saya ini 2 tahun lebih tua dari saya. Masih bujang lagi. Sekarang sangat hensem ok. Dulu muka hingusan. Hahahahha
Waktu ini saya rasa masa darjah dua. Kakak test kamera baru dia. Habis kami malam tu asyik mengambil gambar sahaja. Hua hua hua. Memang nampak sangat saya ni gilakan wajah saya di rakam lensa. Model katanya.
3. Senaraikan LIMA kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)
- Saya mula menghisap rokok pada ketika saya berusia 9 tahun. Sepupu saya (Haizam) yang ajar saya masa tu. Dia berusia 11 tahun. Kami berkomplot dengan jiran sebelah rumah kami. Yang pada ketika itu berusia 12 tahun. Wah, sangat nakal saya ni.
- Saya mula menunggang motosikal pada ketika saya darjah 3 (9 tahun dah mula jadi mat rempit). Sepupu saya juga yang ajar saya merempit. (Haizam lagi). Dan sejak tu memang dah tak pandang basikal kat rumah. Kemana-mana naik moto. Umur 18 tahun baru ade lesen moto. 9 tahun naik merempit dengan selambe. Tak pernah kene tahan polis ok.
- Saya mula belajar mencuri pada ketika saya di darjah 4. Ala curi setakat jajan 20 sen je. Bukan ape pun. Lepas tu saya pun insaf la. Sekarang mencuri hati je. Hua hua hua Ni semua komplot dengan Sepupu saya dan juga jiran saya tu la.
- Saya pernah membuat Cikgu saya menangis. Cikgu itu adalah cikgu matematik. Nama dia Cikgu Zaiton. Nak tau kenapa? Sebab saya main-main ketika menjawab soalan latihan peperiksaan. Dari 50 soalan, 25 soalan pertama sahaja saya buat betul-betul. Selebihnya, saya tibai sebab malas nak buat. Kemudian selesai sesi penandaan, dia bertanya semua pelajar grade. Kawan saya pun beritahu la markah saya (sebab tukar kertas untuk di tanda). 56% sahaja. Cikgu Zaiton mengalirkan airmata dia. Dia tanye saya kenapa. Saya diamkan sahaja. Takkanlah saya nak cakap yang saya main-main jawab soalan dia tu kan. Yerlah, saya ni murid harapan dia. Sebab saya tak pernah fail untuk dapat 90% ke atas utk setiap ujian math.
- Saya juga selalu kene rotan dengan Cikgu Kandar sewaktu darjah dua. Mesti korang tau la kenapa kan. Sebab aku ni sangat nakalnya. Serius, memang nakal. Kalau tengok aku sekrang, mesti korang tau aku nakal macam mana. Boleh kata tiap-tiap minggu aku kene rotan dengan Cikgu Kandar. Tapi nakal-nakal aku. Bagus gak kene marah selalu. Sekurang-kurangnya aku sampai pada tempat yang aku ada sekarang
Saya ada banyak nama panggilan ketika saya kecil. Keluarga memanggil saya Abang walaupun saya ini anak no 6. Sepupu saya memanggil saya Jep. Orang kampung juga memanggil saya Jep. Bila masuk sekolah, most of them panggil Zaff. Then masuk university orang panggil saya Aril. Ada juga yang panggil saya Pakcik. Then sekarang, most of the people panggil aku El.
5. Tag 10 kawan blog anda.. Pastikan mereka jawab..
Dah lama tak tagged orang. Aku tatau nak tagged sape. Kejap-kejap
- Adik - Aku kalau tagged ni orang pertama aku tagged adalah adik aku.
- Auji - Anak sedara aku. Sila buat tagged ye dan tunjukkan kemachoan anda ketika kecik.
- Rizz Irhamy - Aku tau dialah orang yang paling Rajin buat tagged. Lepas tu rajin benor komen blog aku dan kawan-kawan.
- Amir - Aku tak pernah tagged budak ni. Ni 1st time rasanya aku tagged dia.
- Wan - Aku dah lama tak tagged dia ni juga
- Pojie Pooh - Encik Pojie. Layan tag kah anda
- Hani - Boleh ke aku tagged orang yang busy bangat ni.
- Ilham - Dunia ilham anda. Boleh la tagged dia jugak
- Ajim - Apa cita Jim erk. Lama tak dengar khabar.
- Remy - Macam mana muka remy sebelum S****K ye
Nota kaki: Dah buat tagged. Ade lagi satu dari snow white zone.
9 comments:
Yezza.. Anda brjaya akhirnya.. Heehee.. By the way Mr. Zaffril.. Auji.. Amir.. Seems familiar.. Hahaha.. =p
Out of the list, nak sgt usha rizz dgn pojie caner time kicik-kicik dulu.. Hahaha.. =)
wahhhhh rizz suke laa tag ni.tp gmbo nye di kampong.nti blk kg bru wat k ahhaahh
saya dah siapkan tagged awk..hehehehe...
hik hik hik hik,
lain sungguh wajah anda dikala anda kecil,
hurm,
tapi yg penting rambut tue tetap sama kan...
kadang2 bila kita kenangkan zaman kanak2,
best kan,
kalau lah blh patah blk pada zaman itu,
hurm...
besttttttttnyerrrrrrrrrrrrrrrr
huuhu... el, jawab gak soalan ni ek... siyes, memang comel gamba el mase kecik. mase kecik je la...haks... jangan maraaa...
huuhu... el, jawab gak soalan ni ek... siyes, memang comel gamba el mase kecik. mase kecik je la...haks... jangan maraaa...
waahhhh ini sekor lagi mau kene getos ngan aku nih!
suker suki tag kiter yer..
sabor...
ehem ehem . utk NUR FARHANA ; AUJI & AMIR is a total diff person . saye AUJI . haha :D jgn salah sangka yeeee :D
Farhana: Diorang la watak novel saya... U ni kan...
Rizz: El tunggu Rizz buat k
Hani: time kasih buat
Wanie: Saya memang berbeza... dulu kini dan selamanya...
Faizul: Masa kecik semua orang comel
Pojie: I'm sorry
Auji: Auji binti Sam
Post a Comment